"Jaga mulut kau. Anak aku tak pernah bunuh Amel," dapat dilihat urat kemarahan encik Shawn timbul.

"Hah! Apa awak cakap ni? Awak lupa ke macam mana budak tu penyebab Amel mati. Kalau budak tu tak hidup, rasanya Amel masih ada sekarang."

"Aku tahu walaupun Amel tak lahirkan Rechel, Amel tetap akan pergi."

"Hah!" Melinda tidak faham apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut.

"Melinda, aku tahu kau pembunuh Amel."

Mata lelaki itu memandang tajam wanita yang terkejut itu. Sejujurnya dia tidak mahu menerima kenyataan itu tetapi apabila bukti sudah ada dia tidak boleh tolak kenyataan itu lagi.

"Pembunuh? Kenapa saya nak bunuh Amel? Amel adik saya, saya tak akan buat macam tu," Melinda sedata upaya menafikan.

Lelaki di hadapannya sudah cukup sabar dengan topeng yang wanita itu gunakan. Dihadapannya baik tetapi di belakangnya merupakan musuh yang menghancurkan hidupnya.

"Mesti budak tu yang racun otak awak sampai salahkan sayakan. Mana dia? Biar saya-"

"Aunty tak perlu nak salahkan orang lain dalam hal ni!" Tiba datang satu suara.

Melinda menoleh ke kiri dan kelihatan Arshen bersama Ian dan seorang lagi lelaki yang dia tidak kenali datang.

"Kami semua tahu aunty penyebab mama pergi," ujar Arshen lagi.

"Apa kamu merepek ni? Aunty tahu mesti budak tu yang racun otak kamu semua ni. Bagi aunty jumpa dia, biar aunty ajar budak bia-"

"Cukup!"

Melinda terus terhenti apabila mendengar suara marah encik Shawn. Matanya melihat ke arah lelaki yang cukup sabar menahan marahnya itu.

"Saya tak sangka aunty sanggup buat semua ni. Selama ni saya percayakan aunty tapi rupanya aunty penyebab semua ini berlaku," ujar Arshen lagi.

Melinda kelihatan sungguh gelisah sekarang. Mulutnya kaku tidak tahu mahu mengatakan apa lagi untuk menafikan semua itu.

"Aku pun menyesal layan kau sebagai kakak ipar aku. Amel tak layak ada kakak macam kau," kata encik Shawn menikam tepat ke arah Melinda.

"Tak! Apa yang kamu semua dengar tu salah? Saya tak pernah buat semua tu."

Lelaki yang datang bersama Ian tadi mengeluh lalu melangkah menuju ke arah Melinda. Satu fail dihempas ke atas meja membuat Melinda memandang hairan lelaki yang tidak dia kenali tersebut.

"Dekat fail tu ada tunjuk semua bukti macam mana kau bunuh puan Amel dengan beri dia ubat yang salah dan macam mana kau buat hospital tu tak lakukan penyiasat atas kematian puan Amel," ujar lelaki itu atau boleh kita panggil Jason.

Melinda dengan gelisahnya cuba mengambil fail tersebut. Semua maklumat yang terdapat di dalam fail itu memang betul.

Maklumat yang mengatakan bahawa dia pernah menjadi jururawat peribadi puan Amel ketika melahirkan Rechel di semua hospital. Dan ada juga maklumat ubat yang dia berikan setiap hari. Dia tidak tahu bagaimana lelaki itu boleh dapat maklumat ini. Apatah lagi maklumat ubat tersebut. Seingat dia pada waktu itu dia sudah periksa maklumat ubat dan telah mengubahnya. Jadi bagaimana lelaki ini boleh dapat data yang benar?

"Tak! Ini palsu. Aku yang kerja dekat sana jadi aku tahu data yang betul," dia cuba mempertahankan dirinya lagi.

"Ya, kau kerja sana dan itu sudah jadi bukti bahawa kau yang tukar ubat itu."

Sekali lagi dia tersentak. Semua mata di dalam rumah itu memandang tajam ke arah wanita itu. Hari tersebut adalah hari yang salah buatnya.

Semua yang dia lakukan selama ini sudah terbongkar sekarang. Dihadapan satu keluarga ini dan bersama bukti yang tidak dapat dia nafikan lagi.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now