Puisi 1.6

409 43 4
                                    



Terkadang langit gelap malam yang satu itu mampu melenyapkan semua bintang yang ada
Hatta terang bulan sekalipun

Begitu juga dengan hati kita
Dosa yang dilakukan berhari-hari tanpa istighfar, tanpa taubat, mampu menggelapkan hati kita

Kerana itu adanya istilah hati hitam
Bila nak cuci?
Bila nak bagi hati bersih kembali?
Alasan "hidayah tak datang seru lagi" sudah cukup basi

Sedar tak sedar dunia kita semakin tenat
Dengan para ulama yang satu persatu meninggalkan dunia yang fana ini
Kiamat semakin mendekati, andai kita amati kehadirannya secara perlahan
Silap hari bulan, boleh jadi ajal kita hari esok

Matilah kita meninggalkan dunia yang fana ini dalam keadaan kotor dan hina
Mahukah kita?

Ada akal?
Fikirkan sendiri
Jangan terlalu ikutkan hati
konon hidayah tak sampai lagi

Coretan Seorang PenulisTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang