𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟐 𝟏

12.4K 757 70
                                    

"Woi!"

Terus aku tersedar lamunan, "Eish, kau ni. Panggillah elok-elok." berangku, suka hati aje nak pekik dekat aku.

"Excuse me, aku dah banyak kali panggil kau." bidas Ikha sambil memeluk tubuh. Eh, ye ke? Hehe.

"Kau kenapa ni, Maya? Hari ni banyak termenung?" soal Dina yang sudah perasan dengab perubahanku. Aku menggaru kepala yang tidak gatal, nak cerita ke?

No, Maya. No! Jangan, aib kau tu. Aku mengingatkan diri sendiri,

"Takde apa, aku tak cukup tidur semalam. Petir kuat sangat." aku cuba memberi alasan yang logik.

Kelihatan mereka bertiga tersenyum miang, "Sebab petir kuat ke, kena sambar petir?" tebak Ikha dengan kening yang diangkat berkali-kali. Adalah agenda nak mengusik aku tu.

Aku memandangnya tajam, "Tak! Kitaorang tidur asinglah!" nafiku, memang betul semalam aku tidur sebilik dengan dia. Tapi, bukan sekatil.

"Eleh." bidas Sara lalu menyiku bahuku, aku menjeling ke arah mereka.

"Maya, Irfan nak jumpa kau. Dia kata ada urusan yang perlu diselesaikan."

Gulp! Terus tubuhku mengeras. Tak, taknak! Aku taknak jumpa dia hari ni, tengok muka dia pun aku taknak! Apa salah yang aku buat? Kenapa dia panggil aku? Ya Allah, selamatkanlah aku dari semua ini.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Ada apa kau nak jumpa aku?" aku menunjuk riak tenang dan biasa, walaupun dalam hati sudah meroyan tak terkata. Dia memandangku lama, hingga menusuk mata iris hitamku. Aku menelan air liur dalam-dalam.

"Kau pergi sekolah naik apa tadi?" soalan pertama yang ditanya oleh Irfan, aku terkedu.

"Jalan kaki." balasku dengan lagak selamba,

Irfan mengecilkan matanya sambil memandang ke arahku,

"Kau ok?" sekali lagi dia bertanya, aku dengan hairan mengangguk. Kenapa tiba-tiba tanya soalan pelik ni?

Kedengaran Irfan menghela nafas lega, lalu kembali mengarahkan pandangannya ke arahku.

"Jangan menyusahkan aku lepas ni." dingin, itu riak wajah lelaki itu saat ini.

"Selama ni aku menyusahkan kau ke?" aku menjawab dengan soalan, dia merenungku tajam.

"Selalu."

Ewah-ewah, suka hati dia je tuduh. Aku mengetap bibir dari melawan kata-kata Irfan, kang melawan kata derhaka. Sabar jelah.

Aku menjeling tajam ke arah Irfan, "Dahlah, aku nak turun rehat. Lama-lama boleh meletup otak aku layan orang poyo macam kau." aku dengan selambanya melangkah pergi.

Kelihatan Irfan tergamam sedikit, "Kau panggil aku apa?" soalnya suruhku mengulangi.

Aku memandang ke arahnya, lalu tersenyum sinis. "Poyo!" terus kaki laju melangkah pergi, minta-mintalah dia tak kejar. Hahaha!

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Saat yang ditunggu oleh kami berlapan, termasuk Cikgu Jefry, kecuali Irfan. Funfair.

"Kita nak main apa dulu?" soal Ikha yang masih mengawal perasaan terujanya, maklumlah ada orang lain selain kumpulan sendiri.

"Roller coaster, jom!" jawab Zaril lalu terus menarik tangan Faiz,

"Woi, kau nak pergi, pergilah. Tak payah nak heret aku!" jerkah Faiz sambil menarik tangannya.

"Ah, takde. Kau kena ikut juga," putus Zaril, tiada bantahan.

"Cikgu nak join kitaorang sekali?" soal Adam sopan kepada Cikgu Jefry, lelaki itu mengangguk tanda setuju.

"Kauorang naiklah, aku nak pergi beli ais krim." bukan aku takut, tak berminat. Mereka menabik.

"Kau, tak join diaorang?" soalku kepada jejaka yang berada di sebelahku, dia hanya menayangkan reaksi dingin.

