𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟐 𝟒

12.8K 708 135
                                    

Selesai sahaja Irfan menunaikan solat subuh, satu jururawat memanggil Irfan dengan nada yang cemas.

Terus Irfan berlari mendapatkan aku yang memberontak, aku terasa seperti diancam. "Pergi! Jangan ganggu aku, keluar! Keluar!" halauku,

Irfan meminta semua nurse untuk keluar, "Hey, Sumayah. Kau ok tak?"

"Tolong pergi! Jangan ganggu aku!" halauku sambil air mata dek mengalir, pantas Irfan mendapatkan ku kedalam dakapannya. Perlahan-lahan kepalaku diusap lembut.

"Ini aku, Sumayah. Jangan takut, ini aku." suara lembut Irfan memasuki gegendang telinga membuatkan aku yang sedang menangis teresak-esak terus memeluknya dengan erat.

"Aku takut, aku takut, aku takut." berkali-kali aku mengulangi ayat itu, Irfan yang cuba untuk menenangkanku terus memaut tanganku erat. Irfan mengelap air mataku yang laju mengalir dipipi.

"Aku ada dengan kau, aku takkan tinggal kau. Ok? Dah, shh. Aku ada dekat sini." pujuk Irfan dengan lembut ke arahku sambil menatap mataku lama. Aku mengangguk lambat.

"Aku ingat, dia baik. Irfan. Dia sama je macam Rafiq." tuturku yang kedengaran teresak-esak.

Irfan mengerut dahi, Rafiq?

"Siapa Rafiq?" tanya Irfan, aku terdiam. Entah kenapa, nama itu tiba-tiba terlintas di mindaku. Perlahan-lahan air mataku mengalir sekali lagi.

"Rafiq. Kawan yang paling aku rapat. Dari tingkatan satu, sampai tingkatan empat. Aku dah mula selesa dengan dia. Aku ingat, dia akan jadi kawan baik aku sampai bila-bila. Dia janji yang dia takkan benarkan sesiapa pun sakitkan aku, tapi dia yang sakitkan aku. Dia musnahkan kepercayaan aku. Aku letak kepercayaan tinggi dekat dia, Irfan. Satu hari, dia ajak aku datang tempat yang kitaorang selalu lepak. Dia cuba buat benda yang tak baik pada aku. Aku takut, aku lari. Aku cuba untuk tak bertembung dengan dia tapi tak boleh. Satu hari, mama dan papa nekad untuk pindahkan aku ke sekolah lain. Sejak tu, aku trauma. Aku ingat, lepas dah tukar sekolah, hidup aku boleh jadi normal balik. Tapi, sebab perbuatan keji Cikgu Jefry. Trauma aku datang balik. Aku minta maaf sebab rahsiakan hal ni dari kau, aku cuma tak sedia untuk bagitahu dan aku rasa lebih baik aku tak bagitahu." luahku panjang, akhirnya, terluah juga perasaan yang terbuku. Aku rasa lega apabila dapat melepaskannya pada Irfan.

Irfan terdiam apabila mendengar luahan yang aku lontarkan, dia tak sangka, gadis yang dia anggap ceria, rupanya mempunyai kisah gelap yang sangat mengerikan.

Irfan mencapai tanganku lalu mengusapnya lembut, "Kau kuat, Sumayah." ucap Irfan pelan. Dia akui itu.

Aku hanya mengukirkan senyuman, "Terima kasih, sebab dengar luahan aku." ucapku,

"Aku minta maaf," tutur Irfan dengan nadanya yang dingin, "Bukan salah kau, salah aku. Aku marah waktu tu, aku yang salah." sampukku sebelum Irfan menyambung ayatnya.

"Kenapa kau marahkan aku?"

"Err.. takde apa." eleh, ye ye je kau, Maya. Dah cemburu tu cemburu jelah.

"Oh, yeke? Hm?" soal Irfan lalu menggeletek tubuhku, terlompat aku dibuatnya. Aku terkekek ketawa sampai nafasku tercungap-cungap.

"Irfan, janganlah! Geli!" bentakku sambil menepis-nepis jari jemarinya dari berada di bahagian perutku.

Selesai bermanja-manja, eh- takdelah gurau. Irfan kembali menayangkan wajah dingin. Nak aje lempang wajahnya itu, boleh pula dia buat muka tak bersalah lepas buat aku hampir hilang nyawa, nasib baik sayang.

Yelah, aku mengaku sekarang.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Maya!" pekik Dina selepas menerjah wad pesakit, habis tersedar semua pesakit yang sedang berehat. Sara mengucap maaf kepada mereka.

