Di Universiti VerseMedia, para pelajar bersorak kegembiraan saat universiti itu mendedahkan inovasi terbaru mereka-sebuah permainan Augmented Reality yang memukau. Hampir semua pelajar, termasuk rakan sebilik Anwar iaitu Fikri, menceburkan diri ke dalam dunia maya itu. Masing-masing giat bertanding sesama sendiri demi meningkatkan ranking serta mengumpulkan mata ganjaran untuk ditebus menjadi barang-barang keperluan. Namun bagi Anwar, permainan AR itu seolah-olah terlalu "too good to be true". Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan permainan yang digilai ramai itu. Fikri yang leka dalam duel malam, menambahkan lagi keraguan Anwar menyebabkan terjadinya pergaduhan antara mereka berdua. Walaupun dengan amaran dari Anwar, Fikri tetap terpesona, ketagihan pada alam maya. Kemunculan satu artikel online misteri tentang kematian seorang pelajar pada permainan maya itu menggemparkan satu universiti. Namun dengan pantas artikel itu dipadam oleh pihak yang cuba menyembunyikan kebenaran. Bagai artikel itu tidak pernah wujud, para pelajar kembali dengan kegilaan mereka. Manakala Anwar, memulakan penyiasatan. Tidak mahu nyawa sesiapa menjadi galang ganti untuk keseronokan duniawi. Sehinggalah berlaku satu lagi kemalangan tidak dijangka. #virtualreality #artificialintelligence #remaja #student #gamer #university #malaysia