𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟏 𝟎

14.9K 836 114
                                    

Aku berdiri di atas atap sekolah sambil menikmati keindahan alam, aku menarik nafas panjang, udara yang segar kuhirup. Tenang aje bila duduk dekat sini, hilang semua masalah.

Apabila loceng dibunyi, dimana menandakan sudah tiba waktunya untuk masuk ke kelas masing-masing. Aku dengan tergesa berlari ke kelas,

"Maya, petang ni kau free tak? Jom, jalan-jalan."

Aku menjongket bahu, "Tengoklah kalau mamat tu kasi." balasku,

"Ala, kau pujuklah dia." pujuk Ikha, aku pantas menggeleng. Mahu malu aku dibuatnya,

"Kauorang." panggil Harziq, si ketua kelas secara tiba-tiba.

"Cikgu Liyana dan Cikgu Julia tak dapat datang hari ni," ujar Harziq, setengah dari kami sudah mula bersorak,

"Tapi, Cikgu Liyana dan Cikgu Julia dah bagitahu aku untuk kasi kerja sekolah hari ni. And ketua pengawas dan ajk pengawas akan pantau kelas kita." sambung Harziq membuatkan mereka yang bersorak sebentar tadi menurun kan tangan sorakan,

Lagi-lagi aku, muka mula cuak, mamat tu? Dia akan pantau kelas ni?! Ya Allah dugaan apa yang Kau beri ni, malas nak dengar dia membebel kejap lagi.

Manakala pelajar perempuan yang lain, ada yang siap membetulkan tudung mereka, ada yang siap memakai sedikit lip tint agar menampakkan mereka natural beauty, kononnya. Naik meluat aku,

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Tak lama selepas itu, tibalah si ketua pengawas dan ajk pengawas yang akan memantau kelas kami.

"Assalamualaikum," sapa Irfan dan Adam serentak memberi salam,

"Seperti yang kauorang tahu, hari ni Cikgu Liyana dan Cikgu Julia tak dapat hadir atas sebab emergency yang tidak dapat dielakkan. Jadi kitaorang akan pantau kauorang sepanjang masa waktu pelajaran Cikgu Liyana dan juga Cikgu Julia, harap kauorang boleh bagi kerjasama. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh tanya." terang Irfan panjang lebar, semua mengangguk tanda faham. Dan semua pun memulakan kerja sekolah yang diberi,

Sepanjang waktu itu, pelbagai kerenah yang ditunjuk oleh pelajar perempuan demi menarik perhatian si abang-abang pengawas. Ada yang buat-buat tak faham, macam-macam lah perangai diaorang.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal, otak tiba-tiba tersekat dan tak berfungsi, Macam mana nak buat soalan ni?! Kenapa otak aku perlu sekat waktu ni? Ya Allah! Rungutku dalam hati,

"Apa yang kau tak faham?" tanyanya dingin dengan nada perlahan, selepas tiba di tepi mejaku, aku tersentak seketika, haihlah nasib baik aku takde sakit jantung, mahu arwah dekat sini juga kang.

"Takdelah, soalan nombor tujuh ni memeningkan otak aku!" rengetku pasrah sambil mengurut kepalaku yang sakit memikir tentang jawapan,

"Meh, aku ajar." Irfan mula menerangkan jawapan untuk soalan yang aku sebutkan tadi, aku mula tekun dengan setiap apa yang diterangkan. Tapi lama-lama, mataku gatal menarik pandangan ke arah wajah Irfan, aku merenungnya lama.

"Faham tak?" soal Irfan sehabis sahaja menerangkan jawapannya, aku tidak memberi respon akibat ralik memandang wajahnya, Irfan mengeluh kecil, Apalah nasib dapat bini kaki tenung ni. Keluhnya dalam hati,

Irfan perlahan-lahan menarik nafas lalu menghembus, "Sayang, faham tak?" tutur Irfan dengan lembut, mataku mulai membeliak seraya berhenti merenung wajahnya.

"Kau panggil aku apa?!" desisku bernada kecil,

"Aku tanya, kau faham tak?" balasnya dingin,

"Tak, ayat yang first kau keluarkan tu, apa dia?" ulangku,

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now