part 20

308 10 1
                                    

"Eh, itu bukan... wanita penjual satay tu ke? Tanya Yuki pada Minami, kebetulan mereka berdua menemani Saki ke luar bandar untuk membeli beberapa buah tangan untuk bapa Saki Tamara.

"Aha ya lah. Mahu sapa dia ke?" Tanya Yuki lagi.

"Ish, buat apa menyibuk. Mungkin dia sedang membeli barangan untuk jualannya malam ni? Siapa tahu." Jawab Minami singkat.

"Ya lah. Saki masih didalam kedai kain ni lagi ke?"

"Ya, dia sibuk membelek kain." Jawab Minami memuncungkan mulutnya.

"Mari kita duduk dikerusi itu sebentar, penat menunggu Saki ni." Yuki mempelawa Minami duduk disuatu tempat yang tidak jauh dari kedai kain tersebut.

Selang beberapa minit kemudian Saki keluar dari kedai kain dan mencari kedua wanita itu. Sambil meninjau mencari kelibat mereka, mata Saki terpacak pada satu susuk tubuh wanita yang dikenalinya.

"Oh, bukankah itu si wanita penjual satay? Elok saya menyapanya dan bertanyakan tentang hal hari tu." Lalu Saki berjalan menuju kearah Fukuniwa Shio yang sibuk memilih rempah ratus untuk kegunaannya kemudian nanti.

"Hmm... Selamat pagi",  Saki menyapa Fukuniwa Shio dengan lembut.

Seperti seseorang menyapanya, Fukuniwa menoleh kearah suara itu.

"Ohh... Oh.. Kamu... Pelanggan saya yang datang tempoh hari itu kan?" Soal Fukuniwa sambil melemparkan senyuman kepada Saki.

"Ya, ya sayalah orangnya. Ehmm... Nama saya Saki Tamara." Tanpa ditanya, Saki memperkenalkan dirinya kepada Fukuniwa Shio.

Raut wajah Fukuniwa Shio yang tadinya ceria bertukar corak, dia sedikit cemas tetapi secepat kilat mengubah reaksi wajahnya kembali kepada asal.

"Oh.. Saki Tamara? Bagus nama itu. Saya, Fukuniwa Shio, panggil saja Fuku." Jawab Fukuniwa dengan sopan. Fikirannya kembali kearah Sako Tamara yang berada dalam tahanannya.
Baru dia sedar, lelaki dihadapannya ini adalah adik kepada Sako Tamara.

"Banyak sekali barang yang kamu beli. Apakah semua itu adalah kain kimono?" Soal Fukuniwa.

"Oh ya, ini adalah untuk bapa saya dikampung. Selebihnya untuk abang saya. Tunggulah sehingga dia balik kerumah." Terpacul kata-kata itu dimulut Saki, itu pun tanpa disedarinya.

"Oh, uhmm... "

"Oh ya, petang ni kami mahu ke gerai kamu, saya hendak membungkus sedikit satay untuk bapa saya dikampung. Dia teringin sangat merasa satay disini." Saki menukar topik. Dia sedar, wajah wanita dihadapannya berubah seketika sewaktu dia menyebut namanya dan memperkenalkan diri tadi.

"Oh, kalau begitu silakan datang, saya sedang menyiapkan bahan-bahannya. Tidak sedar, semua rempah ratus digerai telah habis dipakai untuk sup daging wagyu."

Saki melihat rempah ratus yang dibeli oleh Fukuniwa didalam raganya. Dia begitu mengenali rempah tersebut.
Selalunya, orang yang menggunakan rempah itu, untuk menghilangkan bau hanyir yang kuat. Tetapi daging wagyu tidaklah sehanyir seperti daging yang mereput. Sambil menggarukan kepala,  Saki bertanya lagi.

"Kuat sekali ke bau hanyir daging wagyu yang kamu beli tu?"

"Oh.. Ya, sebab dagingnya disimpan terlalu lama, jadi saya terpaksa menggunakan rempah ini untuk menghilangkan bau busuk tersebut." Kata Fukuniwa sedikit gusar. Ditenteramkan hatinya supaya tidak begitu nampak ketara dimata Saki.

