Puisi 0.3

305 36 3
                                    

Jujur
Masa silam aku penuh dengan luka
Luka yang sangat dalam
Luka yang masih membekas dalam jiwa

Dan kerana luka itulah
membuat aku takut melihat sinar kehidupan
Kerana aku takut jalannya penuh dengan duri

Aku belum sepenuhnya bersedia
untuk merasa terluka lagi

Berikan aku sedikit lagi waktu
untuk menjadi lebih kuat
untuk bangkit dari hentam terlaknat

Aku ada ini
hanya di sini tempat aku mengadu
Memandang tempat dulu diambil orang
Di sini suka duka aku
Melepas dan membina

Aku cerita tentang aku
Aku berpuisi hidup aku
Aku berkisah derita aku
Aku bercerita bahagia aku

Di sini di sebalik hati
Aku melepas duka
Agar luka tidak terpendam lama

Di sini di sebalik hati
Aku membina suka dan duka

Coretan Seorang PenulisWhere stories live. Discover now