Suami Mithali

33 2 0
                                    

July 2022

Sedang leka aku membasuh pinggan di singki, datang suamiku di belakang sambil mengelus rambutku perlahan.

"Tak penat ke, rehatla dulu. Pinggan ni nanti biar saya basuh" Ujarnya sambil tersenyum. Harini genap seminggu aku berhenti kerja di tempat puaka itu. Aku tidak tahan lagi dipaksa buat kerja yang sepatutnya bukan tanggungjawab aku. Gaji pula sangatlah sedikit dibandingkan dengan gaji minimun sekarang.

Aku memandang suamiku yang sedang menanti di tepi kabinet. Tampak jelas raut wajahnya yang letih baru pulang dari kerja. Dialah satu-satunya insan yang ada sewaktu susah dan senangku. Kini dia mencari rezeki lebih untuk keluarga dek kerana aku telah berhenti kerja dan berhasrat untuk jadi suri rumah sahaja. Lagi pula aku ingin merehatkan fikiran. Cukup sahaja suami di sisi, itu sudah mencukupi.

Ogos 2022

Aku menelefon suamiku di tempat kerja, kerana ada suatu perkara yang ingin aku sampaikan padanya. Ujar aku beritahu berita tersebut, aku cuma menanti kepulangannya dengan hati yang gembira.

Ya, aku disahkan hamil setelah penantianku selama 8 bulan setelah keguguranku yang pertama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ya, aku disahkan hamil setelah penantianku selama 8 bulan setelah keguguranku yang pertama. Allah beri peluang untuk aku dan suami merasai perasaan ini sekali lagi. Syukur, Alhamdulillah. Suamiku merupakan orang paling gembira tatkala berita ini disampaikan padanya. Terlalu banyak doa dan usaha yang telah kami lakukan dan akhirnya kini penantianku berakhir.

Aku akan jaga sehabis baik anugerah yang Allah beri ini dengan seikhlas hati. Aku beruntung kerana diberikan suami yang sangat penyayang dan penyabar. Seorang suami yang gigih berusaha demi keluarga.

Sebenarnya aku nak menangis, tapi aku tengah tahan. Tidak sangka aku bakal menjadi seorang ibu tidak lama lagi.

Doakan perjalanan hidupku dipermudahkan ya.

Coretan Seorang PenulisWhere stories live. Discover now