Hatinya masih lagi risau. Kalau pintu itu tidak dikunci begitu sudah lama dia buka dan lihat gadis tersebut.

Baginya Rechel itu sudah seperti anaknya sendiri. Walaupun gadis itu tidak menganggap dirinya sebagai ibu dia tetapi wanita itu tetap melayan Rechel seperti anak perempuan yang amat dia sayangi. Dia tahu gadis jtu perlukan kasih sayang seorang ibu.

Dalam dia menuruni tangga rumah itu, tiba mata terlintas gambar besar keluarga ini. Terdapat seluruh ahli keluarga kecuali Rechel.

Di dalam gambar itu terpapar jelas muka arwah puan Amel yang tersenyum. Senyuman yang sangat indah sehingga dapat memikat sesiapa sahaja yang melihatnya.

"Mesti kamu gembira bila dapat tahu kamu akhirnya dapat anak perempuankan."

"Mestilah kak. Saya sudah lama nak kan anak perempuan."

"Kamu nak namakan apa nanti?"

"Rechel. Saya nak namakan dia Rechel."

"Bagus nama tu."

"Baguskan! Itu nama yang mana berikan khas untuk anak kesayangan mama ni."

Tiba memori lalu terlintas di kepalanya. Pilu hatinya mengenang kisah silam ketika puan besar rumah ini mengandungkan gadis itu.

Puan Amel sangat gembira bila dapat tahu dia mengandungkan anak perempuan. Dari dulu dia bermimpi inginkan anak perempuan dan apabila dia berjaya mendapatkannya, dia pula yang pergi tinggalkan dunia ini.

Dan tanggungjawab menjaga gadis itu diberikan sepenuh kepada dirinya. Sejujurnya dia mahu melihat puan Amel mendukung dan menjaga gadis itu sendiri. Baginya puan Amel lagi layak buat gadis itu.

Dan dengan adanya puan Amel gadis itu tidak akan mendapat semua kritikan ini. Rechel memang sangat perlukan ibunya.

"Kenapa kamu pergi awal sangat? Anak kamu tu sangat perlukan kamu," ujar akhir Mary melihat gambar tersenyum puan Amel.

.
.
.
.
.

Mata aku tenang melihat bulan yang terang menyinari langit malam sambil tangan aku mengalirkan darah hasil kerja aku tadi.

Aku tidak tahu kenapa tetapi aku berasa tenang melakukan kerja ini. Walaupun sakit tetapi aku tenang.

Kenapa agaknya aku mula melakukan kerja ini?

Tertekan?

Mungkin juga. Sudah banyak benda yang aku lalui selama ini. Diri ini pun sudah terasa seperti patung yang rosak.

Berapa banyak kali aku disakiti tetapi aku masih lagi menunjukkan ekspresi yang sama. Tidak berubah.

Aku tidak menunjukkan ekspresi sakit itu tetapi aku boleh melakukan benda yang lebih sakit untuk menghilangkan kesakitan tersebut.

Mulut aku tersenyum sendiri. Tidak faham dengan diri ini. Kalau satu hari nanti aku pergi sebab kehilangan banyak darah, itu memang salah aku dan aku tidak akan menyesal.

Buat apa menyesal. Aku memang lakukan semua ini kerana diri aku sendiri yang mahu. Bukan paksaan.

Darah yang mengalir dalam badan ini pun rasanya tidak mahukan aku. Darah seorang pembunuh, siapa sahaja mahu.

"Apa aku patut tamatkan hidup aku sekarang? Aku dah tak tahan hidup begini," ujar aku sendiri.

Sesiapa tolong jawab. Aku mahukan jawapan.

Aku sudah rasa hidup aku tidak berguna sekarang. Aku mahu pergi sekarang juga. Jadi sesiapa tolonglah jawab soalan aku.

Air mata mengalir mengena pipi ini. Aku memeluk kaki mengenangkan nasib aku sekarang.

Sangat tersiksa sehingga aku rasa hidup ini tidak berguna. Kenapa aku mesti dilahirkan di dunia ini?

Kenapa!

Kalau semua orang tak sukakan aku, kenapa aku harus hidup? Adanya orang itu lagi penting dari aku.

Aku mahu terus pergi sekarang. Tetapi kenapa aku tidak dapat. Apa aku patut untuk aku pergi dari dunia ini.

Aku tidak mahu lagi tersiksa. Cukup aku begini. Aku tidak sanggup lagi menambah luka yang sudah berdarah umpama lautan ini.

Lupa aku nak tanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lupa aku nak tanya. Korang nak happy ending or sad ending? Aku ada terfikir nak buat dua jenis ending tapi aku tak pasti lagi.

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now