"Tapi..., tak! Tak boleh! Kau tak boleh tahu! Aku bahaya, Steven. Aku bukan orang biasa. Aku-" Sekali lagi Lia hilang arah. Berkaca-kaca mata bundar itu apabila mengenangkan dia mungkin meletakkan Kyle dalam bahaya. Otaknya langsung tak dapat berfikiran waras sekarang ni.

"Fairyna, stop! Kau fikir aku tak tahu siapa kau? Fairyna Fathylia, honoured member of Amonic. The best hacker in the team and...," Kyle memandang tepat wajah Lia.

"The one and only daughter of The Frew."

Mata Lia tak dapat lagi menahan cecair panas apabila gelaran terulung milik ayahnya disebut oleh Kyle. The Frew, the best hacker of the world four years ago. Malangnya, empat tahun lepas, ayahnya menghilangkan diri tanpa jejak. Menghilang ketika nama sedang mencanak naik. Dia pasti ada sesuatu terjadi pada ayahnya.

Dan dua tahun kemudian, semua ahli keluarganya yang lain terkorban dalam perang besar antara mafia.

"Shush, don't cry. Hilang dah comel kau bila nangis macam ni." Pujuk Kyle lagi. Pipi Lia yang dibasahi air mata, dilap lembut degan hujung jarinya. Serba salah pula rasanya apabila hal sensitif itu disebut. Sepatutnya dia diam sahaja tentang ayah Lia.

"I miss him." Adu Lia apabila dia terasa tenang sedikit. Kepalanya tertunduk merenung selimut yang menutupi separuh badannya dalam keadaan duduk itu.

"Aku faham. Shush, jangan nangis lagi okay." Kepala Lia diusap lembut oleh Kyle.

Lia mengangguk ringkas. Seketika kemudian, kepalanya diangkat untuk merenung mata Kyle. "Macam mana kau tahu pasal aku?"

Soalan berbaur curiga daripada Lia membuatkan Kyle tersenyum nipis. "I think I need to introduce myself first. Nama aku, Kyle Asher Fleex, 26 tahun and the-"

"Best headhunter of the world?!" Lia memotong laju. Bagaikan nak tergolek keluar sahaja biji matanya dek amat terkejut dengan fakta yang baru diterima dan diproses oleh otak.

The best headhunter yang paling misteri, ada depan mata dia. Abang crush dia, headhunter?! Mak aih, izinkan Lia pengsan balik.

"Well, as expected, aku memang popular."

"Perasan!" Ejek Lia.

"Pandai dah kau melawan aku eh? Dulu kemain saya-awak, sopan pastu jalan tunduk-tunduk macam nak langgar tiang." Perli Kyle sambil mencebik. Duduknya dibetulkan di sebelah Lia.

"Kau dah tahu rahsia aku, buat apa aku berlakon lagi." Ujar Lia perlahan.

"Well. By the way, aku nak cakap sesuatu dengan kau sebenarnya."

Lia memandang wajah Kyle yang seakan gelisah. Bagai tak senang duduk dia melihat lelaki itu yang sekejap menggaru kepala, sekejap lagi menggigit bibir.

"Cakaplah apa kau nak cakap tadi."

"Err..." Nafas ditarik dalam. Wajah bersih Lia ditenung tak lepas. Gugup pulak nak bukak mulut.

'Relaks, Kyle. Cakap je, tak mati pun. Bahaya lagi kau pergi buat mission tembak kepala orang tu.'

"Fairy, jom kahwin." Senafas ayat itu dilontar.

"What?!"

.

.

.

.

.

Lia duduk tegak. Berdebar-debar jantungnya apabila dikelilingi oleh barisan atasan kumpulan mafia terkenal, Exfire. Lebih-lebih lagi apabila sedari tadi dia direnung tajam oleh ketua kumpulan itu, Ayden Hariculas Edwarson. Ketat muka lelaki itu, berbeza dengan ketika perjumpaan pertama mereka.

Disebelah Ayden pula, Raven Waxer, yang terkenal dengan kekejamannya, sedang mengukir senyum nipis kearah Lia. Adrian Alvin Martinez dan Adem Chen Ming Hao, dua mafia yang terkenal dengan kegilaan dan kelicikan mereka, sedang sibuk dengan telefon masing-masing.

Kyle pula masih mendiamkan diri di sebelah Lia. Hurm, eloklah tu main telefon. Tadi dia yang ajak kahwin, sekarang dia yang buat tak tahu.

"Err, apa kita nak buat ni?" soal Lia apabila tidak betah dengan suasana sepi itu.

"Aku nak kau jawab satu soalan," ujar Ayden. Deheman kecil dikeluarkan. "Ketua kau, Evelyn Helena, masih hidup?"

Mendengarkan soalan Ayden, wajah Lia berubah keliru. Pandangan Raven pula terus bertukar gelap.

"Hell? Dia sihat je." Lia menggaru pipinya dengan riak polos. Fikirnya, Ayden dan Evel mungkin dah lama berkenalan, jadi Ayden hanya bertanya khabar.

"Okay." Tubuh disandarkan ke sofa. Diam-diam, tangan Ayden naik menepuk perlahan bahu Raven. Mereka bertukar pandang seketika sebelum Raven mendengus kasar.

"Ayd, aku nak kahwin minggu depan." Kyle mula bersuara. Telefonnya selamba dibaling ke peha Lia sehinggakan terkejut gadis itu.

Ceh, main baling-baling pulak. Orang baling masuk kolam kang padan muka.

"Suka hati kaulah. Cuma daftarkan perkahwinan je kan?"

"Yup. Fairy, kau setuju kan?" Soal Kyle ke arah Lia pula.

Lia diam. Macam mana dengan Evel dan Anna?

"Aku kena bagitahu Hell dan Ed dulu . Diorang tak tahu apa-apa lagi."

"Siapa Hell dan Ed? Nama pun hell, confirm masuk neraka." Alvin mencelah dengan riak tak bersalah.

"Kau diam, Alvin. Aku yakin kau tak ingat diorang," tegur Hao sambil mengetuk kuat kepala Alvin. Tersengih dia apabila dapat mengenakan lelaki itu.

"Sakitlah, tak guna. Eish!"

"Pagi esok aku hantar kau balik. Pastu aku jumpa kakak-kakak kau terus, " ujar Kyle kepada Lia.

Tanpa banyak bunyi, gadis itu hanya mengangguk.

• • • • • • • • • • •
~27/12/20~
Heyyo!
So tak lama lagi nak kawen!

• • • • • • • • • • • ~27/12/20~Heyyo! So tak lama lagi nak kawen!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





Árulás [Betrayal] Where stories live. Discover now