𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟏 𝟒

14.2K 829 88
                                    

"Apa you cakap ni? Apa yang I buat dekat perempuan tu?" balas Farisya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku, terus Irfan mengeluarkan telefon pintarnya lalu menekan satu rakaman seraya menunjukkan rakaman itu kepada Farisya.

Terbuntang mata Farisya apabila melihat rakaman itu. Ya, rakaman cctv sewaktu Farisya memukul belakang Maya. Irfan merenung anak mata Farisya tajam, buatkan Farisya sampai tertunduk. Takut mahu bertentang mata dengan lelaki itu.

"How could you, Ungku Farisya?" soal Irfan dengan nada yang serius, muka aje cantik, tapi perangai mengalahkan beruk. Farisya tidak menjawab. Malah, dia merengus geram.

"So now you nak marah I hanya sebab perempuan tu? Wow, what's so special about her?!" tengking Farisya tidak puas hati,

"Bukan tu yang aku nak dengar." seloroh Irfan,

"Aku nak kau, jujur. Kenapa kau sanggup buat macam tu pada Sumayah?" tanya Irfan dengan renungan yang tajam.

"She's take you away from me, baby. Takkan You tak nampak? Dia tu bomohkan You! Hati busuk!" herdik Farisya sekuat hati,

"Jangan. Tuduh. Sumayah. Sesuka. Hati. Kau." tekan Irfan satu persatu patah perkataan dengan nada yang menggerunkan,

"Ingat, Farisya. Sekali lagi kau kacau Sumayah. Kau akan berhadapan dengan aku." Irfan memberi amaran keras, dan terus beredar dari situ.

Farisya menghentak kaki berkali-kali seraya menggenggam tangan. "Tak apa, you lebihkan dia daripada I? I akan pastikan you benci perempuan tak guna tu sampai mati." sinis Farisya sendiri,

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Sedang ku berbaring, tiba-tiba terlintas kelibat lelaki itu didalam minda. Aku mengambil bantal lalu menekup muka, "Kau memang dah angau, Maya." aku merenget sendiri. Entah apa yang istimewa di lelaki itu pun aku taktahu.

Tiba-tiba pintu dikuak perlahan, terlihat Irfan yang memasuki bilik wad itu. Aku menjelingnya sekilas. "Jelinglah, jeling. Rezeki tak berkat padan muka." sindir Irfan lalu menjeling ke arahku seraya meletakkan makanan yang dibelinya ke atas meja. Aku mencebik.

Irfan mengeluarkan nasi yang berbekas polestrin, lalu mencedok nasi seraya menyuakan kepadaku. Aku memandang jejaka itu dengan kening kanan yang terangkat, "Apa?" Soalku dengan otak yang tidak berfungsi. Irfan mengeluh,

"Buka mulut." arahnya, terbuntang mata apabila mendengar apa yang dikata oleh Irfan.

"Aku ada tanganlah." bentakku,

"Makan." tegas Irfan dengan renungan tajam. Eish, fikir baguslah tu paksa-paksa orang? Aku merengus geram lalu akur. Tahu pun nak makan. Getus hati Irfan.

Usai sahaja makan, terus aku membaringkan tubuhku untuk berehat. Sudah aku terlelap lena, Irfan hanya memandang setiap sisi wajahku. Tanpa sedar, jejaka itu membiarkan senyuman manisnya terukir dibibir.

Irfan perlahan-lahan membelai kepala isterinya itu dengan lembut, lalu dia menghadiahkan satu kucupan di atas dahi Sumayah. "Aku minta maaf, Sumayah." kini, satu lagi kucupan Irfan menghadiahkan di tangan isterinya,

"Aku minta maaf, sebab tak dapat jaga kau dengan baik." sambungnya lagi.

Aku akui. Aku dah mula cintakan kau, Nik Sumayah Yaqana.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Hari yang dinantikan, balik. Ya, alhamdulillah aku dah boleh balik! Aku terus memasukkan bajuku kedalam beg, dengan gembira aku menutup beg itu lalu mahu melangkah keluar. Satu deheman membuatkan langkahku terhenti,

"Nak pergi mana?" Irfan bertanya dengan muka dingin yang tidak pudar di wajahnya,

"Baliklah." jawabku dengan selamba.

"Naik apa?" soalnya dengan nada sinis,

"Teksi." balasku lagi.

