"Apa aku kisah? Itu hak aku. Kau hanya orang gaji tak ada hak nak halang aku," jerkah marah perempuan itu.

Aku melihat datar ke arahnya. Aku tidak tahulah bila sahaja hari yang perempuan ini tidak akan mencari masalah dengan aku apabila berjumpa.

"Rechel, aku tahu ini mesti sebab kau, aku tak boleh masuk rumah ni lagi kan!" Aku tidak faham apa yang dia katakan. Sejak bila pula aku ada buat arahan begitu.

"Kau mesti dendam dengan aku sebab hari tu, jadi kau buat semua ni kan. Ingat kau, kalau aku dapat beritahu semua ni pada uncle, aku akan pastikan kau tak akan dapat hidup senang."

"Beritahulah. Macamlah aku kisah," selambar aku membalas.

Aku tidak takut kerana arahan jangan biarkan dia masuk ke rumah ini bukan aku yang buat. Malah aku tidak tahu pun semua itu.

"Kau!" Jeritnya dengan marah.

Aku yang malas melayan perempuan itu hanya berjalan melintasi tanpa menghiraukannya lagi.

"Dasar pembunuh!" Langkah aku terhenti.

"Kau memang layak guna nama tu," aku cuba bersabar.

"Aku rasa kalau mak kau masih hidup dia mesti malu ada anak macam kau. Sebab tu dia lebih rela mati daripada tengok kau hidup!"

Aku sudah hilang sabar. Kaki aku dengan pantas datang mendekati perempuan itu. Tangan aku dengan ringin terus menampar mukanya. Selepas itu aku terus memegang pipi perempuan itu untuk terus melihat tepat ke arah aku.

Mata aku memandang tajam muka yang menahan kesakitan itu. Aku tak kisah dia hancurkan nama depan orang ramai aku tapi jangan sesekali sebut nama ibu aku.

"Sekali lagi kau cakap macam tu, jangan fikir penampar sahaja hinggap dekat muka kau." Aku terus menolak kepala sehinggalah perempuan itu jatuh.

Selepas itu aku terus beredar dari siti
Aku sudah mula mahu berurusan dengan perempuan itu. Sampai kiamat pun benci dia dekat aku tidak akan habis.

Pintu rumah ini dibuka oleh aku lalu aku terus berjalan menuju ke arah tangga. Sebelum aku naik, sempat aku lihat satu bingkai gambar besar keluarga ini. Satu keluarga aku ada di situ termasuklah ibu aku. Tapi aku tiada.

Aku tahu gambar itu diambil masa ibu aku masih hidup dan waktu itu aku masih belum ada lagi. Jadi memang mustahillah kalau aku ada di dalam gambar itu.

Tapi aku tak kisah kerana adanya aku bukannya ada guna. Aku kan digelar sebagai pembunuh. Buat apa letak gambar keluarga yang bahagia bersama dengan seorang pembunuh di dalamnya.

Memang tidak akan guna. Dan perkara itu membuat aku sedar, sebanyak mana pun aku buat baik, orang sekitar aku tidak akan lihat semua itu. Mereka hanya akan lihat kesalahan aku yang dahulu sahaja.

Memang tidak adil.
.
.
.
.
.

Cruz keluar dari keretanya lalu bergerak masuk ke dalam rumahnya. Keadaan di dalam rumah itu seperti biasa hanya sunyi dengan beberapa orang pembantu melakukan kerja mereka.

Tangga yang berada di tengah rumah itu dinaiki olehnya untuk berjalan terus balik ke biliknya.

"Encik Cruz," langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil seseorang.

Dia menoleh ke belakang dan kelihatan Mary dapat mendekatinya.

"Ada apa?" Soal Cruz kepada wanita itu.

Muka wanita itu seakan risuakan sesuatu membuat Cruz terasa pelik. Dia tahu kalau wanita itu risau perkara itu mesti perkara yang besar. Tetapi apa perkara itu?

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now