part 21

289 12 1
                                    

"Gila gila gila! Ini tidak boleh jadi, saya harus berlagak seperti biasa." Tingkah Fukuniwa kegelisahan.
"Adiknya sedang mencari abangnya, apa harus saya buat? Fikir...fikir..fikir!" Jerit Fukuniwa Shio  berjalan mundar mandir di dalam dapur.

Mengapa dia begitu risau tentang kehadiran Saki Tamara?

Tanpa sedar, Sako Tamara terdengar rungutan Fukuniwa Shio di dapur itu.

"Patutkah saya bunuh saja lelaki itu sekarang? Tidak! Tidak! Bagaimana ini?" Kata Fukuniwa lagi bercakap sendirian di dapur.

"Sial! Perempuan gila! Adik sedang mencari saya? Oh... Saki... Cepatlah kau datang selamatkan abang!" Sako menjerit didalam hati.

"Bagaimana kalau saya menjerat saja adiknya? Adakah dia juga sama berperangai buruk seperti abangnya? Tapi lagaknya tadi seperti lelaki yang baik dan bersopan santun, mana mungkin dia masuk kedalam jerat saya?",  ujar Fukuniwa tidak henti-henti mengulas tentang diri Saki Tamara.

"Saya harus berkelakuan seperti biasa. Jangan terlalu gugup!" Kata Fukuniwa lagi lalu menampar pipinya
Berulang kali. Kelakuan wanita itu diperhatikan oleh Sako Tamara. Keringat memercik membasahi wajahnya. "Jangan saja kau jadi gila, wahai perempuan!" Bentak Sako dalam hati.

"Baiklah! Argh!" Sambil menepuk meja kayu dihadapannya, Fukuniwa menarik nafas panjang dan menghembusnya dengan kasar. "Fuhhhhh! Sekarang saya mahu rebus banjingan gemuk ini!" Sambil mengeluarkan semua rempah ratus yang dibelinya pagi tadi, dengan berhati-hati Fukuniwa menuang air bersih kedalam kawah. Seperti sebelumnya, dia memasak sup daging dan menyucuk satay manusia itu tanpa menghiraukan sekeliling.

"Hmmp! Hmmp! Sako meronta-ronta sambil kakinya menendang dinding gerai itu.

"Hey! Kau mahu apa lagi?" Tengking Fukuniwa dari arah dapur. Dia memyudahi cucukan sataynya yang terakhir lantas berdiri menuju kearah Sako. Fukuniwa membongkokkan tubuhnya dan membuka ikatan kain di mulut lelaki itu.

"Kau mahu apa?"

"Saya sangat dahaga dan lapar. Saya juga mahu mandi. Mahu buang air besar dan sebagainya!"

"Diam! Kau adalah tahanan saya!
Kau ingat saya begitu bodoh menuruti semua permintaan kau?! Bodoh! Dengar sini, selagi saya ada daging manusia, selagi itu kau saya simpan disini sehingga tidak ada lagi jantan keparat seperti kau! Faham!!" Pekik Fukuniwa Shio keberangan.

Fukuniwa mundar mandir disamping lelaki itu, dia ingin mencari jalan bagaimana hendak menyembunyikan Sako dari adiknya, Saki Tamara. Sambil mengetap bibir, Fukuniwa berfikir.

Bunuh saja dia!
Tidak!
Kenapa masih menyimpan lelaki demikian?
Untuk apa?
Bunuh dia!
Jangan!
Bunuh dia!
Tidak!
Jangan!
Bunuh!
Bunuh!
Bunuh!
Bunuh!
Bunuh!bunuhh!!

"Tidakkkk!!!" Fukuniwa Shio memekik didalam bilik itu. Gayanya sudah seperti wanita yang gila meroyan. Sambil menarik carik sangul rambutnya, Fukuniwa bersujud diatas lantas dan menangis teresak-esak.

Kenapa saya jadi begini?
Kenapa saya sekejam ini?
Kenapa saya tidak dihormati?
Kenapa wanita seperti saya dianggap seperti sampah?
Seperti pelacur.
Kenapa saya dianggap murahan?
Kenapa bangsa Burakumin sangat hina dimata mereka?
Kenapa?
Kenapa jadi begini?
Kenapa saya tidak dapat hidup aman seperti wanita lain?
Salahkah saya ini dilahirkan sebagai wanita Burakumin?
Oh Tuhan... Apa yang telah saya lakukan ini?
Mengapa saya membunuh mereka?
Untuk apa?
Kepuasan?
Balas dendam?

Saya mahu jadi gila!!!! Gila!!
Tolong... Oh ...tolong saya...

wanita itu meraung dan menumbuk-numbuk dadanya. Sakit sekali hatinya
terhadap masyarakat yang tidak dapat menerima kehadiran bangsa Burakumin.
Dia ingin bebas sekali seperti wanita lain. Ingin ada keluarga sendiri. Ingin dicintai dan disayangi. Tetapi... Siapa yang sanggup menerima wanita hina seperti dia? Siapa?

"Saya mahu mati!" Tangisan Fukuniwa Shio berkumandang di ruangan bilik itu.

Beberapa minit selepas itu. Keadaan kembali renggang. Sunyi sepi , tiada lagi esak tangis wanita itu. Lalu Fukuniwa Shio memalingkan wajahnya kearah Sako.

"Hmm... Adakah kau sanggup mengawini saya?" Fukuniwa mengajukan soalan itu kepada Sako.

"Apa?!" Mulut Sako ternganga luas.

"Tidakkah kau dengar apa yang saya katakan? Ataukah kau pekak?!" Tengking Fukuniwa menyeringa memandang Sako.

"A..aapa... Kahwin...?" Balas Sako terkebil-kebil.

"Ya! Kahwin. Dengan saya!"  Jerkah Fukuniwa lagi.

"Apa kau sudah gila?!"

"Saya tanya, kau mahu atau tidak?
Kalau kau mahu, bersyukurlah hari ini saya tidak memancung kepala kau!"

"Kau ugut saya ke? Siapa yang mahu berkahwin dengan wanita gila seperti kau!? Kau pembunuh!"

"Jadi kau menolak lamaran saya? Kalau begitu, ucapkan selamat tinggal pada dunia ini!"

Fukuniwa berdiri dan mencapai kapak di atas meja dan meluru kearah Sako.

"BERHENTI!"









BURAKUMIN s1(COMPLETED)Where stories live. Discover now