.
.
.
.
.

Bubur yang tersedia di hadapan aku ditelan dengan perlahan. Perasaan aku sekarang terasa takut bercampur seram apabila diperhati oleh Cruz yang duduk di hujung bilik ini.

Tadi katanya datang mahu memeriksa kesihatan aku tapi kenapa dia tidak keluar lagi. Aku yang selalunya tak makan ini pun terpaksa makan kerana takut akan dia. Aku tahu kalau aku tak makan mesti dia akan paksa aku.

Ini sampai habis bubur ini pun dia masih lagi duduk di hujung bilik ini sambil bermain dengan iPad nya. Aku mahu bersendiri jadi tolonglah keluar.

Sudahnya dia bermain iPad itu terasa seperti dia sedang memerhatikan aku ini secara senyap. Aura dia seakan memberi amaran bahaya kepada aku.

Dia ni tak ada kerja ke? Bukan sepatutnya dia ada di hospital ke sekarang. Ini tak, boleh pula duduk dalam bilik ni perhatikan aku. Lebih baik perhati pesakit dia dekat hospital tu daripada aku.

Aku mengeluh seorang diri di dalam hati. Dulang makanan aku tadi, aku letakkan semua ke atas meja bersebelahan dengan katil ini.

"Kau sudah habis makan?" Aku terkejut apabila soalan ditanyakan kepada aku.

Aku mengangguk kepala tanpa melihat ke arahnya. Dapat aku rasakan tetapan yang sunguh tajam melihat ke arah ini.

"Kalau macam tu makan ubat tu," arahnya pula.

Aku melihat satu ubat yang berdekatan dengan dulang aku tadi. Makan ubat lagi. Lama-lama aku rasa dalam badan aku bukan darah tetapi penuh ubat.

Aku dengan paksanya mengambil ubat itu dan memakannya dengan sekali telan sahaja. Air kosong tersedia diteguk aku sampai habis.

"Lepas ni kalau-"

Bam!

Pintu bilik ini tiba dihempas oleh seseorang. Aku yang terkejut itu terus memandang ke arah pintu tadi.

Aku melihat Beth bersama Mary datang ke bilik ini. Apa pula yang perempuan ni nak? Aku sakit inilah dia nak datang.

"Kau!" Perempuan datang mendekati aku.

Aku dengan selambarnya hanya memandang dia. Mary yang ada di belakang dia kelihatan risau akan kehadiran perempuan ini di dalam bilik ini.

"Kenapa kau ada dekat sini?" Soalnya kepada aku.

Aku menghela nafas malas aku. Apa alasan yang patut aku beritahu pula sekarang.

"Dia sakit jadi dia terpaksa duduk sini dulu," tiba Cruz menjawab soalan Beth tadi.

"Sakit? Boleh jer kan dia duduk bilik sendiri."

Kalau boleh aku pun nak duduk dalam bilik sendiri daripada duduk sini.

"Aku tak kisah. Kau boleh keluar, aku nak guna bilik ni," arahnya kepada aku dengan kasar.

"Tapi cik Rechel masih sakit. Dia mesti dirawat dekat bilik ni," Mary cuba mencari cara untuk memberhentikan perempuan itu.

Kesian pula aku dengan Mary. Tak salah apa-apa pun terpaksa kena semua ini.

"Kau fikir aku kisah," Beth menolak Mary yang cuba menahan tangannya itu.

Aku dengan terkejutnya terus berdiri dan berlari ke arah Mary yang terjatuh itu. Wanita itu kelihatan sungguh sakit apabila ditolak begitu.

"Kau!" Mata aku tajam melihat ke arah Beth.

Berani sungguh perempuan itu menolak Mary. Aku sendiri tidak pernah berkelakuan kasar begitu.

"Kenapa? Marah? Siapa suruh halang aku tadi."

Silent Melody [✔️]Where stories live. Discover now