Konflik bunuh diri

339 34 7
                                    

Menjelang hari itu la citenya, nenek ada buat makan-makan dekat kampung. So memang saudara-mara yang duduk dekat bandar akan balik kampung jugala. Family aku pun dah siap berbincang, katanya nak balik, jenguk orang tua tu semua dekat sana. Malam tu, waktu cousin-cousin ni berkumpul. Ada lah pula sesi luahan bicara antara gadis-gadis.

Gegadis la sangat hokhok.

Tetiba masuk si cousin aku ni. Dia kata dia banyak kecewa sebab lelaki lah bagai kan. Dia ni jangan sampai aku masuk line je. Aku pun dah banyak kali kecewa dengan lelaki tahun ni. Jenuh telinga dia kang nak dengar. Takpela aku lepaskan cerita dia dulu.

Dia cakap pernah sampai satu tahap, dia nak kelar tangan. Tak nak hidup dah. So aku ada lah juga shock dekat situ tapi tak tunjuk sangat. Sebab benda macamni dah selalu jadi dekat luar sana. Putus cinta je duk gores tangan. Mungkin dia fikir itu art berat.
Aku dengar jela dia cerita, tahu tahu dah melalak dah. Dia menangis je sepanjang dia cerita. Aku rasa macam nak bagi ayat sikit tapi tak apa, dah ada yang datang membantu. Aku nak masuk campur tapi kalau aku masuk campur kang tak jadi pulak dia nak menangis. Dia emosi kang.

Ada sorang akak ni, umur dalam 25 tahun macam tu. Kerja dia cikgu. Time tu dia ada dekat belakang kitorang, tengah kikis kulit kunyit. Nak masak rendang malam ni katekan. Pastu dia dengar la budak ni punya cerita jugak. Tiba-tiba dia menyelit.

"Baru umur 19, dah kecewa, dah dendam dengan lelaki, rasa nak bunuh diri sebab dapat harapan palsu. Umur tu baru 19, dah meroyan dendam sampai nak bunuh diri. Sape suruh kau percaya lelaki sangat, ni la padah dia. Orang suruh belajau kau gatal poen. Salah siapa tu? Salah sendiri kan.
Jangan seksa diri sebab hal remeh temeh ni. Berhenti sebelum terlambat,"

Ayat dia sebenarnya lagi panjang lepastu ada kasar sikit cuma aku tapis and aku olah balik ayat dia kasi cantik. Janji konten yang sama. Lepastu aku nampak la dorang yang ada dekat situ sekali turut rabak dengar akak ni punya nasihat.

Cousin aku tu diam dah, duk main kuku dia sambil lap hingus. Aku pun sentap jugak sebab aku pernah broken sebab lelaki. Masing-masing terus tukar topik. Sebab makcik-makcik yang dekat dengan kitorang pun dah mengomel. Orang tua kalau bercakap, berdesing telinga kau.

Aku dah mati akal, aku bangun terus aku pergi dekat mak aku. Taknak masuk campur dah, nanti dorang ingat aku pun broken sekali. Aku pun join jela mak aku borak, cuba lupakan pasal tadi. Aku teringat jugak zaman sekarang budak umur 11 tahun pun dah ada partner. Dulu dengan sekarang lain. Kita ni dulu surat cinta pun kalau kantoi dekat mak bapak mahu kena sebat berbirat. Sekarang dah canggih, ada whatsapp. Dulu nak telefon pakwe pun pakai public phone. Sekarang memasing dah ada phone sendiri.

Apa boleh buat kan, perhati je lah budak-budak ni punya drama. Lorat nak bercinta semuanya. Ceh padahal aku sama je dua kali lima. Tak habis habis dengan patah hati. Dah move on cari lain pulak haha. Takpe kita menikmati usia muda.

Coretan Seorang PenulisWhere stories live. Discover now