part 25

278 12 6
                                    

"Bapa! Saki sudah balik, bapa dimana?" Ucap Saki sambil melabuhkan sampan bapanya ditebing sungai berdekatan dengan tiang rumahnya.

"Pa!?" Kata Saki lagi, plastik berisi satay serta kotak kecil berisi pakaian, diangkutnya naik kedarat.

Perjalannya balik kekampung hari itu sangat cepat dari hari sebelumnya,  sewaktu bertolak ke kampung seberang. Berkemungkinan dia sudah tahu arah selok belok jalan singkat yang diredahinya disepanjang jalan sungai yang disusurinya.

"Ah, lelah sungguh mendayung seharian. Mana bapa ni tidak muncul-muncul?" Kata Saki,  kakinya laju melangkah  kerumahnya.

"Pa?" Tangannya menolak pintu rumahnya. Tidak kelihatan pun kelibat bapanya didalam.

"Oi Saki! Kau baru balik ke?" Sapa seseorang yang lalu didepan rumahnya.

Saki menoleh ke belakang.

"Oh, Aoi! Ya saya baru saja sampai. Kau ada nampak bapa saya dimana-manakah?" Tanya Saki pada Aoi, lelaki muda itu hanya menggelengkan kepalanya.

"Tidak nampak dari semalam, Saki. Ah, kau sudah jumpa abang kau ke?" Tanyanya pula kepada Saki.

"Tidak ada, kampung tu besar. Dah puas saya mencarinya. Tapi tidak berjumpa. Kau mahu kemana ni?

"Hai, ada kerja di kampung seberang.
Eloklah saya pergi sekarang."

"Oh, baiklah, hati-hati mendayung."

"Hmm.."

°°°°°

"Mana pula bapa pergi ni?"  Saki menunggu kepulangan bapanya sehingga larut malam.

Satay dipanaskannya seketika, sebelum satay itu mengeras dan tidak elok lagi dimakan.

FUUUU...FUUUU..

Hembusan nafas Saki tersemput-semput meniup corong bambu di atas para-para dapur arang itu. Sesaat menunggu api marak,
Kuali ditenggekkan di atas besi dapur arang tersebut.

FUU..FUU...

Dia meniupnya lagi sehingga kelihatan percikan api mula menyala
membakar kuali yang berisi satay tadi.

KREKKK...

Pintu rumahnya ditolak dari luar.

"Pa!? Kau ke tu?" Segera Saki bangun dan meluru kearah ruang tamu.

"Eh? Abang! Kau dari mana saja ni?" Tanya Saki terkaku melihat abangnya yang berpakaian comot, masuk kedalam rumah dan terus saja menuju ke biliknya. Pertanyaan adiknya juga tidak diendahkan.

Saki memerhatikan langkah longlai abangnya itu sehingga hilang dari pandangan matanya.

PAK!
Pintu bilik Sako ditutup agak kuat.

Saki kehairanan dan tanpa sengaja terlihat kesan tapak kaki abangnya ada kesan darah.

"Abang dah bunuh orang ke?!" Getusnya dalam hati kepanikan.

Tanpa menghiraukan api arang yang sedang marak membakar kuali, Saki bergegas kebilik abangnya dan mengetuk pintu itu sambil menyahut namanya.

"Abang! Oi! Kau dah buat apa hah?! Kenapa ada kesan darah pada lantai? Buka pintu ni bang!" Pekik Saki lalu menolak pintu bilik itu sekuat hati.

PRAKKK!

"HUH!?"

°°°°°°

"Oi Saki bangun nak!" Tengking bapanya menepuk kedua belah pipi Saki.

"Huh! Jerit Saki bingkas bangun dari tidur.

"Bila kau balik?" Tanya bapanya duduk bersila dihadapan Saki.

"Subuh tadi, pa." Jawab Saki lemah sambil mengesat peluh diwajahnya.

"Kau kenapa terjerit terlolong ni? Nasib baik bapa balik cepat, kalau tidak, dah hangus rumah ni kau kerjakan. Tengok, satay yang kau bawa, semuanya sudah hangus." Kata bapanya menolak dulang berisi satay hangus dihadapan Saki.

