Kehilangan pakar bedah CTS di Care'n Kaixin Hospital menjadi punca perkara fatal ini. Raisyah tidak rela kehormatannya dicabuli Jinx, lelaki yang dibedahnya sebelum kes penculikan doktor itu digegarkan. JINX BAI, ketua Red Dragon semata-mata demi mendapatkan kembali sebuah cip yang dicipta Profesor Ridz bertarung mati-matian dengan sahabatnya sendiri, pengkhianat dari Black Shadow. "Antara kami, jika tiada yang mati... maka pertarungan ni takkan berakhir!" -Jinx "Hidup aku dah musnah sejak malam tu. Sampailah aku lahirkan anak luar nikah ni dan sehingga kini aku takkan pernah maafkan lelaki bertopeng tu!" -Raisyah RAISYAH, seorang pakar bedah kardiotorasik yang menguasai teknik ECMO dengan baik dan menjadi kebanggaan unit CTS. Walaupun dipaksa menghadapi pelbagai kengerian, masih tetap melaluinya demi anak tersayang, RAFIQIN DARWISH. Namun siapa sangka bahawa ekoran daripada kehilangan ibunya, semakin hari mengubah Rafiqin menjadi seseorang raksasa? "Tak mungkin budak kecil membunuh. Dia tak tahu apa-apa." -Puan Maryam. "Raf akan cari mama sampai dapat!" -Rafiqin. Setelah dua tahun penculikan, perubahan besar mulai dilihat. Ketika ini... Raisyah telah menyerahkan hidupnya kepada takdir. Apa yang bakal dihadapinya? *Start: 14/04/2021 *End: 08/06/2021 *Edit: August 2022 *Edit II: