Puak puak drama

335 27 11
                                    

Ada dua jenis drama dekat dunia ni. Pertama, drama yang sering disiarkan di kaca televisyen. Dan kedua, drama yang sering ditonjolkan oleh manusia kecelaruan minda.

I don't want to talk about the first one sebab tak ada motif aku nak tunjukkan. Tapi yang aku nak huraikan cuma spekulasi drama murahan yang biasa terjadi secara 'live' dalam dunia ni.

Aku tak pasti sama ada apa yang aku bagitahu memberi kesan dekat sesetengah orang. Sama ada salah seorangnya terkilan atau sentap. Aku tak kisah. Sebab aku memang tak peduli langsung. Lantak ah.

Rasanya dari tadi, suasana aman damai tukar haru bila tiba-tiba dikejutkan dengan mesej bertubi dari salah seorang 'rakan' mengatakan seorang pesakit sawan drama datang lagi mengkaitkan isu yang tak masuk akal dan aku boleh katakan dia punya perangai sedikit 'over'

Oleh kerana aku terlampau sibuk dengan dunia nyata, aku ketepikan lagi isu remeh yang tak masuk akal macam ni. Sebab motifnya apa? Dia nak melalut seorang diri, biarkan. Kalau adanya pun sokongan dekat apa yang dia melalut, itu semua tipu daya seorang manusia. Bukan aku tak tahu, itu semua sebab nak tarik perhatian 'dia'. Konon nak tunjuk, kau boleh satu kepala. Kau sokong ayat 'dia' . Kau bagi nasihat dekat dia. Then what?

Kawan forever kononya? Itu yang kau nak? Supaya dia boleh jadi mesra dengan kau dan wujudnya satu istilah kawan atau geng?

Bullshit.

Ada sebab kenapa aku tak berapa nak percaya manusia dalam socmed ni. Aku pernah percaya orang, at the end aku ditindas dan aku ditipu.

Tapi aku tak adalah sampai fobia, aku tetap layan sama rata. Cuma aku tak mudah rapat dengan layanan sekeliling. Contacts dalam telefon, memang tak akan hairan kalau tak lebih dari 15 orang.

Sebab aku susah susah susah nak percaya manusia. Drama dia bukan main. Bertopengkan seratus seribu juta aksara depan mata. Kita buat cara baik, dia balas cara gampang. Okaylah kalau dia nak menang. Ambil hadiah dekat sini. Aku bagi satu lan satu cau. Cukup ?

Senang cerita, disebabkan aku malas nak ambil tahu, aku tutup drama cliche dia. Biar dia meroyan tahap kepala langit dia. I don't give a damn about immature people. Hidup kena profesional. Biarpun ada orang yang mengadu dia masih menggila, tak apalah. Biar dia merasa bahagia sekejap. Dia nak orang layan dia. Dia nak orang nampak dia baik. Buatlah buat.

Satu benda aku nak tekankan dekat sini. Kalau kau buat drama dengan penuh tipu daya muslihat kau. Dengan cara nak buruk-burukkan orang. Well, kau hadap dengan Tuhan esok hari.

Orang takkan cari masalah kalau kau tak bangkitkan isu bangkai kau. Please, berkata-kata biar beradab. Kau duduk dekat dunia ni, kau bukan orang besar. Ramai lagi manusia atas dunia ni. Bawak sedar sikit. Kau nak sindir-sindir, nak tunjuk salah orang, kau dapat apa?

Hadiah berjuta?

Kau ada mata, kau tengok kesilapan kau dulu sebelum nak tuding salah orang. Jangan simbah api dekat tempat yang salah. Bukan kau yang terbakar, dengan otak kolot kau sekali boleh hangus.

Damn people nowadays, drama bukan main cliche. Sekali dia punya ribut, tunggang-langgang dia buat. Even my brother also cakap ;,

"Zaman kau sekarang memang banyak timbul pergaduhan. Tak kisah kau dekat mana, dengan siapa. Sebab sekarang kita dah lalui masa-masa akhir dimana manusia akan mengejar dunia lebih dari mengejar pahala, orang takkan hirau bila kau selamatkan kucing atas jalan, orang akan pandang kau bila mana kau tersilap satu perkara di khalayak umum, orang zaman sekarang dia tak pandang kau punya baik, mereka sangat judgemental dalam aspek-aspek macam ni,"

There, faham tak maksud dia? Aku pun taknak hurai banyak sangat. Takut nanti ada yang salah faham niat aku. Bukan aku nak maki, nak herdik, nak pandang sinis ke apa. Just saying. Kita kena sabar dengan orang macam ni. Tak boleh nak direct open sangat. Sebab jenis yang mudah triggered. So kita juga kena mengalah kan?

Dah memang aturan kehidupan kita Allah dah tetapkan macamtu. Kita hanya perlu akur. Terkadang hati mahu memberontak, tapi akhirnya jawapan tetap sama. Jawapannya supaya kita terus sabar dan bertahan.

Bukan senang nak jadi seorang manusia. Sentiasa punya salah di sini sana. Banyak kali kita mendaki, banyak kali juga kita jatuh dan jatuh lagi. Kita boleh duduk dan henti mendaki. Tapi kita tahu dengan mendaki itulah destinasi untuk ditujui. Walau cabaran yang kita dapat tu memang besar dugaan dia. Kita kena tempuh dengan berani.

Tak apalah andai takdir hidup aku dah macam ni. Sekurang-kurangnya takdir itu yang bangkitkan semangat aku untuk terus melangkah gagah. Biar masih jauh, tapi terus menapak. Biar ditinggalkan, asalkan terus bergerak .

Hidup ini tak lama. Maka penuhkan dengan rasa-rasa yang menggembirakan. Buang segala sampah yang cuba nak jatuhkan kehidupan kau. Gembirakan orang-orang yang kita sayang bukan gembirakan orang yang dengki dengan kau dengan cara berputus asa. Tak, salah cara macam tu. Gembirakan diri sendiri dengan sepenuh hati. Suatu hari, pasti kita temui apa yang kita cari.

Dah, bye.

Coretan Seorang PenulisWhere stories live. Discover now