"Tak payah mengada, balik dengan aku." datang dah sifat tegas dia tu,

Aku mengeluh kecil, "Kenapa aku kena ikut cakap kau?" Bantahku tidak puas hati,

"Seorang isteri, tempatnya disisi suami. Kan?" Irfan menjawab dengan senyuman sinis terukir. Sikit-sikit isteri, sikit-sikit isteri, habis? Suami? Bolehlah nak arah macam-macam?! Kutukku dalam hati,

"Tak payah nak kutuk aku." kata Irfan lalu menjeling, eh macam tahu-tahu aje kita kutuk dia. Aku membuat memek muka,

"Jom." ajak Irfan. Irfan dengan spontan mengambil beg dari genggamanku,

"Aku masih kuatlah, tak perlu pun sampai kau kena tolong angkatkan." bentakku, lalu mahu menarik beg kepunyaanku dari genggaman lelaki itu. Tapi, Irfan lebih pantas lalu dia menepis.

"Baik kau duduk diam, sebelum kau yang aku angkat." ugut Irfan dengan menghadiahkan renungan yang tajam, tergamam aku seketika. Suka hati aje nak ugut-ugut! Aku menjeling lalu memeluk tubuh.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Sampai sahaja kami disatu kawasan perumahan, aku membuat muka cemberut. Rumah siapa ni? Besar betul.

"Rumah siapa ni?" soalanku itu tidak dijawab oleh Irfan. Dia membuka pintu rumah itu dengan kunci lalu melangkah masuk kedalam. Aku perlahan merengus geram, ada ke dia tinggal aku sorang dekat luar ni?

Kaki aku perlahan melangkah memijak lantai rumah itu, terpanar anak mataku melihat kekemasan barang yang tersusun rapi didalam rumah besar ini. Sejak bila lah mamat poyo ni beli rumah?

Sedang aku meneliti setiap barang yang tersusun, Irfan berdehem pelan. Membuat aku tersentak buat sesaat, aku terus mengalih pandangan ke arahnya.

"Suka?" tanya Irfan dengan tangan yang menyilang, aku mengangguk laju. Sudahlah besar, cantik, dekat pula dengan kawasan sekolah kami. Taklah kelam-kabut kalau bangun lambat pun, kan?

Selesai mengemas semua barang, aku menuruni tangga untuk menolong Irfan mengemas rumah. Kalau tak tolong, apa pula mamat tu kata kan? Aku menyapu lantai yang sedikit berhabuk, Irfan pula mengelap meja sehingga berkilat. Sedang aku mahu menyapu,

"Tepilah sikit kaki kau." arahku sambil menepis kaki lelaki itu dengan rambut penyapu, Irfan hanya mengendahkan arahanku lalu menyambung kerja yang tergendala sebentar tadi. Aku membuat riak tidak berpuas hati,

"Kau ni. Kalau nak cakap pekak, tak. Nak cakap tak faham bahasa, mungkin juga. Eish!" aku mencebik.

Serta-merta pandangannya beralih ke arahku dengan renungan tajam, air liur mula ditelan dalam. Irfan perlahan-lahan bergerak langkah ke arahku. Makin dekat, makin kakiku mengundur sampailah tubuh tersandar di dinding. Irfan menundukkan kepalanya sedikit.

Aku memejam kedua mataku, tak berani mahu pandang mata yang menggerunkan itu lama-lama. Terasa denyutan yang terlekat di dahi,

"Sakitlah! Kau dah kenapa?!" marahku sambil menggosok dahi.

"Kau ni, bisinglah."

Aku mencebik sekali lagi, suka-suki aje jentik kepala aku. Irfan meninggalkan senyuman sinis sebelum melangkah beredar, aku mengetap bibir dengan perasaan yang geram. Terus aku menarik rambut jejaka itu dengan kuat, dia mengaduh sakit.

"Woi! Lepaslah, Sumayah!"

"Ah, tak ada! Aku nak balas dendam!"

Irfan tidak berdiam diri lalu terus tangannya membalas tarikan rambut, kini aku pula yang mengaduh sakit.

"Argh! Irfan lepaslah!" raungku sambil meronta-ronta.

"Lepas rambut aku dulu." cantas Irfan tegas,

"Kau lepas dulu!" balasku keras.

"Argh!"

Habis kami berdua berperang rambut, akhirnya tubuh kami rebah di atas sofa. Penat! Aku membaringkan diri, tanpa sedar aku sedang berbaring di atas pahanya.

"Susah juga nak kalahkan badan kecil macam kau ni," rungut Irfan dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Apa kau fikir perempuan macam aku ni lemah sangat ke?" balasku sambil mengelap peluh yang mengalir di dahi. Lama-kelamaan, kami pun terlelap akibat kepenatan.

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now