𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟎 𝟖

14.8K 868 137
                                    

Selepas kami selesai makan malam, aku beredar dari ruang tamu lalu bergegas menuju ke bilik.

"Awal masuk bilik?" soalnya sambil memandang ke arahku.

Aku meletak jari telunjuk dibibir, "Eh shush, dah tepi aku nak buat kerja sekolah! Ya Allah macam mana boleh lupa! Esok dah kena hantar, mati aku!" dengan cemas aku mengeluarkan buku teks, Irfan yang kedengaran bingit menutup sebelah telinganya.

"Bisinglah." rengus Irfan dingin, aku hanya abaikan apa yang dibebel olehnya. Yang penting sekarang ni kerja sekolah!

"Irfan..." panggilku meleret, Irfan menoleh ke arahku dengan muka tanda tanya.

"Tolong ajar aku." pintaku,

"Kalau aku ajar, dapat apa?"

Halamak mamat ni, "Dapat pahala."

Irfan mengangguk mengalah, manakala aku tersenyum kemenangan. Dia perlahan bangun dari bingkas katil lalu menuju ke arah tempat belajar yang aku duduki, dia mengambil tempat duduk di sebelahku.

Sedang dia mengajar, aku dengan secara tidak sengaja memandang ke arah Irfan. Aku pandang wajahnya lama, sangat lama.

Tidak hairanlah ramai perempuan yang meminati Irfan, melihat wajahnya yang memiliki kulit yang putih, mata yang sempurna, hidungnya yang mancung, rambutnya yang kemas membuatkan mataku meneliti setiap pergerakannya. Pendek kata, kacak.

Irfan yang sedar akan hal itu, terus menoleh ke arahku. Mata kami bertentangan,

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" soal Irfan dengan kening kanan terangkat.

"Sejak bila aku pandang kau? K-kau tak nampak ke aku tengah fokus kau mengajar ni?" nafiku, adu kantoi lagi!

Irfan menyambungkan penerangan nya sebentar tadi, aku cuba untuk fokus apa yang diterangkan tetapi mataku tetap memilih untuk menutup. Dan akhirnya mataku pun terlelap sambil siku yang meletakkan di atas meja dan tangan yang menahan dagu.

"Faham tak-" ayat Irfan terhenti apabila melihat aku yang disebelahnya lena dibuai mimpi, Irfan tersenyum nipis melihat wajah Maya. Irfan dengan perlahan mengangkat tubuh Maya lalu meletakkan di atas katil, Berat juga budak ni. Bebelnya dalam hati. Dia lalu menyelimutkan diriku dari kesejukan. Perlahan-lahan dia mengusap kepala gadis itu dengan lembut,

"Comel."

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Waktu pagi pun tiba, aku memaksa mataku untuk terbuka. Dengan mamai aku menguap sambil mata terkebil-kebil, aku memandang ke arah jam dinding, sudah masuk jam 6 pagi. Aku menoleh di sebelahku, tiada orang. Awal betul dia bangun, dahlah tak kejut aku. Rengus hatiku. Aku dengan perlahan bangun dari katil lalu mengaturkan langkah ke bilir air.

Baru sahaja aku mahu membuka pintu bilik air, tiba-tiba pintu dibuka dari dalam. Aku tersentak dengan mata yang masih terkebil-kebil,

"Baru bangun?" soalnya selepas keluar dari bilik air, aku mengangguk perlahan.

"Cepat sikit mandi."

"Hm." balasku mamai,

"Kau lambat, siap." ugutnya dengan muka yang dingin,

"Ya ya, tak habis-habis garang." rungutku perlahan.

"Aku dengar." aku menjeling ke arah Irfan lalu memasuki bilik air dan terus mengunci pintu.

Seusai mandi, aku dan Irfan menunaikan solat lalu bergegas bersiap. Selepas aku mengenakan baju uniform sekolah di badan serta menyarungkan tudung di kepala, manakala Irfan mengenakan baju uniform pengawas nya,

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now