𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟐 𝟓

13K 701 67
                                    

"Irfan?" panggilku, tiada sahutan. Ah, sudah. Kemana pula ketua pengawas ni? Takkan tinggal aku kut? Kalau betul, memang aku tak mengaku dia suami aku.

Alhamdulillah, sudah sebulan berlalu. Trauma aku pun sudah jarang muncul, yang bermakna aku dah boleh ke sekolah seperti biasa.

Tiba-tiba teringat akan kejadian malam itu, yang dimana aku baru keluar dari hospital dan selalu mengikuti Irfan kemana sahaja dia pergi. Biarlah dia hairan pun, janji aku tak rasa keseorangan, aku malu sendiri. Muka kutekup dengan tapak tangan.

[flash back]

"Irfan, kita tidur sekali boleh?" aku meminta untuk tidur bersamanya, sekali lagi.

Irfan terpana seketika, dalam sembunyi dia menarik hujung bibirnya lalu kembali dengan wajahnya yang dingin. Dia mengangguk sekilas.

"Kau tidur atas, aku tidur bawah." putus Irfan sebelum aku membuka mulut, aku mengangguk setuju. Macam tahu-tahu aje apa yang aku nak cakap.

Sudah kami berdua tidur dan dibuai lena, teringat akan kejadian malam yang ngeri itu. Membuatkan aku tidak tenang untuk melayan buaian mimpi. Aku pusing ke kanan, ke kiri, sama. Hati mula rasa gelisah, takut. Terbayang kelibat Cikgu Jefry yang menjadi manusia yang kejam pada malam itu, 

"Pergi, pergi, pergi! Jangan apa-apakan aku! Berambuslah!" aku jerit ketakutan lalu bangun dari tidur. Air mataku mengalir laju apabila terasa seperti diperhatikan, aku tahu itu hanya ilusi, tapi aku takut. Aku takut. Lutut kupeluk dengan sangat erat.

Irfan yang terdengar jeritan itu terus bangun, lalu melabuhkan punggung di sebelahku. Terus dia memeluk tubuhku erat.

"Hey, Sumayah. Aku dekat sini. Shh, don't cry."

Dia mengusap belakang tubuhku lembut sambil menenangkan aku yang sedang ketakutan. Hanya kedengaran tangisanku yang teresak-esak, makin Irfan kuatkan pelukannya.

"Sumayah. Aku ada dekat sini, jangan takut." pujuk Irfan lembut,

"Dia datang, Irfan. Dia datang!" jeritku bersama tangisan, muka kusembamkan di bahu Irfan. Dia menepuk bahuku perlahan, dia memujukku lembut. Nada yang diguna tidak pernah kulihat selama ini, Irfan nampak lain. Lain sangat, aura malam ini juga berubah lain. Lebih nyaman.

"Kau tidur, aku tunggu kau tidur dulu. Ya?" arah Irfan, aku mengangguk laju. Tidak lama selepas itu, akhirnya aku terlelap dan berpindah ke alam mimpi.

Irfan yang masih memeluk tubuh kecil isterinya itu tersenyum sendiri, terasa seperti sedang memujuk seorang bayi untuk tidur. Ditepuk bahu Maya dengan lembut lalu mengucup dahi isterinya.

"Get well soon, sayang."

Satu kucupan dihadiahkan di dahi.

[end flash back]

"Ehem," satu deheman kecil memasuki gegendang telinga, tapi mampu meluruhkan jantungku. Terus aku menoleh ke arah jejaka yang berdiri di belakangku.

"Cari aku?" soalnya, aku menggeleng menafikan.

Dia menjeling, "Dah, jom." ajak Irfan, aku menurut perintah. Maklumlah, dia kan headprefect. Mana boleh lambat pergi sekolah, jatuh saham ketua pengawas dia tu nanti.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Kalau ada apa-apa, terus cari aku." itulah pesanan terakhir Irfan sebelum kami ke kelas masing-masing, aku mengangguk malas. Dah macam budak kecil yang dinasihati emaknya pula.

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now