𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝐒 𝐂 | 𝐈

11.4K 644 9
                                    

"Irfan, kau taknak bangun ke? Aku rindu kau." aku mengucup tangannya lama, air mata yang mengalir di kulit jejaka itu aku biarkan. Aku cuma berharap agar dia dapat bangun dari tidur lamanya. Terngiang-ngiang suara dinginnya, suara tegasnya dikepala. Yang dulu menyampah mendengar suara itu kini bertukar rindu.

"Maya, banyakkan bersabar ya. Mama tahu anak mama ni kuat, jangan la macam ni. Kalau Irfan tahu mesti dia tak suka." pujuk mama kepadaku,

Aku diam seketika. Betul juga kata mama, aku tak boleh terus jadi macam ni. Aku kena kuat. Aku menoleh ke arah mama lalu menayangkan senyuman nipis.

Sudah lama mereka menziarah, akhirnya pulang kerana waktu melawat sudah habis. Aku mencium tangan mama dan papa, tak lupa juga ummi dan abah.

"Maya, jaga diri ya. Kalau ada apa-apa, call aje mama dan papa." pesan mama sebelum meminta diri untuk bertolak pulang. Aku mengangguk faham.

"Esok along dan angah bawakan makanan untuk Maya." kata along pula, aku tersenyum lebar.

Hilang sahaja ahli keluargaku dari pandangan kasar, aku pun melangkah masuk ke dalam bilik Irfan. Aku melabuhkan punggung ke atas kerusi yang berada di tepi bingkai katil hospital. Wajah Irfan aku tatap lama, berharap yang dia akan bangun.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Seminggu berlalu, Irfan masih belum sedar dari tidur lamanya. Aku menggenggam tangan suamiku erat, jari bermain-main dengan jari si dia.

"Irfan, kau nak tahu tak. Aku dah berbaik dengan kawan-kawan kita, Dina cerita dekat aku kau risau sangat bila tahu aku kena culik dengan Rafiq. Risau sangat. Aku ingat kauorang dah benci aku, sebabkan gambar yang tersebar tu..." teringat pula tentang peristiwa gelap itu, peristiwa yang membuatkan persahabatan kami hancur.

"Siapa kata aku benci kau, Sumayah sayang...?" kedengaran suara serak memasuki gegendang telinga, pantas aku mendongak ke arah tuan empunya suara.

Kelihatan Irfan yang sudah sedar dari tidur lamanya sambil menayangkan senyuman manis ke arahku, dengan gembira aku membalas.

"Kau dah bangun... Kenapa lama sangat kau tidur hah? Kau tak rindu aku ke? Kau dah bangun..." tangisanku makin kuat apabila melihat wajah Irfan yang hanya tergelak kecil, lantas aku memeluk tubuhnya erat.

Irfan membalas pelukanku lalu menepuk tubuh belakangku lembut, dia memujukku seperti ayah yang sedang memujuk anak menangis.

"Jangan menangis, sayang... Aku minta maaf, sebab buat kau risau. Aku kan dah bangun, jangan sedih lagi ya." pujuknya,

Aku mengangguk berkali-kali tanda setuju, air mata dikesat tangan Irfan yang di IV drip. Irfan mengeluh perlahan, nasib tiada kanak-kanak disini, nanti susah pula dia nak bezakan mana satu isterinya. Irfan tergelak sendiri.

Kami melepaskan pelukan, "Kau nak apa-apa, aku boleh ambilkan?" soalku kepada Irfan. Dia mengangguk,

Aku mengambil bekal yang aku bawa dari rumah. Aku membuka tudung bekal Tupperware yang berisikan nasi goreng yang aku masak pagi tadi.

"Aku masak nasi goreng je," ujarku biasa,

Irfan hanya diam, tidak berkata apa-apa. Lagi pun memang dia mengidam nasi goreng dari air tangan Maya. Rindu kata hatinya.

Aku menyuapkan nasi goreng itu ke arah Irfan, Irfan mengangakan mulut. Masuk ke dalam mulut, dia mengunyah puas. Lalu aku menyuap nasi itu ke dalam mulutku, tanpa sedar ada sebutir nasi terlekat di bawah bibir. Irfan lalu mengelap bibirku yang agak comot.

"Makan macam budak-budak." kata Irfan.

Aku yang masih terdiam dengan perbuatan jejaka itu. Muka mula membahang, pipi pula mula memerah. Malu. Dalam diam, Irfan menatap isterinya yang sedang menahan malu itu tersenyum suka. Comel.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Irfan, kau jangan lupa apa yang dokter pesan. Jangan lupa makan ubat tahan sakit, kesan tembakan tu tak hilang lagi." aku mula membebel ke arahnya.