"Oh begitu. Hmm... Bagaimana kamu pada malam itu, adakah lelaki itu ada menggangu kamu?" Tanya saki mengenai hal tempoh hari.

"Oh..heheh. Saya baik-baik saja. Lelaki itu pun sudah pergi setelah kamu beredar tidak lama kemudian",  jawab Fukuniwa berbohong."

"Oh...  baguslah kalau begitu. Baiklah. Saya mungkin melambatkan kerjaan kamu, jadi saya pergi dulu. Sampai jumpa lagi malam ini",  kata Saki menundukkan kepalanya lalu beredar dari tempat itu dan mencari kedua wanita pelayan sex tadi.

"Fuh... Kenapa saya ni gelisah sangat? Bodoh!" Fukuniwa memarahi diri sendiri. Dia juga beredar dari tempat itu untuk pulang ke gerainya.

"Uhmm... Sungguh mencurigakan... Mana mungkin menggunakan begitu banyak rempah ratus untuk daging yang belum membusuk. Sedangkan sataynya tampak begitu segar sekali. Begitu juga dengan sup yang dimasaknya. Tidak ada rasa sedikitpun bau daging membusuk. Apakah yang disembunyikan oleh wanita itu?" Saki mengelamun dihadapan kedai kain sementara menunggu Yuki dan Minami datang kepadanya.

"Hey Saki? Kenapa termenung jauh?" Jerkah Yuki sambil menyentap bahu lelaki itu.

"Ish! Mengelamun? Tidak adalah. Oh.. tadi saya terserempak dengan wanita penjual satay tu. Lupa saya bertanyakan pasal abang saya. Mungkin abang pernah singgah disitu untuk makan sebelum menghilangkan diri?" Kata Saki kepada kedua wanita itu.

"Mungkin juga." Jawab Minami.

"Tapi saya hairan, kenapa gerainya begitu jauh terpesok dari bandar?" Soal Saki lagi.

"Kami berdua pun tidak tahu. Ini pun baru beberapa minggu dia berniaga disitu. Begitupun kami tidak tahu menahu pula asal usul wanita penjual satay itu." Jelas Minami lagi.

Perbualan mereka didengari oleh seorang lelaki, yang kebetulannya lalu ditempat itu. Dia adalah pelanggan tetap Fukuniwa Shio. Lalu dia berhenti seketika dan menegur mereka.

"Adakah kamu bercakap mengenai Fukuniwa Shio? Penjual satay itu?" Kata lelaki yang tidak dikenali itu.

"Oh! Ya, ya." Kata mereka bertiga. Terkejut dengan kehadiran lelaki itu yang tiba-tiba menyapa mereka.

"Oh, uhmm... Menurut yang saya tahu, wanita itu berasal dari wilayah yang terpencil, jauh dari bandar, Tokyo. Dia juga berketurunan Burakumin." Bisik lelaki itu lagi.

"Tapi, anda semua diingatkan tidak menguar-uar berita ini kepada sesiapa. Takut nanti, penjual satay itu dihalau pergi oleh masyarakat setempat. Maklumlah, bangsa Burakumin ini dipandang hina oleh kerajaan jepun." Sambung lelaki itu lagi.

"Jadi berhati-hatilah",  kata lelaki itu lagi lalu beredar dari tempat itu.

"Bangsa Burakumin?" Kata mereka memandang wajah antara satu sama yang lain.

"Pertama kali saya mendengar bangsa ini",  kata Saki kejengkelan.

"Tidak disangka, masih ada juga bangsa ini berani datang ke tokyo semata-mata untuk mencari rezeki."

"Tidak boleh dipersalahkan juga pada orang-orang sebegini. Mungkin hidup mereka disitu amat payah." Jelas Saki lagi.

"Hmm...",  Yuki dan Minami menggeleng-gelengkan kepala.

"Sudahlah, ayuhlah kita pulang. Petang ni, kita harus pergi ke gerai itu sebelum tengah malam. Bolehlah saya balik dengan satay nanti." Ujar Saki.

"Ya. Begitulah hendaknya. Marilah balik ke rumah tumpangan."

Lalu mereka pun meninggalkan pekan itu dan kembali ke rumah tumpangan.




BURAKUMIN s1(COMPLETED)Where stories live. Discover now