Cinderella Moden

415 51 14
                                    

I got one story to tell. Based on true story.

Ehem.

Once upon a time, tinggal seorang gadis—
k serabut sangat ayat macam ni. Cancel.

Okay dulu, ada seorang perempuan ni dia ada banyak sikap tau. Kadang baik, kadang jahat, kadang nakal. Macam-macam sangat.

Tapi dari dulu sampai sekarang dia ada satu masalah. Bila dia baik, dia baik sangat sampai sanggup biar orang pijak kepala dia.

Yang kesiannya, ada orang kata dia ni macam cinderella moden. Bukan kena dera dengan mak tiri dia, tapi lebih kepada 'kawan' dia.

Sebab dia tak ada mak tiri, dia dengan family dia bahagia all the time so-

Macam yang dalam cerita cinderella kan, kena dera secara fizikal right? Kena buat kerja, buat itu ini semua? Ha dia bukan. Dia cuma kena dera mental je. Macam, dia selalu dipergunakan dengan manusia yang dia kenal. Orang layan dia baik-baik semata nak gunakan dia. Lepastu, kutuk-kutuk belakang. Gelakkan dia. Hina dia. Tapi perempuan ni sabar jugak, tetap tolong dia orang. Sebab perempuan ni kan aku kata, kalau dia baik, dia baik sangat.

Walaupun dia sedar, dalam diam masing-masing tak perlukan dia. Tapi dia tabah.

Sampailah dia jumpa putera dia. Dia terus dapat semangat baru. Dia jadi kuat, happy, bebas.

Tapi ada batasnya juga, seperti cinderella. Sehingga jam 12 malam bukan? Ya, dia ada batas waktunya. Sebab putera dia ni, dapat jumpa sekerat hari je. Lepas perempuan ni balik rumah, mana jumpa lagi kan. Ha.

Hanya dengan satu hari perjumpaan pertama, dia tak tinggalkan kasut tumit tinggi kaca tu. Tak, tak bukan.

Perempuan ni cuma tinggalkan nama. Untuk dikenang dan dihargai.

Bahkan, si putera turut memanggil namanya sehingga kini. Tapi sayang, jarak mereka terlalu jauh. Dan sang putera sudah pasti ada yang lain selain dia.

Cinderella ini, tidak mampu untuk kembali ke sang putera. Dia kembali pasrah dan mengurungkan diri.

Tapi sekali lagi, dia dianugerahi sang 'putera' .
Di mana, kedengaran tepat pukul 12 malam, terngiang-ngiang suara seseorang berbisik kepadanya.

"Ingatlah bahawa di setiap kedukaan ada hikmahnya. Kembalilah kepada asalmu, sujudlah di tempat yang telah ditetapkan sejak azali lagi. Kerana yang mutlaknya hanya janji Allah yang sebenar-benarnya akan membawa ke jalan yang benar"

Cinderella menitiskan air matanya pada malam itu. Maka sujudlah dia kepada sang 'putera' yang benar-benar datang untuk menyelamatkannya.
Membebaskannya dari jiwa yang bergelodak. Jiwa yang punah. Benar sekali keajaibannya.

Tiada lagi diusung nama Cinderella buatnya.
Hanya seorang gadis yang kini masih dalam istiqomah mencari keredhaan-Nya. Kuatnya diri menempuhi dugaan, hanya kerana bantuan dari sang 'putera' .

Benar ya teman, letaklah tinggi mana cintamu kepada sang ajnabi, letaklah kebaikanmu sesuci mana bak salju, tiada mampu manusia yang akan menghargainya.

Maka sujudlah, kembali kepada sang 'Putera' mu. Hanya Allah yang tahu segala baik dan burukmu.

Boring sikit, takpelah sekadar melengkapkan entry. Jumpa next time pulak.

Coretan Seorang PenulisWhere stories live. Discover now