𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝐒 𝐂 | 𝐈 𝐈

10.5K 635 16
                                    

Semakin meningkat dewasa, kini usia kami sudah pun 20 tahun. Ke mana lagi? Universiti lah jawabnya.

Tipulah sekarang tak ada orang minat suami aku, of course la ada. Ingat lepas habis sekolah, matang la sikit pemikiran manusia-manusia tu. Rupanya sama je. Aku cemburu? Gila la kalau aku tak cemburu!

Irfan, I nak nombor you boleh? Nak tambah contact je. Kau fikir aku nak percaya ke alasan macam itu? Panas betul hati aku dengar.

Tepat 7 pagi, aku dan Irfan sampai ke destinasi kami. Aku mencium tangan Irfan sebelum keluar dari kereta. Ini lah rutin kami, bila nak ke universiti, terpaksa lah sorokkan identiti sebagai suami isteri. Dekat sekolah kena sorok, dekat sini pun kena sorok. Apa lah nasib diriku ini.

Bila jadi isteri kepada orang kacak begini lah hidupnya.

"Jaga diri." pesan Irfan kepadaku, aku mengangguk.

"Kau pun, jangan nak melayan sangat perempuan-perempuan yang nak mengorat kau tu. Nanti naik miang diaorang, tak malu tergedik-gedik dengan laki orang." omelku pelan.

Irfan menyembunyikan senyumannya, tak boleh menahan senyuman melihat isterinya yang takut dia layan perempuan lain. Jealous lah ni?

"Baik Sumayah ku sayang," balas Irfan spontan.

Aku melihat ke arahnya dengan wajah menyampah, saje nak cover malu hehe.

Kelas sudah pun bermula, aku memberi sepenuhnya perhatian kepada Ms. Thalia untuk memulakan percakapan sebelum exam.

Yup, hari ni adalah exam yang ditunggu-tunggu. Last exam untuk semester dua. Aku dah lama ulang kaji untuk exam ni, jadi aku yakin aku boleh buat.

"Today, is your exam for semester two. Dan saya tahu awak semua dah prepare apa yang patut, betul? Goodluck with your exam, with bismillah, you can start it."

Aku dengan bacaan bismillah lalu disapukan ke muka, kau boleh buat, Maya. Kau boleh.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi yang tersedia di depan cafe sambil memegang cawan yang berisikan air teh. Seraya itu aku menunggu kehadiran Irfan. Mana lah dia ni.

Telingaku tiba-tiba terdengar satu teriakan gadis-gadis yang melalak seperti burung kakak tua, aku mengucap berkali-kali, hampir pecah gegendang telinga.

"Irfan, please, I nak nombor you. I nak add contact je, lagi pun kita boleh kenal-kenal." kedengaran suara yang membuatkan aku tidak sedap duduk.

Pantas aku menoleh ke arah punca suara, kelihatan gadis-gadis yang tak cukup kain mengepungi Irfan. Terus berasa telinga aku, Ya Allah, kau taubatkanlah mereka yang gedik itu. Aamiin.

Aku pantas menuju ke arah mereka lalu terus menghalangi mereka dari mendekati Irfan.

"Eh, Maya. Kau boleh tepi tak? Kau fikir kau siapa?" marah salah seorang dari mereka, aku tersenyum sinis.

"Kauorang tu, dah tak tahu macam mana nak rasa malu ke? Terpekik-pekik macam orang hilang akal dekat sini sambil sebut nama lelaki. Tak malu?"

Kata-kata aku membuatkan mereka terdiam, tak tahu untuk membalas. Sentap diri seketika.

"Kau siapa nak cakap macam tu? Irfan ni bukan suami kau pun, tak malu ke atur hidup orang?" balas salah seorang dari mereka lagi,

Aku tersenyum manis, tangan disilang dengan penuh tenang lalu mendekati mereka perlahan membuatkan mereka termundur ke belakang. Hampir aje terjatuh di atas lantai.

