part 24

279 9 0
                                    

"Ahhh Fuku!" Iringan suara rengekan manja wanita itu merancakkan lagi gerakan tubuh badan Saki menghentam gawangnya.

"Saya sudah hampir Fuku! Ahhh!" Jerit Saki mengetap bibir dan mencengkam kuat kedua belah punggung wanita itu.

"Ahhh! Ayohhh! Tusuk kedalam Saki! Aaahhh!" Fukuniwa meraung kesedapan. Meja bergoncangan akibat goyang keras dari Saki.

"Gah!!"

"Ohhhhhhh....!"

****

"Kau mahu pulang sekarang?" Tanya Fukuniwa sambil membetulkan kain kimononya.

"Ya, betul kau tidak mahu ikut saya?" Soal Saki lagi, tangannya menggengam plastik berisi satay.

"Lain kalilah... Lagipun, banyak kerja saya harus bereskan disini. Kau pun sudah ada teman wanita. Pasti dia sedang menunggu kepulangan kau." Ujar Fukuniwa, nadanya ada sedikit cemburu.

"Mengapa saya begitu risau akan Saki? Adakah saya jatuh cinta dengannya? Tidak mungkin! Gila! Gila! Sepatutnya saya harus membunuhnya setelah meratah tubuh saya! Mengapa saya biarkan dia terlepas? Bagaimana kalau dia tahu, abangnya dikurung oleh saya? Sial! Cari jalan! Cari jalan!" Jeritan batin Fukuniwa bergema dilubuk hatinya.

"Ah, teman wanita? Mereka itu adalah pelayan dirumah tumpangan. Mana mungkin menjadi teman wanita saya", jelas Saki berbohong. Kedua wanita itu, Yuki dan Minami sudah jatuh cinta padanya.

"Ahh.. Tidak mungkin saya kahwini perempuan sebegitu. Tetapi wanita dihadapan saya ini, sangat berlainan sekali tabiatnya. Apa yang sedang saya fikirkan ini?" Getus hati Saki yang keliru dengan buah fikirannya.

"Oh benarkah begitu?" Tanya Fukuniwa seakan tidak percaya dengan kata-kata lelaki itu.

"Benar. Saya tidak tipu." Jawab Saki, berbohong untuk kedua kalinya pada Fukuniwa.

"Baik jangan fikir banyak tentang itu.
Lain kali, saya datang lagi kemari.
Baiklah, saya harus pergi sekarang. Kamu betul ke boleh sendirian disini?

"Hahaha... Ya boleh. Jangan risau, kau pergi sahajalah. Baik-baik dalam perjalanan. Selamat tinggal." Ujar Fukuniwa melambai kearah Saki.

"Baiklah. Sampai jumpa lagi. Selamat tinggal." Lalu Saki pun berangkat pergi dari situ.

°°°°°°

"Mengapa jadi begini?!" Bentak Fukuniwa setelah dia berada didalam gerainya. Meja  dihentaknya denganperiuk amat kuat sekali.

PANG!

Sako yang berada di hujung bilik berkenaan, tersentak dengan bunyi hentakan meja yang kuat.

"Hmmmp!" Sako mengomel di dalam bilik itu, tetapi suaranya tidak kedengaran.

TAK TAK TAK!

Bunyi selipar terompah kedengaran mendekati bilik kurungan itu.

BANG!

Pintu bilik itu ditendang kuat!

"Hmmppp!! Sako mengensotkan badannya ketepi dinding. Kilauan cahaya lampu pelita menerangi ruangan bilik tersebut. Bau hapak menusuk hidungnya.

"Kau harus saya bunuh sekarang!" Kata Fukuniwa bersuara garau, lampu pelita digantungnya di dinding.
Sambil berjalan mundar mandir dengan sebilah kapak ditangannya, "Patutkah saya membunuh kau, Sako?" Tanyanya pula kepada lelaki tu yang sedang kecut ketakutan.

"Hmmpppp!!" Balas Sako meronta-ronta. Kepala digeleng-gelengkan.

"Kenapa? Tapi... Adik kau ada disini. Dia sedang mencari kau, Sako. Saya harus membunuh mu!" Getus Fukuniwa, lalu menerpa Sako yang sedang meronta. Rambut lelaki itu ditariknya kuat.

"Kau akan menyebabkan saya kehilangan dia! Saya tidak boleh mengurung kau lama-lama! Saya harus bunuh kau Sako! Lupakan tentang perkhawinan itu!" Pekik Fukuniwa. Tanpa belas kasihan, leher lelaki itu ditetaknya bertubi-tubi sehingga putus!

PUHSSSSS!

Darah memercik diserata bilik itu.

"Kau tidak akan saya buat satay. Kau akan jadi penunggu digerai ini. Hehehehe...",  kata Fukuniwa menjilat cebisan darah dipergelangan tangannya.

Darah masih membuak-buak keluar dari leher mayat yang putus itu. Kepala Sako dibiarkan tergolek ditepi tubuh kakunya dengan mata terbeliak .

"Ahh... Aku harus mengawet mayat ini dan sumbatkan dia kedalam lubang najis." Bisik wanita senteng itu lagi. Tanpa rasa takut, dia melabuhkan tubuhnya ke atas tubuh mayat itu.

"Saya mahu tidur nyenyak malam ini, Sako... Saya terlalu penat... Selamat malam",  ujarnya lagi lalu melelapkan mata.

*****
DIJETI.

"Sampaikan salam saya pada bapa kau ya, Saki." Ucap Yuki berdiri ditepi tebing jeti sambil melambaikan tangannya kearah Saki yang sedang bersiap sedia meninggalkan perkampungan itu.

"Ya Yuki, saya akan sampaikan." Jawabnya tersenyum.

"Jangan lupa datang lagi menjengkuk kami disini! Kami setia menunggu kau!" Kata Minami dengan agak kuat.

"Ya! Tunggu saja saya kemari lagi!" Saki membalas mereka dengan lambaian.

"Kami akan merindui kau Saki! Hati-hati!"

"Selamat tinggal!" Saki mula mendayung sampan bapanya untuk balik ke kampung.

"Bagaimanalah keadaan bapa sekarang? Sudah seminggu saya tinggalkan bapa. Adakah dia sihat-sihat saja di kampung? Abang... Dimanakah kau berada..." Bisik Saki sambil mendayung dengan laju. Tidak sabar lagi dia mau berjumpa dengan bapanya. Rindu di dada tidak terbilang dengan kata-kata.

"Sabar wahai hati. Saya akan bertemu jua dengan mereka kemudian nanti." Kayuhan sampan diperlajukan lagi.

To be continued.

BURAKUMIN s1(COMPLETED)Where stories live. Discover now