𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟑 𝟗

12.7K 693 70
                                    

Terbuntang mata apabila melihat jejaka yang berada di hadapanku sekarang, "R-Rafiq?"

"Ya, sayang. Aku Rafiq Zayyan." sahutnya, tak lupa juga dengan senyuman sinis jejaka itu.

"Kau nak apa lagi, Rafiq? Tak cukup ke dulu kau dah sakitkan aku?!" aku tak faham, apa yang aku dah buat sampaikan dia sanggup buat aku sebegini?

"Kau tak buat apa-apa salah pun, sayang. Irfan yang salah dalam hal ni. Dia rampas kau dari aku, dia rampas hak aku." tutur Rafiq sambil mengelus pipiku lembut, namun aku menepis.

"I'm not yours, Rafiq." balasku pelan.

"Tak! Kau aku punya, tak ada sesiapa pun boleh rampas hak aku!" herdiknya sekuat hati lalu membaling gelas kaca ke arah dinding, aku menundukkan kepala akibat terkejut sambil air mutiara yang mengalir keluar.

Apabila Rafiq menyedar kesalahan dia, terus dia mendekati ke arahku lalu menyentuh lembut pipiku sambil mengesat air mata yang keluar.

"Aku minta maaf, sayang. Aku tak sengaja buat kau nangis." aku tidak membalasnya.

"Rafiq, tolong lepaskan aku... Aku mohon." rayuku,

"Tak boleh sayang, nanti kau lari. Kau sabar ya, lepas kau dah jinak dengan aku, aku lepaskan kau." balas Rafiq sambil menayangkan senyuman.

"Kau dah gila, Rafiq. Kau dah gila." kataku sayu sambil melihat wajah Rafiq yang terjelas kelihatan kusut. Rafiq senyum sambil mengangguk.

"Ya, aku memang gila. Aku gilakan kau, Maya. Aku gilakan kau." balasnya sambil menatap ke arah mataku.

"Aku dah call suami kau, aku cakap kau ada dengan aku sekarang. Lepas je dia sampai sini, aku nak minta dia lafazkan cerai dekat kau. Lepas tu, kita boleh bahagia." apa yang aku boleh buat hanya menangis teresak-esak. Berharap ada yang akan selamatkan aku.

Ya Allah, lindungi lah aku dari semua kejahatan yang akan menimpa aku. Aku mohon pertolongan dari-Mu, Ya Allah.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Zaril, kau dapat tak lokasi jantan tu?" soal Ikha ke arah Zaril yang sedang menaip di papan kekunci.

"Belum. Pandai pula mamat ni sorokkan lokasi dia." Zaril memuji Rafiq tanpa sedar, fokus betul dia mencari.

Dina yang sedang menggigit jari akibat risau tentang kawan baiknya, di mana kah dia sekarang. Ya Allah, tolong jagakan sahabatku. Aku berserah kepada-Mu. Sempat dia berdoa dalam hati.

"Dina... Kau risaukan Maya kan?" Sara datang mengambil tempat di sebelah Dina.

"Mana adalah, kau ni. Merepek aje la Sara." Dina membalas dengan senyuman hambar, dia tak sedar yang air matanya mula keluar mengalir pipi gebunya itu.

"Jangan ego, Dina. Dia akan makan diri kau."

Tidak sampai beberapa saat, Dina memeluk tubuh Sara. Dia menangis sekuat hati.

"Aku menyesal tak percayakan dia, Sara. Aku menyesal! Aku lebih percayakan orang luar dari sahabat aku sendiri, aku menyesal sangat!"

"It's okay to regret Dina, at least kau takkan buat kesilapan yang sama lepas ni. Kita selamatkan sahabat kita, ya." Dina mengangguk setuju, Ikha yang tidak dapaf menahan sebak terus memeluk tubuh dua gadis itu.

"Kauorang, aku dah jumpa lokasi diaorang!" dengar sahaja Zaril berkata demikian, terus Irfan dan yang lain-lain menuju ke arah komputer.

"Diaorang ada dekat... Gudang lama. Kita nak buat apa?" tanya Zaril,

"Ikut plan."

