Apabila Jimin mahu menarik gaun tidurnya, pantas dia menahan dada lelaki itu. Dia menelan liur seketika.

"M-macam mana kalau Yerin cari awak nanti?" dia risau jika wanita itu dapat menghidu hubungan terlarang mereka berdua.

"No need to worries. My priority is you. Not her." balas Jimin lembut. Pipi mulus gadis itu diusapnya perlahan sebelum ciuman mereka kembali bertaut.

Haewon hanya menuruti kemahuan Jimin yang satu itu kerana dia tahu Jimin benar-benar mencintainya. Sayup-sayup suara Jimin menyapa halwa telinga Haewon sebelum disusuli dengan bunyi hela nafas kasar.

-------


Yerin masih mundar mandir di ruang bilik meskipun jam sudah menginjak ke angka dua pagi. Sejujurnya dia tidak percaya dengan jawapan Jimin apabila dia bertanyakan soal 'rakannya' itu. Setahunya, Jimin tiada kenalan di sini tapi tak tahulah kalau dia sendiri tidak mengenali seseorang itu.

Saya nak stay up dengan dia malam ni sambil bincang projek baru tu. Alang-alang lama tak jumpa. I hope you don't mind. Lagipun kita ada banyak hari lagi kan dekat sini.

Senang betul Park Jimin bercakap. Hanya kerana dia malas mahu berdebat lebih. Mungkin kerana itu dia melepaskan Jimin malam ini.

Okey tak apa. Aku masih ada banyak hari lagi dekat sini. Mulai esok, kau akan melekat dengan aku je, Jimin. We'll see.

-------


Buka sahaja mata, Haewon dapat melihat wajah kacak itu yang masih enak diulit mimpi. Entah kenapa perasaan malu menyelubungi dirinya. Apa yang berlaku malam tadi seakan sesuatu yang bersejarah pula.

Come on, Jeon Haewon. It's not like this is your first time with him.

Entahlah. Tiba-tiba terasa sesuatu yang lain. Mungkin kerana Jimin tidak mengenakan sebarang protection malam tadi. Ya, disebabkan itu hatinya gundah gulana.

Dia risau jika dia tiba-tiba sahaja hamil nanti. Apa pandangan orang terhadap dirinya? Apatah lagi dengan statusnya yang belum berkahwin.

Baru sahaja dia mahu bangun, terasa pinggangnya dirangkul erat. "Morning baby girl." bisik Jimin seraya mencium lembut cuping telinga gadis itu.

"Morning. Saya nak bangun, Jimin. Let me go." hampir putus nafasnya apabila Jimin menyembamkan wajah ke lehernya. Masih terasa hela nafas hangat yang menyapa ruang leher.

"It's still early. Let me cuddle with you." Haewon mengemam bibir seraya memejamkan matanya rapat.

"Awak boleh balik ke bilik awak. N-nanti Yerin cari." mendengar sahaja nama itu membuatkan Jimin terus mengangkat wajah. Matanya redup memandang gadis itu.

"Stop mentioning her when I'm with you. I don't like it." gumam Jimin seraya mencium leher gadis itu.

"Suka atau tak, she's still your wife, Park Jimin." keras Haewon bersuara. Dia memalingkan wajah ke kanan.

"Isteri atas kertas. Tak pernah lebih-"

"Meanwhile me? Hanya perempuan simpanan awak dan selamanya begitu. Dan saya hanya tempat untuk awak lempiaskan nafsu. Kan?" Jimin pejamkan matanya seketika. Entah kenapa soal ini dibangkitkan oleh Haewon pula.

"Sayang, saya tak pernah anggap awak macam tu. Bagi saya, kita-"

"It's still the same, Jimin. Awak dan saya, kita tiada ikatan yang sah. That's the fact." mata mereka bertaut lama sehingga Jimin sendiri yang melarikan anak mata.

"I know but-"

"Ceraikan Yerin. Awak nak?" kata Haewon selamba.

"Saya tak boleh sayang kalau tak mama akan,"

"Again? Semua sebab mama awak je kan? You know what, Jimin. We almost two years like this. Two years, Jimin. Sampai bila saya kena tunggu? Dan menjadi orang ketiga dalam rumahtangga awak?"

"Haewon, please. Give me time. Saya tetap akan ceraikan Yerin but not now. I promise you." tangan Haewon cuba diraihnya namun gadis itu mengelak.

"Geurae. Pilihan dalam tangan awak. Sebab satu hari nanti, awak perlu pilih sama ada saya atau isteri awak. It's up to you then." balasnya lalu dia turun dari katil. Pakaian yang berterabur di lantai dikutip bersama selimut yang membaluti tubuh lalu menghilangkan diri ke bilik air.

Jimin menyerabutkan rambut hitamnya. Kusut. Separuh hatinya mahu menceraikan Yerin secepatnya namun dia bimbang akan penerimaan mamanya.

Dan soal Haewon, gadis itu sudah sebati dalam hidupnya. Mana mungkin dia akan tinggalkan gadis itu begitu sahaja. Dia terlalu cintakan Jeon Haewon sepenuh hati.

                           

Okey ke tu hshshshhshs

[C] His Mistress ; JiminWhere stories live. Discover now