"Ya, aku ingat." ini sudah kali ke sepuluh aku mengulangi benda yang sama, sampai naik muak rasa. Tak apa, biar melekat dekat kepala dia tu.

Sesampai sahaja kamu di depan rumah, aku menyelut poket untuk mengambil kunci lalu aku membuka pintu rumah.

"Kau rehat la dulu." arahku kepada Irfan, dia hanya mengangguk akur.

Aku menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak. Aku menarik lengan baju ke atas, dan mula memasak.

Irfan yang sedang menyelesakan dirinya di atas katil lalu membuka skrin telefonnya. Gambar pernikahan mereka ditekan, matanya menatap ke arah wajah cantik isterinya. Dia tersenyum sendiri.

Pintu diketuk tiga kali, terus dia cepat-cepat menyembunyikan telefonnya.

Aku memusingkan dedaun pintu lalu menuju ke arah Irfan dengan hidangan yang berada di tangan. Aku hairan, kelihatan Irfan yang seperti gelabah.

"Kau okey tak?" soalku, Irfan mengangguk lambat. Aku memandangnya lama. Kelihatan wajah jejaka itu seperti sedang menyembunyikan sesuatu. Apa ya agak-agak?

"Ni, aku dah masak. Kau makan tau, aku turun kejap. Ada kerja sikit nak buat." ucapku meminta diri,

Aku mengangkat punggung dari badan katil. Baru sahaja mahu melangkah, tanganku dicapai oleh orang belakang. Aku terdiam kaku, perlahan-lahan kepala menoleh ke arah Irfan.

"Teman aku makan."

Aku terkedu seketika. Jantung mula berdegup laju, pipi mula mambahang. Aku duduk di kerusi, Irfan lalu mengambil masakan aku tadi iaitu spaghetti carbonara.

Irfan menyuapkan spageti ke dalam mulutnya, dia mula mengunyah.

"Sedap?" soalku, maklumlah, aku baru belajar buat spageti ni. Takut juga kalau tak sedap, mahu masuk wad lagi sekali suami aku ni akibat keracunan makanan.

Aku yang masih menunggu jawapan dari Irfan hanya memandang ke arah wajahnya. Dia mengangguk.

Aku menghelakan nafas lega.

Aku kedepankan kerusi yang aku duduki mendekati Irfan, aku menayangkan wajah yang bersinar. Irfan memandangku dengan wajah menyoal.

"Suap." tanpa rasa malu aku minta, mulut dinganga menunggu suapan masuk ke dalam mulut sambil mata yang ditutup.

Irfan mendengus nafas ketawa, dia menatap wajahku lama. Walaupun mata tertutup rapat, dapat aku rasakan tatapan itu.

Irfan menggulungkan spageti dengan garpu lalu disuapkan spageti itu ke dalam mulutku. Aku mengunyah seraya menikmati kesedapan makanan itu. Betullah, sedap. Boleh dah aku jadi cef ni.

"Irfan."

Irfan mengalihkan pandangan dari spagetinya ke arah aku. Aku diam beberapa saat.

"Janji dengan aku, jangan tinggal aku lagi. Jangan buat aku risau lagi. Jangan buat aku nangis lagi. Aku taknak kau tinggal aku lagi. Aku taknak hilang kau lagi. Aku taknak." air mata yang bertakung akibat menahan, kini turun jua. Aku takut hilang Irfan, dia lah penguat aku selepas mama, papa, along dan angah. Dia lah pelengkap hari aku. Dia lah nyawa. Dia lah syurga yang perlu aku taati.

Irfan memandang ke arah isterinya lama, dia pun tak mahu kehilangan gadis yang sudah menjadi penghuni pintu hatinya. Jujur dia tak boleh hidup tanpa Maya.

Dahiku dikucup lembut oleh jejaka itu, tangannya tak lepas dari membelai rambutku.

"Aku janji. Selagi jodoh kita tertulis, aku takkan pernah tinggalkan kau. Biar lah apa-apa halangan yang akan datang, selagi Allah redha dengan hubungan kita, InsyaAllah, selagi tu aku akan jaga kau."

Senyuman melebar apabila mendengar perkataan itu keluar dari mulut jejaka itu. Siapa sangka kan, ketua pengawas yang dingin ini juga mempunyai hati dan perasaan sebegini. Ingatkan nak jadi batu ais sampai bila-bila. Hahaha.

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now