@Fuukye™: Fuukye@copyright protected ©2019 Language: malay baku Fukuniwa Shio seorang wanita awal 30 an yang berketurunan Burakumin, kelompok kecil yang dipandang hina oleh masyarakat sekeliling. Dia digelar oleh mereka sebagai bangsa 'kotor' atau pariah oleh mereka. Fukuniwa Shio dipandang hina disebabkan pekerjaannya yang hanya menjual satay daging wagyu lalu dipinggirkan sehingga terpaksa mencari rezeki dengan cara 'kotor.' Oleh kerana menganggap Burakumin sebagai 'manusia' yang tidak sempurna di mata umum, membuatkan terbitnya dendam kesumat di jiwa Fukuniwa Shio dengan menjadikan pelanggannya sebagai mangsanya. Fukuniwa Shio yang menawarkan lelaki-lelaki ini dengan seks tanpa bayaran, lalu membunuh mereka dan mayat mereka dilapah dan dijadikan sebagai daging satay. Sehinggalah satu hari, semua yang dilakukannya telah dihidu oleh seorang jejaka, Saki Tamara yang juga sedang mencari abangnya Sawo Tamara yang telah hilang. Dapatkah Saki Tamara membongkarkan perbuatan kejam yang dilakukan oleh Fukuniwa Shio? Adakah Sawo Tamara juga turut menjadi mangsa bunuh Fukuniwa Shio? Ikuti kisah tragis ini.