"Kau ni, pekik-pekik macam orang hilang anak dah apa hal?" marah Ikha lalu mengetuk kepala Dina.

"Diamlah kau," balasnya selamba.

Aku hanya menggelengkan kepala apabila melihat gelagat mereka, tidak disangka, Dina mencubit bahuku kuat. Aku mengaduh sakit.

"Kau ni, dah kenapa? Sakitlah!" rengekku.

"Tahu pun, kenapa kau tak bagitahu kitaorang yang kau masuk hospital?! Bukan sehari dua, seminggu! Apa kau fikir kitaorang tak risau ke hah?" bebel Dina sambil meluahkan amarahnya kepadaku.

Aku menayangkan sengihan, "Ala, aku taknak kauorang risau. Lagi pun, bukannya serius pun." balasku selamba. Mereka memandang tepat ke arah anak mataku tajam, seram pula aku dengan diaorang ni.

"Tak payahlah, kauorang nak pandang aku macam gitu." marahku,

Mereka menjeling, jahat benor lah kawan-kawan aku ni. Nak aje aku korek biji mata diaorang tu, amboi, suka hati je main jeling-jeling. Jeling manja, kononnya.

"By the way, bila kau boleh discharge?" soal Zaril, "Hari ni." balasku ringkas. Mereka mengangguk faham,

"Jom, kitaorang tolong kemaskan barang kau. Lelaki boleh tolong angkat barang." putus Dina, berubah terus riak jejaka-jejaka itu.

Belum sempat Adam membuka mulut, lantas Dina memotong. "No excuse, pakcik." seloroh Dina, terbuntang mata Adam apabila dirinya digelar pakcik oleh gadis itu.

"Sedap mulut kau aje kan? Dasar minah senget." Dina mengecilkan matanya sambil memandang tajam ke arah Adam,

"Aku tahulah, kau jealous sebab ramai perempuan nakkan aku. Maklumlah, aku kan kacak orangnya." dengan bangganya dia mengatakan itu, membuatkan Dina mahu muntah hijau.

"Kalau nak bandingkan kau dengan Mr.Bean pun, dia lagi handsome lah." cantas Dina lalu menjeling ke arah Adam, terkedu Adam. Boleh pula dia samakan aku dengan Mr.Bean?! bengang hati Adam.

"Kau kurang ajar kan,"

Semua tergelak kecil, ada yang menggeleng dengan perangai mereka berdua itu. Tak sah kalau tak gaduh bila jumpa, mesti akan ada topik untuk membuat dua insan itu gaduh. Haih, apa nak jadi.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Argh!" lelaki itu mengerang sakit apabila pehanya ditikam oleh seorang jejaka yang berada di hadapannya itu berkali-kali, jasad sudah hampir berpisah dengan roh. Rambutnya ditarik kebelakang dengan kasar,

"Berani kau sentuh hak aku, jantan tak guna!"

"Jangan ingat, aku muda dari kau. Aku tak boleh apa-apakan kau, aku sanggup bunuh kau. Demi kekasih aku."

"K-kekasih? Siapa kekasih kau hah?!" pekik lelaki yang berusia 24 tahun itu, jejaka itu hanya tersenyum sinis.

"Jangan jadi naif, Jefry."

Dia mengarahkan budaknya untuk mengambil kapak, lalu diletakkan di atas jari Jefry.

"Kau nak buat apa pada aku, lepaskan aku!"

Tanpa balasan kata, jejaka itu terus memotong jari milik Jefry. Terus Jefry sekali lagi mengerang kesakitan apabila jari telunjuknya dipotong dengan mudah, dipotong tanpa belah kasihan oleh jejaka itu.

"Ni, untuk Maya. Jari kau, dah sentuh kulit dia. Aku takkan benarkan sesiapa pun untuk sentuh dia. Kalau tak, inilah padahnya. Faham?" jejaka itu menayangkan senyuman sinis ke arah Jefry.

"M-maya?" ulang Jefry, takkanlah...

"Yes, Nik Sumayah Yaqana. My babygirl."

"And she is only mine, only Rafiq's." Rafiq tersenyum jahat, walau apa cara sekali pun, dia akan dapatkan Maya. Walau dengan cara kotor.

Rafiq Zayyan. What he want, he will get it. No matter what, he will get it. And what he want is her, Maya. He want Maya, he want her so damn much.

Dengan apa cara sekali pun, aku tetap akan dapatkan kau, sayang.

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now