Mulut masin

240 27 23
                                    

2021 pun dah menjelma ya kawan-kawan. Aku pun dah start kerja. Sekarang dah jadi cikgu yang berjaya didampingi anak-anak murid yang comel. Tengok la gambar tu comel kan semua ehek.

Anyway harini nak cakap pasal mulut masin. Aku bukan nak riak, tapi benda yang aku cakap tanpa sengaja kadang-kadang boleh jadi realiti. Orang kata mulut aku masin, tapi bila aku jilat bibir aku, tak ada rasa masin. Rasa aum.

Nak dijadikan cerita, aku kalau dah mengamuk, memang aku sumpah macam-macam. Contohnya, aku masih ingat lagi zaman aku bergaduh besar dengan ex aku dulu.

Aku cakap macam ni, "Kau siap kau, sakit perut terberak-berak kau nanti, jangan harap aku maafkan," Okay, keesokannya dia memang betul-betul tak datang sekolah sebab dia sakit perut.

Perkara ni biasa jadi setahun empat kali atau tiga kali macam tu. Aku tak tahu aku memang mulut puaka atau memang itu kifarah Allah nak bagi dekat orang yang buat sampah dekat aku lah.

Nak-nak lagi dua tiga hari lepas, aku bagitahu dekat mak aku, siapa yang pecahkan side mirror aku, babi hutan akan langgar dia sampai tulang pinggang dia patah.

Aku tak tahu lah siapa buat, yang penting aku belum dengar apa-apa lagi kes pasal babi hutan. Ya aku tahu melampau, tapi motor kesayangan aku wey, ingat apa? Masuk kali ni, dah dua kali motor aku dibuli. Aku rasa macam aku nak—

Dulu coverset calar sikit, cermin sisi pun pecah juga sebab jatuh motor, itu pun bukan aku yang buat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dulu coverset calar sikit, cermin sisi pun pecah juga sebab jatuh motor, itu pun bukan aku yang buat. Member yang bawak. Dia pantang anjing menyalak, terus jahanam motor tu dia lepaskan. Ya Allah, rasa nak menangis dekat tempat kejadian.

Aku faham dia punya tahap takut tu macam mana, sokay aku faham tapi biar agaklah, anjing tu tak nak kejar awak pun, dia dalam rumah. Dia tak ada kuasa tahap tiga nak keluar dari pagar melalui pintu ajaib. Awak kenapa sebenarnya? Haha kelakar bila teringat.

Aku pun satu, dah tahu motor masih baru waktu tu, nak pergi bagi member bawak test. Dulu lah dulu sebab nak berlagak-berlagak konon ada motor baru kan. Ini lah padahnya riak.

Bukan aku ikut Ijoy puaka tu eh, riak kunci kejayaan kepala pusat dia. Aku sumbat pasir taik kucing baru tahu. Popular dia sekarang hm.

Okay berbalik kepada asal. Petang tadi aku sungguh dah beli topup. Aku biarkan atas meja. Bukan topup 5 hinggit okay. Kalau setakat 5 tu tak apa lagi. Ini 10 hinggit. Aku dahlah tak ada wifi, masing-masing dekat rumah memang beli data.

Kau bayangkan duit topup aku hilang. Peluang aku nak melayan drama punah beb. Berderai hati aku. Puas aku cari merata lantai, bawah kain mak aku, semua tak ada. Kalau setakat angin, ke mana kertas tu nak pergi. Takkan masuk dalam jamban kot, berapa jauh lagi dekat meja aku ni. Power effect angin dia.

Selalu dalam rumah ni, ada satu makhluk je yang kuat kebas. Dia ada masalah kesihatan sikit, jadi aku taknak ulas panjang-panjanglah. Tapi dia normal. Cuma terejal.

Aku puas tanya dia, sebab abah sendiri nampak dia pegang. Tak tahu sama ada dia letak atau tidak. Itu aku tak pasti. Benda jadi mudah kalau bagi terus kan? Dia nak panjangkan cerita pula. Aku sampai tak bagi dia masuk rumah tau.

Habis segala perkataan carut keluar, dengan 'bapak kau hitam' sekali keluar. Aku terlupa bapak dia dengan bapak aku sama. Aku mati akal bila abahnya berdiri dekat belakang pandang aku semacam.

Bila dia nak keluar pergi hantar barang, aku cakap dekat dia "Kau jangan, hari nak hujan ni. Kalau kau mati kena sambar petir jangan salahkan aku. Mulut aku ada saka, sekali kau kena, kubur panggil kau," Aku tak kira, aku punya kepala dah panas memang semua aku keluarkan.

Nasib baik tak menjadi, dia balik-balik je selamat sampai. Hati aku panas. Laju aku capai susu dalam peti ais.

Ye susu dutch lady, full cream. Entah kenapa aku minat. Boleh sejukkan badan aku sikit. Tunggu punya tunggu, tulang aku dah start mereput. Dengan air mata yang tak berjaya keluar, aku bangun terus masuk bilik. Aku capai phone aku terbaca WhatsApp seseorang.

"Kila, kucing yang kau bagi semalam kena langgar kereta,"

Aku bagi dia bluetick, dalam hati aku cakap, "Kau tunggu roh kucing tu masuk dalam mimpi kau,"

Aku sedih tahu sedih. Asyik nak mengamuk setiap masa. Entah-entah dah sampai waktu aku nak pergi bulan?

Tak apalah, tabahkan hati. Semoga saya lebih sabar di masa akan datang. Mulut kena letak gula lepasni. Tak adalah orang asyik cakap aku mulut masin. Lepasni mulut apa? Mulut manis? Bibir seksi tak ada? Ada tips?

Sedang aku taip benda alah ni, tiba-tiba dia datang dekat aku.

"Eh ni topup kau kan? Ada dekat atas meja depan, entah macam mana boleh ada, dak adik bawak main kot, bagi enset aku balik ah? Mana?"

Dia bagi setelah cubaan aku merampas telefon dia berjaya. Aku dah masak dengan perangai dia, memang dia yang ambil. Bukti memang abah yang nampak. Dia memang kepala puaka, semua benda nak ambil. Satu family dah faham dia.

Tahu kau sayang phone kau, padan muka.

Hm sekian cerita merepek dari saya. Papepun harini saya cuti, saya dah mula rindu anak-anak murid saya. Nanti aku kongsi lagi pasal tempat kerja aku. Next time okay.

Coretan Seorang PenulisWhere stories live. Discover now