Kisah kehidupan yang cukup memeritkan memaksa bekas pelajar juvana ini menutup segala cerita tentang dirinya. Cukup dengan gelaran budak juvana, dia sudah mampu jauhkan orang sekeliling darinya. Tanpa penjelasan atau penerangan, dia biarkan ketakutan dan kebencian orang menjadi benteng untuknya kekal didunia sendiri. Namun, kehadiran gadis asing yang mempunyai sikap menjengkelkan mula mengubah keadaan. Tanpa disedari, perlahan-lahan mereka mula berkongsi rasa. Cerita orang pasal engkau sekadar kisah tak lengkap. Persepsi aku tak dipengaruhi cerita orang, tapi perbuatan kau sendiri. - Gadis asing. Jangan buat-buat macam kau boleh faham aku sebab kalau kau boleh rasa apa yang aku rasa. Senyuman tu takkan tergaris di bibir kau lagi. - Budak Juvana. Hubungan baik yang mula terjalin diantara mereka juga menaikkan amarah ramai pihak. Jangan membazir masa awak dengan orang tak ada masa depan boleh tak? Kenapa awak perlu musnahkan hidup sendiri?- Lelaki kaya. Tak usahlah kau ganggu dia. Dunia kau dengan dia berbeza. Jangan bagi harapan kalau tak rasa benda yang sama dalam hati! - mat selekeh. Pada akhirnya corak hidup ini perlu di ukir oleh pilihan sendiri. Jadi, binasakah hidup sekiranya paksaan mendahului kehendak diri? Start: 5.10.18 Remake: 19.12.19 End: ------