𝐈 𝐑 𝐌 𝐀 𝐘 𝐀 𝐇 | 𝟐 𝟕

12.2K 801 164
                                    

[flashback]

Aku membuka mata yang masih berat untuk diangkat, mataku dikerlingkan ke arah jam dinding.

3 pagi.

Aku bangun dari baring, baru aku sedar yang aku sedang baring di atas katil. Bertambah pening kepala dibuatnya, sejak bila pula aku naik atas?

Ha, sudah. Takkan mamat poyo tu yang angkat?

Mata digosok berkali-kali, lalu dikalih ke sebelah kananku.

Terbuntang dek mata dibuatnya apabila melihat susuk tubuh Irfan yang terlena di sebelahku.

Aku jerit lalu menolak tubuh itu jatuh mencium lantai, dia mengaduh sakit.

"Aduh, kau apahal?" soal Irfan sambil menggosok kepalanya yang terhantuk.

"Kau tu yang apahal, macam mana aku boleh ada dalam bilik ni, macam mana kau boleh ada dekat sebelah aku?!" herdikku,

Irfan menarik nafas dalam-dalam. Dia sudah pasrah dengan isterinya ini, rasa macam nak ngap je.

"Aku angkat kau sampai bilik, then aku penat, aku tidur sebelah isteri aku. Salah ke?" terang Irfan dengan nada dinginnya.

Aku tergamam, "Bukan saja salah, malah tidak bermoral, kau tahu tak?!"

Irfan mengetap rahang seketika, lalu bangun dan mendekati ke arahku. Cepat-cepat aku tarik selimut sampai ke paras mulut.

"Nik Sumayah Yaqana, you must remember that you're all mine. It means, whatever i want to do to you is my own wanted. Understood, Sumayah sayang?"

Aku terdiam apabila mendengar semua perkataan itu dari mulut Irfan. Meremang bulu roma, tambahan pula dia menggelarkan diriku, sayang? Malu tak terhingga!

"One more thing, aku nak bagitahu kau satu rahsia. Nak tahu?" soal Irfan tiba-tiba dengan senyuman yang melebar.

Aku dengan perasaan yang ingin tahu terus mengangguk laju. Bukan senang mamat dingin ni nak bercerita.

"Tadi, aku gigit something. Lembut. Nak tahu apa benda?" aku mengangguk sekali lagi.

Irfan mendekatkan bibirnya dengan cuping telinga milikku. Hujung bibirnya ditarik sinis.

"Bibir kau."

Terbuntang mataku, dia ni biar betul? Bila pula dia buat?! Takkan waktu aku tidur tadi? Mama, tolong! Ipan seram!

"Eee! Ipan jahat, aku benci kau! Keluarlah, aku taknak tengok muka kau dah!" halauku sambil menolak tubuhnya.

Kelihatan wajah Irfan seperti menahan ketawa, "Ok last, what if i say that it was a joke?"

Terus aku membuka kain selimut dan memandang ke arahnya tajam.

"I swear, i'll kill you."

"Oh, yea?"

Ya Allah, geramnya hati dengan mamat poyo ni. Bilalah hidup mahu tenang kalau hari-hari macam ni?

"Dahlah Ipan, kau pergilah masuk bilik kau. Aku nak tidurlah." halauku lagi.

Irfan hanya akur, tiba-tiba pergerakannya terhenti. Dia memandang ke arahku lalu mendekatiku. Tangannya memegang pipiku lama, membuatkan aku terpaku. Dengan kekacakan yang dimilikinya. Dapat aku lihat erti dari sebalik anak matanya, dia ingin memberitahu sesuatu kah?

Terus tangannya dijauhkan kembali, dia tiba di depan pintu bilikku. Lalu menoleh ke arahku kembali.

"Kunci pintu," pesan Irfan.

Suami Ku Ketua PengawasWhere stories live. Discover now