"Siapa cakap dia bukan suami aku?" aku membalas dengan wajah yang yakin. Muka mereka mula berubah.

"Aku, Nik Sumayah Yaqana binti Tuan Syarif, isteri kepada Tengku Irfan Hakim bin Tengku Farid yang sah. Clear tak?"

Irfan sudah melebarkan senyuman, mujurlah isterinya membelakanginya.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Aku yang dari ada selera nak makan, terus tak ada. Tak selesa kerana ada sepasang mata yang memerhati aku dari tadi. Aku menghela nafas lalu memandang ke arahnya dengan wajah yang tak puas hati.

"Sampai bila kau nak pandang muka aku?" soalku masih mengawal nada.

"Salah?" dia membalas dengan soalan.

Aku memandangnya tajam, suka sangat jawab dengan soalan. Tampar kang. Aku hanya menjeling ke arahnya, dahla layan perempuan lain, lepas tu buat orang macam tak ada hati pula. Omelku dalam hati.

"Sayang juga kau dekat aku ya, takut juga kau kalau aku pergi dekat perempuan lain." ujar Irfan sambil tersenyum sinis. Aku menjeling. Dah tahu tapi buat tak tahu, menyampah betul.

"Iya sayang, tak adanya aku nak layan perempuan lain. Lagi pun, for what? Kalau aku dah ada bidadari syurga depan aku ni?" Irfan mengucapnya dengan nada yang sangat lemah lembut, wajahku mula membahang tapi masih mengawal diri.

Aku pura-pura membuat muka cemberut,

"Dahla, aku nak naik atas." terus aku bangun dari bangun lalu mula melangkah laju ke arah tangga.

Hilang sahaja kelibat gadis itu, Irfan terus tersenyum lebar. Irfan tahu dia cemburu, tapi saja mahu mengusik.

Aku mencapai bantal yang berada di kepala katil lalu mencekik bantal lembut itu untuk melepaskan geram. Membayangkan wajah Irfan berada di sarung bantal itu. Andai saja aku boleh buat betul-betul.

Tiba-tiba pintu diketuk dari luar, aku memandang tajam ke arah pintu. Tanpa berkata apa-apa terus aku membaringkan diri lalu berselubung dalam selimut.

Kedengaran dedaun pintu dipusing penuh, kedengaran juga tapak kaki yang memasuki ruangan bilik itu. Dia lalu menutup pintu.

Aku dapat merasakan katil tertimbul seperti seseorang menduduki di sebelahku. Tapi aku hanya membatu. Lantak lah dia.

Terasa satu tepukan singgah di bahu, tangan itu menepuk lembut bahuku berkali-kali.

"Sumayah, aku minta maaf kalau buat kau terasa. Tapi demi Allah, aku hanya ada kau sahaja. Aku taknak orang lain." luah Irfan spontan, tak aku duga yang dia nak cakap macam tu.

Aku perlahan-lahan membuka selimut sampai paras hidung. Hanya mata saja yang kelihatan. Irfan menayangkan senyuman manisnya di hadapan wajahku membuatkan wajah mula membahang sekali lagi. Jangan Maya, sabar. Jangan cair, jangan cair.

"Melting ke tu sayang?"

Automatik aku bangun dari baring lalu memukul bahu Irfan dengan bantal. Dia ni tak penat ke buat aku malu selalu? Argh!

"Apa masalah kau hah, memang suka aku malu ke?" marahku sambil tangan yang tidak berhenti memukulnya.

"Sumayah," panggil Irfan, ia membuatkan perbuatanku terhenti. Irfan mencapai tanganku dengan lembut lalu dia mengusap tanganku. Aku menelan air liur yang tersekat di kerongkong.

"As long as I'm your husband, I will love you every single second. No matter what happens. I'm just yours, and you just mine. It is clear, sayang?"

Aku tidak membalas apa-apa, terpaku, terharu, terkedu. Tiba-tiba dahiku dihadiahkan dengan satu kucupan,

"Aku sayang kau."

"Aku... Aku sayang kau juga, Irfan."

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now