"Saki minta maaf, pa. Mungkin Saki terlalu penat mendayung seharian, hingga terlelap tadi. Lain kali, Saki beli lagi." Jawab Saki sambil mengaru kepalanya. Riak wajahnya kelihatan gusar memikirkan mimpinya tadi.

"Pa... Hati Saki tidak berapa sedaplah fikir pasal abang." Kata Saki tatkala memikirkan tentang abangnya yang hilang itu.

"Ah, kau ada berjumpa dengannya ke?" Tanya bapanya pula.

"Belum lagilah pa,  dan bapa pula dari mana saja ni? Senja macam ni baru balik?" Saki kembali mengajukan soalan pada bapanya.

"Bapa pergi berpesta di rumah jiran. Nun jauh disana. Ah, ini bapa ada bawakan sedikit makanan dari pesta tadi. Makanlah. Buang satay hangus tu nanti, bapa mahu pergi mandi." Ujar bapa Saki lalu berlalu pergi meninggalkan anak lelakinya yang masih terkial-kial diruang tamu.

"Ya...",  Saki menganguk kecil.

"Buruk sangat mimpi tadi. Apakah terjadi sesuatu yang buruk pada diri abang Sako?" Ish... Kenapa jantung saya ni berdegup kencang semacam?"
Naluri kecilnya berbisik meramalkan
Sesuatu yang dahsyat telah berlaku keatas abangnya.

***
"Pa, Saki masih tidak sedap hatilah..." Kata Saki sejurus melihat kelibat bapanya hadir menemani dia di anjung rumah.

"Kenapa?" Kata bapanya kemudian duduk bersimpuh ditepi anak lelakinya itu.

"Saki bermimpi. Mimpi buruk pasal abang. Abang balik dengan keadaan yang tidak terurus. Ada kesan darah juga pada tapak kakinya dilantai. Saki risau terjadi sesuatu yang buruk pada abang." Jelas Saki menghirup kopi yang telah dicampur aduk dengan teh hijau.

Saki menuang kopi itu didalam cangkir kecil dan menghulurkan kepada bapanya.

"Uhmm... Kita tidak pasti dimana abang kau berada ketika ini, tetapi mimpi kamu itu menandakan abang kamu dalam keadaan tidak baik. Bapa juga risau, Saki." Kata bapanya meneguk air kopi tersebut.

Sebatang rokok dikepilkannya dibibir.
Saki menunu hujung rokok itu mengunakan putung rokoknya.

Asap kepulan rokok menerawang disekitar mereka.

"Macam mana ni bapa, haruskah Saki pergi mencari abang lagi dikampung lain?" Tanya Saki memecahkan kebuntuhan mereka.

"Bapa sudah bertanyakan pada orang-orang kampung diseberang sana, tetapi semua jawapan yang mereka berikan sangat menghampakan.  Semenjak ketiadaan kau disini, bapa juga berjalan ke hulu ke hilir  mencari dia, tetapi hampa." Ujar bapanya mengeluh kecil. Rokok asap dihembusnya kuat.

"Tidakkah seorang pun sahabat abang tahu dimana abang pergi?" Tanya Saki kehairanan.

"Bagaimana dengan rakan baik abang, Igawa kun? Dia dimana sekarang?" Tanya Saki lagi.

"Oh, bapa hampir terlupa dengan lelaki gempal tu. Cuba besok pagi kau pergi kerumahnya. Mana tahu, dia tahu dimana abang kau menghilang." Jawab bapanya.

"Baiklah, besok Saki pergi menjengkuk dia. Bapa, marilah kita tidur, sudah larut malam. Tidak baik untuk kesihatan bapa."  Kata Saki memapah bapanya masuk kedalam rumah.

"Ah...",  jawab bapanya perlahan dan membuntuti anak lelakinya masuk bersama.

"Tidurlah bapa, besok Saki usahakan mencari abang. Oyasumi." Kata Saki menutup pintu bilik bapanya.

Saki kemudian masuk kedalam bilik abangnya. Keadaan didalam bilik itu agak menyeramkan, sarang labah-labah melitupi dinding serta tingkap bilik berkenaan.

"Dah berapa lama bapa tidak bersihkan bilik ini? Bapa ni...."

BURAKUMIN s1(COMPLETED)Where stories live. Discover now