"So what are we waiting for? This time, we will rescue our friend." kata Ikha dengan semangat.

"And I... Will rescue my wife." sambung Irfan.

"Ni baru lah Irfan!"

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

"Rafiq." panggil seorang gadis yang memakai topeng untuk menutupi wajahnya.

"Kau nak apa? Kacau la aku nak bermesra dengan Maya."

Rafiq menuju ke arah gadis itu jauh sedikit dariku, ingin tahu juga apa yang mereka borakkan. Siapa gadis itu, ya?

"Aku dah tolong kau dapatkan Maya, sekarang kau kena tolong aku dapatkan Irfan pula. Perjanjian tetap perjanjian."

Rafiq mengeluh berat, rambut diramaskan berkali-kali. Serabut dengan gadis ini, tak habis-habis dengan janjinya itu.

"Kau ni Farisya, memang jenis tak reti nak sabar eh? Tunggulah Maya mesra dengan aku dulu. Nanti aku tolonglah kau." Desisnya ke arah Farisya. Farisya tersenyum senget.

"Kau ingat Maya tu senang-senang je nak dekat kau?" kini Rafiq pula tersenyum,

"Kalau dengan Irfan dia boleh, kenapa dengan aku tak boleh?" Farisya menggeleng lalu menyilangkan tangan ke dada.

"Kau dengan Irfan, bagai langit dengan bumi kau tahu? Irfan tak gila macam kau." tanpa apa-apa balasan, Rafiq menggenggam leher Farisya. Gadis itu mengerang sakit.

"Lepaskan aku la jantan tak guna!"

"Kau jangan nak samakan aku dengan jantan tu la, kau ingat apa aku akan buat kalau kau bantah cakap aku!" terus Rafiq menolak tubuh Farisya kuat.

Farisya mengerang sakit, tak mampu dia melawan jejaka mental itu. Bukannya betul sangat.

𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇

Malam, mereka berlima tiba di lokasi yang dituju, mereka menyiap segala rancangan mereka. Mereka menyembunyikan diri di sebalik semak.

"Kau, Dina, Sara dan Ikha. Tunggu dalam ni sampai kauorang terima arahan aku." arah Irfan kepada Zaril. Dia akur.

"Adam, Faiz. Ikut aku." arah Irfan kepada Adam dan Faiz pula.

Mereka bertiga keluar dari semak itu lalu melangkah ke arah gudang itu dengan perlahan demi tidak membunyikan sebarang bunyi.

Mereka bertiga menyandarkan tubuh ke dinding, Irfan dengan perlahan menggerakkan kepalanya ke depan untuk melihat keadaan di dalam. Tiada sesiapa. Irfan lalu menoleh ke arah Adam dan Faiz di belakangnya.

"Depan clear, sekarang kita kena berpecah. Kauorang berdua periksa tingkat bawah, aku periksa tingkat atas." arah Irfan. Adam dan Faiz akur.

Irfan masuk melalui tingkap, kemudian Adam dan Faiz. Mereka tanpa membuang masa, terus memeriksa di dalam gudang itu.

Irfan menaiki tangga ke tingkat atas lalu memeriksa setiap bilik. Tiada orang. Sampai lah ke satu pintu. Irfan memusing tombol pintu itu tapi tak berjaya. Irfan mengetuk pintu,

"Sumayah, kau kat dalam ke?" soalnya cemas, tiada sahutan. Tak lama menunggu Irfan terus menolak pintu itu kuat menggunakan bahu kanannya.

Selepas pintu itu terbuka, dapat dia lihat sosok tubuh seorang gadis yang tidak bermaya.

Irfan dengan pantas berlari ke arah Maya, dia memegang pipi Maya dengan kedua-dua belah tangannya.

"Sumayah, wake up sayang. Please." rayu Irfan namun tiada sahutan dari gadis itu.

Irfan tidak berputus asa lalu dia menampar pelan pipi Maya untuk membangunkannya. Akhirnya, dengan izin-Nya. Kelopak mata gadis itu perlahan-lahan terbuka sambil mengebilkan kelopak matanya.

"I-Irfan..."

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now