Jadi untuk tidak memalukan nama keluarga itu dia harus belajar dan mendapatkan apa sahaja yang mereka mahukan.

Walaupun satu sekolahnya sudah menganggapnya sebagai seorang yang pintar tapi perkara itu tidak akan memuaskan hatinya sehinggalah keluarga itu sendiri yang memujinya.

Tujuan utama dia belajar dan mendapatkan semua itu hanya untuk menarik perhatian ahli keluarganya. Dia tahu walaupun sekarang ahli keluarganya tidak pernah melayaninya namun dia yakin satu hari nanti mereka akan melayani dirinya seperti orang lain. Jadi sebab itu dia harus berusaha mendapat perkara itu.

Setelah beberapa jam membuat kerja sekolah itu, akhirnya kerja itu selesai. Buku tadi dikemas rapi olehnya tepi meja.

Seterusnya dia pergi ke arah meja yang tidak jauh dari tingkap bilik itu. Dia selalu duduk di situ sekiranya mahu membaca buku.

Duduk sahaja dia di sana, tiba dia melihat satu sosok lelaki sedang berjalan bersama seorang perempuan di taman mawar rumah itu. Mata budak itu dikecilkan untuk dia memandang jelas sosok tersebut.

Beberapa minit dia memerhati sosok itu, akhirnya dia mengenali sosok lelaki tersebut. Dia dengan perasaan gembiranya terus berlari keluar dari bilik itu sambil membawa satu sijil pertandingan tadi.

Sesampai di taman bunga ros itu, dia melihat sosok perempuan tadi sudah tiada bersama lelaki itu. Mungkin dia sudah balik.

Lelaki itu sekarang pula kelihatan duduk di sebuah bangku taman ini sambil bermain dengan telefonnya. Jujur Rechel tidak tahu bahawa lelaki itu sudah pun balik.

"Abang!" Panggil Rechel dengan penuh riang. Kakinya melangkah laju ke arah lelaki itu.

Arshen yang mendengar suara adiknya memanggilnya itu menoleh ke arah Rechel. Dapat dia lihat adik perempuannya berlari dengan muka yang penuh ceria sambil membawa satu kertas seakan sijil itu.

Dia tidak tahu kenapa budak itu ceria tetapi setiap kali melihat muka budak itu, sedangkam dia selalu tidak dapat duduk senang. Dia tidak sukakan budak itu ada dekat dengan dirinya.

"Abang, tengok Rechel dapat nombor-"

"Kalau kau tak dapat nombor 1 jangan sibuk nak tunjuk dekat aku. Aku tak ada adik yang bodoh," kata Rechel terhenti apabila abangnya berkata begitu.

Dirinya sungguh terkejut. Dia menelan air liurnya. Mungkin abangnya marah kerana belum mendengar lagi dia dapat nombor apa.

"Tapi Rechel memang-"

"Beth tu lebih bagus dari kau. Dia boleh dapat top 3 dengan senang daripada kau," tiba nama perempuan itu disebut.

Rechel mengetap bibirnya. Dia tidak suka apabila dibandingkan sebegitu sedangkan dia sudah buat yang terbaik.

"Rechel-"

"Abang Arshen!" Satu lagi suara memotong percakapan dia.

Dia menoleh ke belakang dan kelihatan perempuan yang paling dia benci datang ke situ sambil membawa sijil yang sama sepertinya.

Dia baru teringat bahawa perempuan itu juga masuk pertandingan itu walaupun mereka berlainan sekolah.

"Abang, tengok Beth dapat nombor 3 pertandingan hari tu," sijilnya ditunjukkan kepada Arshen.

Arshen mengambil sijil tersebut lalu membaca isinya dan tiba satu senyuman hadir muka lelaki itu.

"Betul ke, tahniah. Kamu memang pandai," pujinya sambil tersenyum.

Rechel yang berada di situ terasa sungguh terkejut. Selama ini lelaki itu tidak pernah menghadiahkannya pujian walaupun satu.

Bukan setakat pujian malah senyuman juga dia tidak pernah dapat. Tetapi perempuan itu yang bukannya ada pertalian darah kepadanya, dia boleh berikan senyuman tersebut. Sedangkan adiknya sendiri dia tidak berikan walaupun sekali.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now