Assalamualaikum wahai Ex Crush kedua

254 29 19
                                    

Dulu aku ada crush, eh dulu memang aku banyak crush weh. Kalau boleh satu sekolah aku nak crush, apa masalah lah mental anak-anak kecilku ini. Ei kalau dapat putar balik masa memang aku rasa nak tampar diri aku yang masih kategori budak-budak mentah. Banyak sangat bermain dengan hati. Ada crush sana sini, lepastu patah hati melalak cam anak ikan.

Tapi la kan this one guy, aku suka dia secara pelik ah sebab dia ada misai padahal aku benci misai tau. He's a new guy in my class. Waktu tu baru f3. Tak adalah hensem sangat-sangat tapi muka dia macam aaaaa adalah sikit-sikit macam aedy asyraf. Kenal tak? Heh.

Aku hyper sangat bila nampak dia tau. That time he sat at the front row, aku pulak belah belakang. Aku gentle memang try usha dia tapi sedar je standard camna sebab yela dulu zaman buruknya dengan tudung kedepan segala. Dia perangai boleh tahan nakal, memang agak playboy sebab muka boleh go kan memang dia punya kelebihan lah. Pasaipa tah aku minat dengan misai dia, sedangkan misai abah aku sendiri pun aku suruh dia cukur. Baru comel kan bapak?

Ha nak dikatakan one day, aku tegur dia apa semua dekat socmed. Tapi dia balas pendek ah. Sebab dia tak layan sangat perempuan macam aku. Dia nak minah motor sebab dia kaki rempit. Nak yang lawa-lawa bagai putih melepak budak motor pe hawau tu. Lepastu aku macam sakit jiwa bila dia tunjuk gambar awek motor dia. Aku sakit ah sikit bila dia kata "ha camni baru aku nak, montok bhai," dia tunjuk gambar dekat aku melalui socmed.

I stop chatting with him cause my friend once said this guy really have a bad attitude. Budaya buruk. Jadi aku hold dulu. Sebab aku jenis yang dengar kata orang. Aku jenis pendengar setia.

Sampai beberapa hari kemudian, ada kes yang dia lari dari rumah. Allahu, apa masalah dia sampai lari rumah pun aku tak faham. Aku contact dia balik, chat semua dia memang tak balas. Lepastu aku terus lupa pasal dia. Sampai sekarang. Sampailah tiba-tiba bertahun akhirnya, aku jumpa dia balik. Jadah binatang aku terjumpa pulak kan?

Aku jumpa dia dekat mall beberapa hari lalu. Dekat Melaka, you know dekat padang? Siapa budak Melaka sini tahulah kan area dp tempat budak hyper duduk atas padang panas-panas tangkap gambar apa semua. Aku lalu je waktu tu, tak ada niat nak ambil gambar sebab ramai sangat. Dahtu, panas terik lagi. Aku memang dah prepare nak balik sebab nak bagi anak-anak makan.

Anak kucing guys kay? I masih suci dan murni untuk bernikah dan mempunyai anak-anak yang ramai.

Aku tengah sibuk cakap-cakap dengan bf aku ni tiba-tiba aku terpandang satu mamat ni. Aku rasa do I know him? Sebab misai dia tu yang buat aku kenal. Aduh muka, kawalla mat. Memang makin hensem. Baju dia dulu selalu pakai t-shirt and then seluar pendek apa semua kan. Tapi ni, dia dah ubah style macam nerd sikit. Dia pakai kemeja putih and then seluar jeans coklat apa tu semua. Dengan cermin mata dia lah kan. Aku nampak dia tapi aku jalan laju gila. Tiba-tiba bila dah dekat tu dia tegur, dia kata.

"Eh eh, kejap ni kila kan yang dulu pengawas tu?"

Bf aku dekat sebelah dah cuak muka dia. Jeles la tu tiba-tiba ada lelaki tegur. Aku pun memula sengih je lepastu aku haah je. Lepastu borak kejap je sebab panas kan. Nak pulak bf aku dekat sebelah pun tercegat macam patung dengan beg shopping dia. Lenguh tu aku rasa. Aku pun dengan muka innocent bagitahu mamat ni yang aku nak balik dah. Dia pun belum sempat cakap apa-apa ada seorang perempuan ni berdiri sebelah dia.

Ya Allah, Ya Rabbi, MasyaAllah. Elok dia sengih dekat perempuan tu macam aduh bini dia ke apa. Bertudung guys, cantik gila. Baju putih blouse labuh dia dengan tudung selendang merah dia yang aku rasa kalah aku dia punya labuh. Paras-paras perut macam tu. Aku macam mata nak terkeluar bila perhati ah. Match gila ootd mereka sampai aku sendiri nak muntah berdarah.

"Eh kau dah kahwin ke?" Aku dah tergagap sikit. Mamat ni tergelak memula, lepastu dia cuma cakap yang tu bakal tunang dia. Aku pun macam what the fish hang biar betul muda lagi dah nak tunang kau ada duit ke kau kerja apa gila kau seriusla mana kau cari dia bukan dulu kau kaki rempit ke gila bab—

So aku speechless dua tiga saat then baru aku salam perempuan tu then aku minta diri balik. Atas motor dengan berangin-angin aku tak boleh lupa lagi hal waktu tu. Mungkin dia bergurau atau mungkin dia dah dapat hidayah dia.

Benar guys, manusia boleh berubah. Alhamdullillah dia dah insaf tak cari minah rempit dah. Bagus dia sekarang, aku pula tiba-tiba yang bahagia sebab tengok dia dah berubah. Sejuk hati guys, sejuk sangat.

Bf aku ni bila nak ajak aku bertunang pun tak tahu la. Saja aku debik belakang dia. Biar dia faham perasaan aku walaupun dia terpinga-pinga.

Tapi kalau kau ada dekat tempat aku, mesti kau boleh rasa sejuk dia macam mana. With a very happy heart, I wish him the best in my prayer. Semoga dia kekal dengan jalan yang sekarang dan tidak berpatah balik ke dunia lamanya. InsyaAllah. Doakan yang baik-baik sahaja—

Semoga dia capai kebahagiaan dengan jalan yang benar.

Coretan Seorang PenulisWhere stories live. Discover now