𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟏 𝟗

12.2K 744 96
                                    

Barang yang berselerak di atas meja aku kemaskan, tiba-tiba satu suara memanggil namaku lembut. Terus aku menoleh ke arah punca suara.

"Ya, Cikgu Jefry? Ada apa-apa saya boleh tolong?" sahutku dengan sopan, Cikgu Jefry menarik hujung bibirnya.

"Saya nak tanya, awak sibuk tak?" soal Cikgu Jefry, aku terdiam seketika. Aku perlahan-lahan menggeleng.

"Tak, kenapa ya cikgu?" soalku hairan, "Saya nak ajak awak keluar, makan dengan saya tanda minta maaf sebab terlanggar bahu dengan awak semalam." jelas Cikgu Jefry.

"Eh, cikgu. Tak ada apalah, lagipun saya yang salah. Saya yang tak tengok depan. Tak perlulah sampai ajak makan." tolakku,

"Tak apa, tapi tolong terima pelawaan saya. Saya taknak berada dekat sini dengan perasaan yang bersalah." balasnya.

Apa nak buat ni? Minta izin Irfan? Belum tentu dia bagi, aduh. Tapi, aku kena juga minta izin dia. Walau apa pun. Aku terdiam seketika, memikirkan jawapan.

"Saya kena bincang dengan parent saya dulu." cantasku, Cikgu Jefry tersenyum manis lalu mengangguk faham.

"Yalah, betul kata awak. Takkan lah nak bawa anak dara orang sesuka hati aje kan?" balasnya dengan nada lembut. Aku mengangguk kekok.

"Nanti apa-apa saya bagitahu cikgu ya?" Cikgu Jefry mengangguk seraya menayangkan senyuman.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Tiba sahaja aku di padang, untuk melihat perlawanan bola sepak antara kumpulan lelaki dan pihak lawan.

"Nik Sumayah Yaqana, mana kau pergi hah? Perlawanan dah nak mula tau." soal Dina sambil menyilang tangan ke dadanya, geram nampak gayanya.

Aku hanya menayangkan sengihan, "Sorry lah, tadi Cikgu Jefry panggil." balasku lalu melabuhkan punggung di sebelah Dina.

Perlawanan pun bermula, kami berempat bersorak untuk kumpulan lelaki. Pada masa yang sama, kedengaran kata-kata yang tidak menyenangkan untuk didengar.

"Guys, tengok Irfan tu! Oh my god, he's so hot!" jerit sorakan itu membuat telingaku panas, amboi bukan main kauorang gatal dengan suami aku ye. Nasiblah tak meletus berang aku ni, kalau tidak memang aku lambung kauorang masuk sungai.

Satu persatu pujian yang dikeluarkan oleh pelajar perempuan itu aku hanya menahan geram, tiba-tiba fikiranku terlintas akan sesuatu. Kenapa perlu aku marah kalau diaorang puji Irfan? Kenapa aku panas hati bila diaorang tergila-gila kan Irfan? Aku cemburu? Soalan yang sama terlintas di kotak minda sekali lagi. Aku tak dapat jawapan, aku buntu.

Habis sahaja perlawanan, "Kauorang gempak gila tadi!" puji Ikha sambil menepuk tangannya. Zaril menunjukkan riak bangga, "Tengoklah siapa ahli dia, buka biasa-biasa punya orang tau."

"Kau noob." bidas Ikha selamba, Zaril menatap wajah Ikha dengan riak yang tidak puas hati.

"Kau diamlah, kau lagi noob." balas Zaril pula.

Sakit kepala kalau layan dua orang ni bertekak, "Kauorang ni, asal jumpa aje gaduh, asal gaduh aje jumpa. Tak penat ke?" soal Adam sambil menggelengkan kepalanya.

"Dia mula dulu!" bentak mereka serentak.

Mula dah, "Dah, tak payah gaduh. Aku nikahkan juga kauorang ni nanti kang." bidas Faiz sambil menyilangkan tangan ke dada,

"Eleh, kau kata orang. Sara pun single, masuklah minang dia." seloroh Zaril, terdiam Faiz dan Sara lalu menunduk ke bawah. Jaga pandangan.

"Kau kalau aku belasah nanti, jangan menangis." balas Faiz sambil memandang tajam ke arah Zaril.

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now