Malunya nak cerita

313 31 7
                                    

Aku dalam toilet ni sebenarnya, ada masalah penghadaman pagi-pagi buta ni. Dah lama aku tak jejak tangan ke wattpad ni. Aku pun dah nak habis practical. Tak lama lagi dah boleh jadi cikgu, boleh belasah anak murid.

Takdelah. Kau ni pun.

Apa khabar semua ? Sihat ke ? Mesti pelik kenapa aku mendiamkan diri je kan. Sebab aku makin busy sekarang, sejak nak habis practical, memang banyak paperwork nak kena handle. Kena pergi mengajar lagi untuk buat video stimulasi. Dengan teater lagi. Serabut jiwa aku sekarang. Tapi dalam pada serabut tu, aku berjaya kenal dengan seorang lelaki.

Ala gelinya, haritu baru cakap taknak kenal lelaki kan. Ha nak buat macam mana. Dah sangkut. Tapi susah jugak aku nak terima dia. Memang ambil masa sebab bila sekali aku dah terkedu dipermainkan, memang susah lah nak buka hati balik untuk orang baru.

Bukan nak berharap dengan laknat yang dah pergi tu tapi tulah  kalau dah kena game, memang susah nak bagi hati dekat orang lain. Sebab apa ? Sebab orang setia ni memang susah nak jumpa. Dulu banyak la jugak, sekarang ni banyak dah kena tapis. Makin lama makin kurang.

Selalunya orang setia ni la banyak kena tinggal, lepastu end up patah hati. Last-last dia berubah jadi teruk, thats why populasi orang setia zaman sekarang ni makin teruk. Sebabnya manusia-manusia yang lain ni tak reti menghargai. Orang tu dah cukup sayang, dah cukup setia. Kau pergi tinggalkan dia. Ni la jenis bodoh yang tak patut dikenang.

Kau tak nampak dia macam mana struggle nak hadap penipuan kau, kau tak rasa kesungguhan dia. Lepastu suka hati nak berambus, macam bangsat engkau ya. Nasib baik kesetiaan aku tak pernah berubah.

Aku baik orangnya walaupun telah dirobek hatinya hampir tiga kali pada tahun lepas. Ingat tak pasal tinder tu ? Kenal punya kenal rupanya dia pergi balik dekat ex dia. Ah malas aku nak cakap. Aku pun terus buang apps tu. Boleh mental kalau melayan.

Aku ni dah la susah nak percaya orang. Sebab kes kes bodoh macam ni lah. Tapi disebabkan aku dah penat dengan lelaki. Aku berhenti fikir pasal benda ni. Aku fokus je belajar sampai la nak masuk sem akhir. Sebabtu aku diamkan diri. Lama jugak aku tutup hati aku.

Sampailah aku dipertemukan dengan seorang lelaki yang buat pertama kalinya berani bawak aku jumpa family dia. Pada mulanya dia ni kenalan kawan aku. Kawan sebilik aku la. Dia ni senior dekat sekolah lama kawan aku ni. Dia nampak gambar aku dekat story kawan aku. Terus dia cakap nak kenal. Kawan aku pun bagi la instagram aku dekat mamat ni. Tapi aku tak accept pun, dia dm pun aku tak layan. Sebab aku tak minat. Aku dah malas nak kenal lelaki lagi.

Dia beranikan diri mintak nombor aku pulak. Member aku pulak bagi je. Aku pun macam terpaksa jugakla layan. Gigih pulak effort mamat ni. Dari chat terus bertukar ke PUBG. Asal malam je on game. Berperang la kitorang dalam phone. Tembak sini sana. Dari situ aku start berkawan dengan dia. Lepas 2 bulan kenal, dia ajak jumpa pulak. Bila dah keluar sama, dah makin rapat lah. Jadi aku pun proceed untuk kenal dia dengan lebih jauh.

Sekarang dah nak masuk 8 bulan jugak aku kenal dia. Tapi hati aku masih belum bukak sepenuhnya. Aku masih lagi belum mampu untuk percaya lelaki. Jadi aku masih berhati-hati walaupun dia pernah bawak jumpa family dia. And family aku pun dah kenal dia.

Both family also dah kenal each other untuk mengelakkan benda-benda yang tak baik jadi. Aku cuma fikir, kalau betul dia ni jodoh aku maka permudahkan la urusan aku dengan dia. Kalau dia bukan jodoh aku, cepat-cepatlah jodoh dia yang sebenar kutip dia ni balik. Aku malas nak jaga jodoh orang lama-lama.

Itulah ringkasan apa yang terjadi selama aku mendiamkan diri. Dah nak habis belajar, dah makin membesar dengan sihat. Wattpad pun aku dah jarang bukak. Novel lari tu pun aku dah berhentikan sebab dah tak ada idea. Dari 2017 aku buat sampai la nak penghujung 2020 tak pernah habis-habis.

Aku pun runsing. Lagipun wattpad dah sendu, dah tak ramai lagi author lama-lama geng dulu ada. Makin lama makin banyak yang bawa diri. Aku pun dah makin bosan dekat sini. Dah tak ada kawan. Semua dah ada komitmen lain.

Apa-apa pun korang yang masih setia menjadi pembaca aku, terima kasih la ya. Walaupun apa yang aku cerita kadang-kadang membosankan aje. Kita jumpa lagi di halaman lain akan datang. Setakat ni aku nak bagitahu yang aku baik-baik je dekat sini. Dan aku harap korang pun baik-baik sahaja kehendaknya.

Coretan Seorang PenulisWhere stories live. Discover now