𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟐 𝟑

12K 745 220
                                    

"Jadi, cikgu nak minta tolong apa?" soalku dengan penuh prihatin.

"Oh, tentang tu."

"Ikut saya." arah Cikgu Jefry, aku akur.

"Sebenarnya, malam ni. Saya nak confess dekat seseorang," belum sempat Cikgu Jefry menghabiskan ayat, aku sudah teruja.

"Wah, serius lah cikgu? Bertuahnya perempuan tu. Dapat lelaki yang baik macam cikgu." ujarku teruja.

"Iya?" Cikgu Jefry memberikan senyuman manis, aku membalas lalu mengangguk.

"Jadi, apa tugas saya?" tanyaku dengan penuh teruja, mana tidak? Bukan selalu dapat tengok drama semanis asmara depan mata kan?

"Kejap,"

Tiba di kereta honda milik Cikgu Jefry, dia membuka pintu belakang lalu mengambik sesuatu.

Tangan Cikgu Jefry memegang sekuntum bunga mawar, wah! Bunga kegemaran aku. Buah hati Cikgu Jefry pun, sukakan bunga mawar juga ya?

"Cantik tak?" tanya Cikgu Jefry kepadaku, aku mengangguk laju tanda setuju. Cantik!

"Cantik sangat! Mesti dia suka," tuturku dengan perasaan teruja yang masih membuak-buak.

"Mana buah hati cikgu tu? Mesti dia cantik kan?" soalku sambil mata yang mengilau mencari kelibat wanita yang dikatakan oleh Cikgu Jefry.

"Cantik, cantik sangat. Saya jatuh hati pada dia saat pertama kali kami jumpa. Kecantikan dia, senyuman dia, sikap dia, betul-betul dah memikat hati saya." luah Cikgu Jefry dengan penuh rasa, aku tahu, mesti Cikgu Jefry sangat suka pada wanita itu.

"Mana dia?" aku melangkah sedikit ke hadapan untuk melilau mencari wanita yang dikatakan.

"Maya,"

Aku menoleh ke belakang, sudah kelihatan Cikgu Jefry melutut sampai menghulurkan bunga mawar itu ke arahku. Aku melihat ke belakang, tiada siapa. Suasana menjadi sunyi sepi.

"Will you, be my girlfriend?"

"Hah?!"

Aku terkedu lama, terkejut, terdiam. Jangan kata buah hati yang Cikgu Jefry maksudkan tu..

"Yes, Maya. Will you, be my girlfriend?"

"Cikgu, tak lawaklah." balasku,

"No, i'm serious. Awaklah perempuan yang berjaya memikat hati saya, Maya."

Serius aku seram sekarang ni, "Cikgu, maaf. Saya takde niat nak buat cikgu terasa, tapi jawapan saya adalah tak. Mustahil, untuk seorang murid dan seorang guru bercinta." aku menolak.

Aku tolak, bukan kerana status aku sekarang sebagai isteri orang. Kalau aku bujang sekali pun, aku takkan terima. Dan, hati aku bukan untuk Cikgu Jefry.

"Kenapa? Salah ke kalau murid bercinta dengan guru dia?" soal Cikgu Jefry dengan nada yang tidak puas hati dengan jawapanku.

"Please, Maya. Bagi saya peluang untuk bahagiakan awak. Ya?" perlahan-lahan lelaki itu mahu memegang pipiku, aku pantas menepis.

"Cikgu, saya masih hormat cikgu sebagai guru saya. Jangan sebab tindakan cikgu malam ni, saya hilang rasa hormat." kini, aku bernada tegas.

Baru sahaja aku mahu melangkah pergi, tanganku ditarik kasar. Tubuhku ditolak oleh Cikgu Jefry.

"Maaf, Maya. Saya tak boleh tahan." tutur Cikgu Jefry dengan nada menggoda. Air mutiaraku perlahan-lahan mengalir,

"Cikgu, lepaskan saya lah!" tengkingku sambil merontakan badan, belum sempat Cikgu Jefry mahu bertindak, tiba seorang figura jejaka menarik tubuh Cikgu Jefry lalu menumbuk tepat ke perut Cikgu Jefry. Dia mengerang sakit, dan disitu, aku mengambil kesempatan untuk cabut lari jauh dari mereka.