Terus dia memulakan langkah. Eh, mamat ni. Tanya elok-elok salah, tanya tak elok pun lagi salah. Aku hanya mampu melepaskan geram di dalam hati.

"Kau nak tercegat dekat situ sampai pagi ke?" tanya Irfan dingin, aku tersentak sedikit. Terus aku membuntutinya.

Irfan yang menyedari aku hanya membuntutinya dari belakang berhenti, terus kepalaku tersadung di tulang belakang Irfan.

"Kau apa hal berhenti tiba-tiba?" marahku sambil mengusap kepala, Irfan diam. Dia mengecilkan matanya sambil memandang ke arahku.

Terus dia memaut tanganku tanpa rasa segan, terpolong aku seketika. Mamat ni dah kena sampuk ke? Ya Allah, Maya tak baik!

Aku menepis tapak tanganku dari dipegang olehnya, tiba-tiba terlihat segerumbulan jejaka yang memandang dengan lirikan miang ke arahku. Terus aku menelan air liur, lalu mencapai tangan Irfan kembali. Irfan acah-acah menepis tapi aku menggenggam tangannya kuat.

"Nak tepis sangat kan." saja lah tu nak mengusik, babap kang.

Aku menjeling ke arahnya sekilas, Irfan hanya tersenyum sinis. Tiba-tiba aku melihat susuk tubuh yang amat kukenal. Ye, gadis itu juga ada.

Terus aku melepaskan genggaman, Irfan yang pelik terus memandang ke arah depan. Terdiam kami berdua apabila melihat Farisya yang berada disitu. Ha sudah, bala dah sampai.

"Eh, Irfan!" Farisya memberi senyuman menggoda kepada Irfan, tapi tidak dilayan.

Senyumannya itu segera mati apabila melihat figuraku, "U berdua je ke dengan dia?" soal Farisya dengan nada menyampah.

"Tak," kedengaran Farisya menarik nafas lega,

"Jom, teman i main." ajak Farisya lalu memeluk lengan Irfan, ewah-ewah, suka hati mak nenek dia je nak pegang lengan laki aku.

"No, thanks." Irfan menepis tangan Farisya lalu terus melangkah pergi, kelihatan Farisya menjeling ke arahku tapi aku hanya buat tidak endah.

"JOM, pergi rumah hantu pula." cadangku selepas semuanya sudah berkumpul.

"Boleh, jom." pantas Cikgu Jefry menjawab.

"Argh! Jangan kacau aku lah setan! Pergi, A'uzubillahi Minasyyaitonirrajim!"

"Allahumma Bariklana Fima Rozak'tana Waqina A'za Bannar!"

Macam-macam jeritan yang dikeluarkan, ada yang diam, tahan takut lah tu. Hahaha. Entah macam mana pula, aku terkejut lalu terpeluk lengan Cikgu Jefry. Jangankan mereka, aku pun terkejut. Segera aku melepaskan pelukan.

"M-maafkan saya, cikgu!"

"T-takpe-takpe."

Kelihatan Irfan yang memandang tanpa reaksi, tapi dalam hati sudah membuak-buak apinya.

"Sorry, tak sengaja." terus aku meminta maaf kepada jejaka itu, dia diam, tidak memberi respon.

Sudah semuanya penat, terus kami bercadang untuk balik ke rumah masing-masing.

Aku membuka pintu rumah lalu menuju ke sofa yang berada di ruang tamu. Penat itu pasti, boleh kata semua permainan kami main tadi.

"Aku taknak kau rapat dengan Cikgu Jefry." Irfan tiba-tiba bersuara. Aku menoleh ke arahnya dengan wajah yang hairan.

"Sejak bila pula aku rapat dengan dia? Kalau sebab tadi, baik tak payah. Aku terpeluk, bukan saja."

"Whatever it is."

"Aku tak suka kau rapat dengan dia."

Aku memandangnya sambil mengecilkan mata. Dia memandangku dingin,

"Apa?"

"Kau cemburu eh?"

"Tak."

Ego. Tak mahu mengaku sedangkan dia memang dah sayang. Irfan, Irfan. Ye, Irfan cemburu. Terlebih cemburu. Seorang Tengku Irfan Hakim, pantang apabila hak miliknya ditawan orang lain. Contohnya, Maya.

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now