Tidak hairanlah kenapa setiap kali dia tanya tentang keluarganya, gadis itu tidak akan menjawab dan menukar topik lain.

"Teruk ke despresi dia?" Cruz bertanya.

Clarissa mengeluh lalu berjalan menuju ke arah tangan kiri Rechel selimut yang menutupi tangan itu ditarik dan terus dia mengangkat tangan gadis itu.

"Kalau awak tanya macam tu, rasanya awak mesti tak tahu benda ni," Clarissa menunjuklan kain balutan luka yang digunakan di lengan tersebut.

Cruz dengan pantasnya menuju ke arah Clarissa lalu mencapai tangan Rechel. Kain tersebut di buka dan serta-merta dia terkejut melihat apa yang terjadi pada lengan gadis itu.

Penuh dengan parut garisan yang sangat teruk. Lihat dari segi patut itu dia sudah tahu Rechel ada melakukan kerja itu. Kalau sikit tidak mengapa tetapi ini banyak sehingga tangan yang putih ini boleh nampak buruk dengan parut hitam tersebut.

Terdapat juga luka yang masih belum sembuh seperti baru dilakukan beberapa hari lepas. Fikiran Cruz melayang ke kejadian Beth datang ke rumah itu. Dia dapat rasakan bahawa gadis ini melakukan kerja ini selepas kejadian tersebut.

"Tak kan awak tak tahu semua ini? Awakkan abang dia. Awak tak ambil peduli pasal dia ke?"

Kata itu membuat Cruz tersentap. Dia diam tidak menjawab. Dia ambil peduli sahaja apa yang dilakukan oleh Rechel namun gadis itu sudah berubah membuat dia tidak tahu apa yang difikirkan oleh gadis itu sendiri.

"Saya tak hairanlah kalau awak tak tahu yang Rechel ni ada DID," Cruz memandang ke arah doktor perempuan itu dengan muka yang terkejut.

"DID?"

"Yes, adik awak ada DID dan nama dia Emerline."

Emerline.

Itulah nama yang dia pernah dengar dahulu. Nama itu pernah dia dengar Rechel sebut ketika dia bercakao seorang diri di dalam bilik hari itu.

Bermaksud sini, Rechel pada waktu itu bercakap dengan Emerline iaitu DID nya sendiri.

"Berapa lama dia ada sakit ni?"

"4 tahun."

Waktu yang sangat lama. Lelaki itu ingat lagi, waktu adiknya mula berubah adalah 6 tahun lepas. Dan dalam masa dua tahun itu adiknya sudah ada despresi dan DID seperti apa yang dikatakan oleh Clarissa.

Jadi sekarang sudah terbongkar semua rahsia yang gadis ini cuba sorokkan. Rahsia itu adalah sakit yang dia hadapi. Memang patut selama ini suasana di sekeliling gadis ini kelihatan suram sahaja.

Semua sebab sakit mental yang dia hadapi. Despresi ini satu sakit yang tidak boleh dia bawa main. Sebab sakit ini adiknya hampir kehilangan nyawa.

"Saya rasa awak tahu apa benda yang awak perlu lakukan. Cari sebab kenapa dia despresi dan tolong sembuh dari sakit tu," Clarissa menupuk bahu lelaki itu sebelum beredar dari situ.

Cruz pula hanya terdiam melihat tubuh adiknua terbaring lemah tidak sedarkan diri itu. Situasi ini sama ketika dia melihat arwah ibunya sebelum wanita itu pergi buat selamanya.

Dia tidak sanggup melihat situasi begini. Dia sudah gagal menjadi doktor dan juga abang kepada gadis ini.

Selama ini dia menjadi doktor kerana dia mahu menolong orang yang senasib dengan ibunya. Namun dia tidak sangka, orang yang dekat seperti Rechel menerima sakit yang sangat teruk.

Dirinya memang berasa sangat bersalah sekarang. Mahu sahaja dia putarkan masa dan atur semua kesalahan dia terhadap Rechel. Dia dapat mengekalkan juga diri Rechel yang lama.

Dia menyesal kerana melayan Rechel sebegitu dingin. Kalaulah dia tahu semua ini akan terjadi, dia akan melayan Rechel dengan penuh kasih sayang. Dia memang bersalah. Sangat bersalah dan gagal menjadi seorang abang kepada adik seperti ini.

"Maafkan abang, Rechel. Abang memang bersalah," ucak akhirnya.

Satu lagi rahsia Rechel sudah terbongkar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Satu lagi rahsia Rechel sudah terbongkar. Kini Cruz sudah tahu segalanya.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now