Aku menarik rambut itu sehingga perempuan itu berdiri paksa oleh aku.

"Argh!" Dia menjerit kesakitan.

Dia memang nampak sakit tapi apa aku kisah. Dia pernah ke kisah tentang aku apabila kata aku begitu tadi.

"Rechel, lepaskan dia!" Ujar Arshen tapi aku hanya endahkan sahaja.

"Tak ada guna kau buat macam ni dekat aku. Kau dah kalah. Sekarang satu keluarga kau dah tahu peragai sebenar aku. Memang kalau sudah pembunuh sampai bila-bila pun kau tetap akan jadi pembunuh," dia tersenyum senis.

Aku melepaskan tarikan rambut tadi membuat dia terjatuh duduk ke sofa semula. Dia tersenyum kemenangan dan tanpa dia tahu aku kembali arahnya lalu mencekik leher.

Hati aku memang sudah tidak tahan lagi kesabaran. Sudah cukup lama aku bersabar. Kalau aku diberi gelaran pembunuh, jadi biar aku jadi pembunuh sebenar. Aku tak kisah dia mati dalam tangan aku sekali pun.

"Rechel, cukup!" Arshen menarik aku daripada mencekik perempuan itu.

Muka perempuan itu kelihatan tersiksa namun aku suka. Itu balasan atas selama ini. Kalau boleh aku mahu dia mati terus sahaja.

"Kau dah kenapa nak bunuh anak aku!" jerkah wanita tadi sambil menolong anaknya.

"Kau cakap aku pembunuhkan, jadi tak salah aku bunuh dia terus. Sama seperti apa yang kau sudah buat." Jiwa psycho aku keluar.

"Kau-"

"Kamu ni dah kenapa Rechel! Cepat minta maaf pada dia," tiba bapa aku berkata.

Aku menoleh ke arah lelaki itu lalu tertawa kecil.

"Minta maaf. Kenapa pula aku kena minta maaf dekat dia? Aku tidak salah apa-apa pun dekat sini." Bapa aku terkejut apabila aku berkata begitu.

Aku sudah tidak kisah. Rahsia? Nak terbongkar, terbongkarlah. Aku sudah tidak kisah. Kesabaran aku memang sudah hilang lama sejak kehadiran dua beranak ni.

"Aku? Papa tak pernah ajar kamu bercakap kasar begitu," tiba dia bertegas.

Aku tersenyum senis lalu tetawa sekali lagi. Memang lawak betul keluarga ni. Pandai betul berdrama.

"Ajar? Yes, kau memang kau tak pernah ajar aku. Dari aku hidup ke dunia ni, satu patah perkataan pun kau tak pernah ajar aku. Apa yang kau ajar, hanya hidup dengan gelaran 'pembunuh'," aku memandang tajam ke arahnya.

Lelaki itu kelihatan terkejut mendengar kata tadi. Apa yang hendak diterkejutkan kalau semua itu benar.

"Berani betul kau!" Ibu kenapa Beth tadi berdiri lalu menahan bahuku.

Aku dengan kasarnya menolak perempuan itu lalu mengambil beg sekolah aku tadi. Dan dengan hati yang sungguh pedih itu aku pergi dari situ menuju ke bilik aku.

Sesampai sahaja di sana aku terus mengunci pintu dan menyandar di belakang pintu tersebut.

Air menanggis semahuku di sana. Sungguh hati aku terasa pedih sekarang. Dipanggil pembunuh, dicaci-maki dan diburukkan walaupun aku sudah buat yang terbaik.

Aku memang sudah penat dengan semua ini. Kenapa aku harus hadapi semua ini?

Aku sudah buat yang terbaik untuk tembus dosa aku yang tidak bersalah itu namun kenapa semua orang masih melihat aku dengan gelaran aku itu?

Aku tidak faham.

Aku sangat penat sekarang. Aku mahu terus pejam mata dan tidak mahu melihat dan hadapi semua ini lagi.

Kaki ini dengan lemahnya berjalan menuju ke almari di tepi katil aku. Almari itu dibuka lalu aku mengambil satu botol ubat yang amat aku kenali.

Botol itu dibuka lalu aku keluarkan semua ubatnya. Mata aku memandang sedih ubat ini. Maafkan aku tapi aku mahu tamatkan semua ini. Aku tidak mahu menerima seksaan ini lagi.

Ian aku minta sangat. Aku harap kau boleh lihat pesanan yang aku hantar tadi. Aku bukan tidak mahu hidup tapi sudah tidak sanggup lagi begini.

Ubat yang penuh di tangan aku ini dimakan oleh aku sekaligus. Aku tidak kisah itu ubat apa tapi aku yakin ubat ini boleh tamatkan hidup aku.

Setelah aku memakan ubat itu, aku terus berjalan ke arah katil aku. Tingkap yang luas terbuka dipandang oleh aku.

Bulan yang sama aku lihat. Sinar bulan terang menyinari langit malam. Aku duduk menyandar melihat bulatan terang itu.

Badan aku terasa sangat lemah. Tapi aku tidak kisah kerana itu adalah pilihan aku.

Aku tersenyum melihat bulan tersebut. Indah bukan kalau dapat bermain di bulan. Seorang diri dan bebas.

Tanpa ikatan yang menyiksa kita. Tanpa suara yang menyakitkan kita. Tanpa perasaan yang membekukan hati ini. Memang seronok.

Aku amat menginginkan semua itu sehingga aku tidak perasan air mata aku mengalir. Tapi mulut aku tersenyum. Ianya sakit tapi aku suka.

Pilihan aku adalah penentu masa depan aku. Dan inilah pilihan aku untuk meninggalkan dunia ini.

Tok! Tok!

"Cik muda..."

Itu mesti Mary. Hanya dia sahaja yang ada bersama aku selama ini. Yang menjaga aku dan memberikan aku kasih sayang.

Maafkan aku terpaksa buat semua ni. Aku sudah penat dengan lakonan dunia ini. Biarlah aku pergi.

Mata aku semakin berat untuk terbuka. Aku rasa mungkin ini masa untuk aku melihat keindahan malam buat kali terakhirnya.

Pandangan aku menjadi kelam dan suram. Fikiran aku kosong. Tiada apa yang aku dapat lihat dan fikirkan lagi. Aku pergi meninggalkan dunia ini.

Rechel no!

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

Rechel no!

Aku yang buat cerita ni, aku pula rasa nak nanggis.

Silent Melody [✔️]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