"Kurang ajar! Dasar manusia bertopengkan syaitan!" tengking jejaka itu yang masih menumbuk wajah Cikgu Jefry berkali-kali.

Tiba aku di suatu tempat, aku tersandar pada dinding. Air mata mengalir semakin laju, lutut kupeluk erat. Kedengaran tangisan yang teresak-esak, aku takut. Jujur, aku takut.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Sumayah!"

"Nik Sumayah Yaqana!"

Dengar sahaja laungan itu aku terus mencari dimana puncanya suara itu. Aku melilaukan mata,

Aku melihat figura Irfan yang sedang mencariku, sekali pandang Irfan melihat kelibatku terus dia lari mendapatkanku sebelum mataku tertutup sepenuhnya.

"Sumayah!"

Gelap.

"Irfan," panggil along dan angah berserta mama dan papa yang baru sampai di hospital, ya. Maya di hospital.

Irfan berjabat tangan dengan along dan angah lalu mencium tangan mama dan papa. Kelihatan ummi, abah dan Abang Imran juga turut berada disitu,

"Macam mana semua ni boleh jadi?" tanya mama dengan cemas dan risau, Irfan tidak dapat menjawab.

"Irfan minta maaf, Irfan gagal lindung anak mama dan papa." pinta Irfan dengan rasa bersalah.

"Tak, Irfan. Bukan salah kamu, ini semua takdir yang dah tertulis. Kita doa banyak-banyak ya?" balas papa dan mama dengan prihatin. Tak guna kalau salahkan menantu mereka itu, kita sebagai umat islam, perlu menerima takdir walaupun perit untuk menelan.

Irfan mengangguk, "Betul tu, Irfan. Bukan salah kau semua benda ni jadi." sampuk angah sambil menepuk bahu Irfan,

Tak lama selepas itu, seorang doktor wanita keluar dari bilik rawatan. Terus mereka semua mengangkat punggung.

"Macam mana dengan keadaan isteri saya, doktor?"

"Dia belum menyedarkan diri, tapi jangan risau. Alhamdulillah, isteri awak selamat. Cuma, saya nak tanya. Dia ada apa-apa trauma ke sebelum ni?" soal doktor yang bernama Amira itu.

Irfan terkedu, Sumayah ada trauma?

"Ada, doktor." along dan angah tolong menjawab, Doktor Amira mengangguk.

"Boleh kami melawat dia?" soal mama, Doktor Amira mengangguk. "Boleh, tapi jangan menganggu ketenteraman pesakit ya." Doktor Amira berpesan, kami sekeluarga mengangguk.

"Mama dan papa, pergilah lawat Maya dulu." arah along, mama dan papa yang akur lalu memasuki bilik wad Maya.

"Irfan, jom. We need to talk." Irfan hanya akur, mereka bertiga melabuhkan punggung di kerusi yang sedikit jauh dari ahli keluarga yang lain.

"Along, angah. Tolong explain. Sumayah, ada trauma?" soal Irfan dengan perasaan ingin tahu.

Along dan angah perlahan mengangguk, "Along dan angah minta maaf sebab tak bagitahukan hal ni dekat kau." tak, bukan itu yang dia nak dengar dari kedua abang iparnya.

"Trauma sebab?" soal Irfan lagi,

Along dan angah pun dengan berat hati menjelaskan tentang trauma yang dialami oleh Maya selama ini. Terpolong Irfan apabila mendengar apa yang dikatakan oleh kedua abang iparnya.

"Selebihnya, kau kena tanya pada Maya." ujar along, Irfan hanya mengangguk faham.

Selesai semua melawat, semua meminta diri untuk pulang.

"Irfan, betul nak temankan Maya malam ni?" Irfan mengangguk tanda memang mahu menjaga isterinya.

"Lagi pun, Sumayah kan tanggungjawab Irfan. Biar Irfan je jaga dia," balas Irfan sambil menayangkan senyuman.

Selepas semua sudah pulang, Irfan melangkah masuk ke dalam bilik wad.

Irfan perlahan mengusap pipi gebu Maya, tangan dipindahkan ke tangan gadis itu lalu mengusapnya perlahan. Dia mengucup tangan Maya lama,

I'm sorry, i'm sorry.

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now