𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟎 𝟑

16.9K 1K 68
                                    

Seminggu pun berlalu, fikiran masih memikirkan akan hal yang merungsingkan minda. Ya, tentang pernikahan itu. Apa yang aku patut buat? Patutkah aku terima? Ataupun tidak? Adakah ini yang terbaik untuk diriku? Bagaimana jika aku menolak? Dan bagaimana pula jika aku terima?

Fikiranku mulai kusut akan hal itu, aku menggaru kepala yang tidak gatal.

Setelah lama aku berfikir, akhirnya aku membuat keputusan untuk..

"Aku harap keputusan yang aku buat ni tepat." kataku sendiri. Aku dengan perlahan melangkah turun ke tangga, kelihatan figura mama dan papa yang asyik menonton telivisyen.

"Mama, papa.." panggilku dengan nada pelan.

Mata mereka kini tertumpu kepada aku, aku dengan pelan melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan dengan mereka.

"Ya sayang, ada apa?" sahut mama lembut, aku menunduk kan kepalaku sambil bermain jari jemari.

"Tentang pernikahan yang mama dan papa rancangkan tu.."

Mama dan papa dengan serta merta mendekatkan diri mereka kepadaku, fokus ke arah anak mataku.

"Maya.." aku menggantungkan ayat ku lalu menarik nafas panjang.

"Maya terima."

Bersinar mata orang tuaku apabila mendengar perkataan itu dari mulutku yang berat untuk mengungkapkan.

"Alhamdulillah, terima kasih sayang buat mama dan papa bahagia macam ni." ucap mama lantas memeluk tubuhku erat. Aku membalas pelukan.

"Apa yang terbaik untuk mama dan papa, baik juga untuk Maya." balasku,

Along dan angah yang melihat adegan drama kami hanya tersenyum gembira apabila melihat aku dan mama papa menjadi seperti sedia kala.

Dalam hati ni, hanya si Dia sahaja yang tahu. Betapa peritnya untuk aku menerima, untuk aku menolak. Tapi hanya kerana untuk membuat mama dan papa bahagia, aku sanggup.

Aku kembali kebilik, lalu menekup muka di bantal. "Betul ke keputusan yang aku buat ni?" soalku sendiri, apa-apa pun aku hanya berserah kepadaNya.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Maya, bangun sayang." bebel mama yang menggoncang tubuhku perlahan. Apa liat sangatlah anak dia seorang ni nak bangun,

"Lima minit." balasku dengan suara meleret, 

"Maya dah pukul berapa ni nanti lambat nak ke sekolah." bebel mama lagi,

Aku yang mendengar perkataan yang keluar dari mulut mama terus bangun dari tidur, "Sekarang pukul berapa?" tanya ku mamai sambil melihat ke arah jam dinding.

7:15 pagi.

"Awal lagi- eh??! Ya Allah dah lambat!" suaraku dengan gelabah. Macam mana boleh terlajak tidur ni Astaghfirullahalazim! Dengan pantas aku turun dari katil lalu melarikan tubuh ke dalam bilik air.

Sampai aku kesekolah, aku terus melangkah turun dari perut kereta dan bergegas ke arah pagar sekolah.

"Alhamdulillah sampai juga!" aku menadah tangan syukur.

Baru sahaja aku mahu melangkah masuk ke kawasan sekolah, satu tubuh tiba-tiba menghalangi langkahku. Aku memandang wajah tuan empunya tubuh itu,

"Kau tengok sekarang dah pukul berapa."

Aku dengan malas melihat jam tangan ku,

"7:30 pagi."

"So? Awal lah kan?" soalku selamba,

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now