"Gila tak penat. Tiba-tiba sahaja ada meeting. Lepas ni malas aku nak berurusan dengan company tu lagi. Menyusahkan betul orang macam tu," rungut Arshen lalu mengambil air yang diberikan tadi.

Sejujurnya dia memang tidak suka akan syarikat yang dia sedang bekerjasama sekarang. Syarikat itu boleh dikatakan pentingkan diri sendiri dan tidak fikirkan perasaan orang lain.

Ada masa itu mereka mahu mengadakan musyarat. Sudah dirancang waktu dan tempat tetapi tiba-tiba sahaja dibatalkan kerana satu masalah yang kecil. Dan hari ini pula ada musyarat secara tiba-tiba tanpa diberitahu pun. Siapa sahaja tidak geram dengan peragai macam tu. Tak berdisiplin langsung.

"Sabarlah, kalau kita sudah selesai projek tu, kita tak akan ada urusan lagi dengan company tu," Heain cuba menenangkan rakannya itu.

Arshen mengeluh pasrah lalu mengambil beg kerjanya. Dia perlu melakukan kerjanya sekarang. Dalam dia mengambil itu, tiba dia melihat satu buku yang agak asing baginya.

Buku itu diambil olehnya lalu dia perhatian buku itu. Difikirkannya seperti dia pernah melihat buku ini. Dia fikir, fikir, dan akhirnya dia teringat.

Itu adalah buku Rechel yang dia ambil pagi tadi. Mesti buku itu dia terambil tanpa sengaja apabila menerima panggilan daripada Heain tadi. Nampaknya dia terpaksa serahkan buku itu kembali pada adiknya pulang ini.

Buku itu diletakkan di tepi mejanya lalu dia mengeluar laptop miliknya. Haein yang melohat buku itu terus mengambil lalu diperhatikannya dengan teliti.

"Kau bawa buku nota? Tiba-tiba sahaja ni," Heain bertanya.

"Bukan buku aku tapi adik aku. Aku terambil pagi tadi," balas Arshen tanpa melihat Heain.

Haein mengangguk faham. Buku tadi diselak olehnya untuk melihat isi dalam buku itu dan terkejutnya dja melihat satu contengan yang sungguh banyak seperti orang menulis buku tersebut sedang memarahkan sesuatu.

Dia menyelak lagi pada muka surat yang lain dan masih juga ada contengan tersebut. Melihat buku itu membuat dia teringat akan satu kejadian yang pernah dia alami dahulu.

"Betul ke ni buku adik kau?" Soal Heain.

"Ya," selambar Arshen menjawab.

"Kalau betul kenapa buku dia macam ni?" Heain menunjukkan buku itu di hadapan Arshen.

Lelaki itu mengangkat mukanya lalu memandang ke arah buku itu. Terkejut dirinya melihat isi buku itu yang penuh dengan contengan yang tidak dapat dibaca itu.

Dia melihat lagi ke arah muka surat lain dan hasilnya tetap juga sama. Kenapa buku itu jadi begitu?

"Tengok buku tu, aku teringat seorang kenalan aku dulu," ujar Heain.

"Kenapa dengan kenalan kau tu?"

Heain mengetap bibirnya. Kepalanya memikirkan, adakah patut menceritakan kisah tu pada Arshen. Dirinya takut sekiranya tekaan dia betul. Tapi kalau tidak diceritakan Arshen mungkin jadi lebih bahaya.

"Kenalan aku tu, dia pernah mengidap despresi. Despresi dia teruk sangat sampai terpaksa dibawa ke doktor. Dan lepas dibawa ke doktor, aku tengok dia sudah makin baik. Semuanya sudah berubah. Dia tak terlalu despresi dan sikap dia pun berubah menjadi lebih baik. Tapi tu semua hanya lakonan untuk menyembunyikan perkara sebenar sahaja. Dia sebenarnya tidak sembuh tetapi semakin sakit. Sehinggalah satu hari tu, ibu bapa dia jumpa buku dia yang ada contengan sama seperti buku ni. Tapi waktu tu semuanya sudah terlambat. Dia..." kata Heain terhenti.

"Dia apa?" Arshen ingin tahu.

Heine menggenggam tangannya. Sungguh hatinya pedih mengingat kisah seorang sahabatnya itu. Dan sekarang dia terpaksa menceritakan kisah sedih itu kepada Arshen.

"Dia bunuh diri dan mati tepat pada waktu tu," Arshen terkejut itu terus berdiri dari kerusinya.

Lelaki itu terkejut mendengar cerita itu dan dia takut perkara itu terjadi pada Rechel. Cerita itu memang sama seperti yang terjadi sekarang. Rechel sekarang kelihatan seperti membaik dan sikapnya yang sudah berubah. Tapi itu semua boleh jadi lakonan sahaja.

Mungkin gadis itu sebenarnya masih sakit dan berlakon untuk membuat semua orang percaya bahawa dia sudah sembuh.

Tangan Arshen mencapai kunci kereta yang ada di atas meja itu lalu dia berlari keluar dari pejabat tersebut.

Dia harus balik sekarang dan dia tidak boleh terlambat. Kalau tidak mungkin dia tidak akan melihat muka adiknya lagi. Dia sangat harap apa yang dikatakan oleh Heain adi adalah tidak benar. Dirinya tidak sanggup untuk menghadapi semua itu sekali lagi.

Apa yang akan terjadi?

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

Apa yang akan terjadi?

Bersedialah utk next cp HAHAHAHA!

Lupa nak beritahu cara sebut Heain tu, Hye in. HYE IN. Macam tu!

k bye. See next cp.

Silent Melody [✔️]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora