"Rechel ada beritahu aku selepas kejadian tu, dia kata dia mahu kau selesaikan kes tu kalau ada apa-apa terjadi pada dia buat kali kedua."

Jason menakan air liurnya. Jadi memang betul apa yang lelaki itu katakan. Dengan adanya bukti fail ini, dia sudah tidak boleh meragui kata lelaki ini walaupun dia tidak tahu siapakah lelaki itu.

"Rechel kata suruh aku selesai kes ini cepatkan. Tapi aku tak boleh lakukan semua itu tanpa memasukkan orang tu dalam perangkap dahulu," ujar Jason lagi.

Lelaki yang berada di hadapan tersenyum senin. Kini lelaki itu mungkin sudah boleh menyakinkan Jason.

"Aku akan bawa kau jumpa dengan seseorang yang mungkin boleh tolong kau," ujar akhir lelaki itu.

.
.
.

Melinda yang duduk di dalam biliknya tidak senang hati selepas kejadian dia bertemu dengan Rechel itu hari. Dia perasaan sikap gadis itu tidak seperti yang dia kenali.

Selalu apabila dia datang gadis itu akan mengganas tidak tentu arah seperti dahulu tetapi kini tidak. Gadis itu boleh tenang begitu sahaja bercakap dengannya.

Hal itu membuat hatinya tidak tenang. Dia tidak boleh biarkan gadis itu terus begitu. Dia harus buat gadis itu tersiksa dan tinggalkan rumah itu.

Dia sudah melakukan semua kerja itu sejak dulu lagi dan sekejap lagi semuanya akan berakhir lalu dia akan mendapat apa yang dia mahukan.

Tetapi disebabkan sikap gadis itu yang tiba-tiba sahaja berubah itu membuat dia tidak senang hati. Apatah lagi dengan ayat yang gadis itu bisikan kepadanya itu hari.

"Aku tahu plan kau, tapi jangan harap semua itu akan menjadi. Hidup kau akan jatuh sikit demi sedikit."

Bisikan itu memang bermain di fikirannya. Dia tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Rechel namun bisikan itu memang memberi maksud yang mendalam.

Dia takut semua yang dia lakukan selama ini akan hancur begitu sahaja. Sudah lama dia lakukan semua dan perkara itu tidak hancur.

Dengan perasaan yang sungguh marah bercampur geram, wanita itu terus membaling pasu bunga yang terletak di atas meja tersebut. Sungguh hatinya tidak tenang apabila mengingat kata gadis itu.

Kalau boleh dia mahu hancurkan sahaja gadis itu. Memang sama sahaja seperti Amel yang selalu mengganggunya.

Tidak puas dengan pasu tadi, dia juga memecahkan beberapa barangan kaca di bilik tersebut sehingga menyebabkan bilik tersebut kelihatan baru dirompak seseorang.

"Melinda! Apa semua ini?" Satu suara menanya.

Melinda menoleh ke arah pintu dengan sungguh marah. Dia melihat suaminya masuk ke dalam bilik dengan reaksi sungguh terkejut.

"Kenapa bilik boleh jadi macam ini?" Sekali lagi suaminya menanya.

Melinda diam dan hanya memandang marah lelaki itu. Suaminya pula tidak faham kenapa wanita tersebut boleh bertindak ganas seperti itu.

"Semua ni salah budak tu. Kalau dia tak ada, aku sudah dapat apa yang aku nak," herdiknya dengan sungguh marah.

"Apa awak cakap ni?" Suaminya tidak faham.

"Budak tu tak ada beza dengan Amel. Dua-dua suka ambil apa yang aku nak!" Melinda membaling pula satu gelas kaca ke lantai.

Sungguh perasaan dendamnya mengusai diri Melinda sekarang. Kalau boleh semua barangan dia hadapannya dia mahu baling sekarang.

"Kenapa awak tak habis-habis bencikan adik awak tu? Dia tak salah apa pun," suaminya berkata memihak kepada Amel.

"Tak salah awak kata. Dia tu sudah ambil apa yang sepatutnya jadi milik saya. Shawn tu sepatutnya jadi milik saya bukan dia. Tapi disebabkan dia Shawn tak suka saya dan pilih dia. Perempuan tak ada beza dengan sampah!"

Suaminya mula hilang sabar lalu menampar isterinya. Baginya itulah kali pertama dia mengangkat tangan ke isterinya itu. Sudah lama juga dia tahan akan sikap biadab isterinya itu.

Mereka berdua sudah berkahwin hampir 30 tahun tapi isterinya masih tidak boleh melupakan lelaki itu. Shawn adalah cinta pertama Melinda namun lelaki itu sudah berkahwin dengan Amel.

Sepatutnya Melanda sudah melupakan Shawn tetapi wanita itu tidak walaupun sudah berkahwin dan mendapat anak.

"Kenapa awak tampar saya?" Herdik Melinda.

"Sebab awak sudah biadap. Dia tu suami adik awak tapi kenapa awak masih nak kan dia. Cuba awak fikir sikit perasaan Amel bila tahu awak macam ni."

Melinda tertawa kecil mendengar kata suaminya itu. Bukannya memihak kepadanya tetapi kepada adiknya.

"Jadi sekarang awak bela Amel lah. Saya ni isteri awak. Awak sepatutnya bela saya, bukan perempuan tu."

"Buat apa saya bela isterinya yang fikirkan lelaki lain di hadapan suami dia!"

Melinda terkaku mendengar balasan itu. Kali pertama dia melihat suaminya melawan katanya dengan kasar begitu.

"Awak pun tak ada beza. Saya tahu awak sukakan Amel berbanding saya. Kalau bukan disebabkan perkahwinan kita dirancang, mana mungkin awak akan kahwin dengan saya. Dasar lelaki tak guna!"

"Melinda!" Suaminya memanggil kuat nama isterinya. Wanita itu memang susah melampaui batas.

"Ya, saya mengaku saya pernah sukakan Amel, tapi sekarang saya sudah tidak ada apa-apa perasaan dengan dia. Saya bukan macam awak yang sudah tahu Shawn itu milik Amel tapi masih juga mahukan lelaki itu."

Melinda memandang tajam suaminya itu. Pergaduhan itu memang besar. Mereka belum pernah bergaduh seperti itu selama mereka berkahwin kerana selama ini suaminya hanya bersabar dengan sikap Melinda itu.

"Saya rasa sampai di sini sahaja hubungan kita. Saya dah tak dapat nak teruskan kalau awak masih macam tu," ujar suaminya lalu memaling ke belakang.

"Apa maksud awak?" Melinda tidak faham.

Lelaki itu berhenti daripada berjalan dan menoleh sedikit ke arah wanita tersebut.

"Awak tunggu sahaja surat cerai kita berdua," kata terakhir lelaki itu sebelum berjalan keluar.

Sesungguhnya hati lelaki itu sudah hancur dengan sikap isterinya selama ini dan hari ini baru dia boleh ungkapkan niatnya yang sudah lama terpendam.

Apa-apa yang korang nak katakan pada Melinda? Kata kesat pun aku tak kisah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Apa-apa yang korang nak katakan pada Melinda? Kata kesat pun aku tak kisah.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now