Zariq Umar yang selalu on off dalam hidup Iman Dahlia (Dee) betul-betul membuat Dee berada dalam confuse. Pemuda cukup pakej itu turut ramai peminat, tidak kalah juga dengan kembarnya, Zaqif Amar. Runsing Dee memikirkan semua itu dan tersepit dengan populariti dua kembar seiras itu. Dalam diam-diam, mekar cinta diantara mereka bertiga yang menyebabkan tercetus cinta tiga segi dan masing-masing memendam rasa cinta sehingga menjerat diri mereka dalam diam. Zaqif Amar bukan seorang mamat cintan-cintun dan beku. Dia selalu di sisi Dee dan serasi bersama Dee. Tanpa dia sedari, mekar cintanya terhadap Dee. Namun, demi persahabatan mereka dan kembarnya, dia rela melupakan dan memendam rasa. Hanya angkara fitnah orang ketiga, hubungan rapat mereka mula goyah dan retak sehingga menimbulkan dendam di antara mereka. Satu peristiwa yang terjadi menyebabkan hidup mereka musnah, dilanda ribut taufan dan tidak tenteram. Hanya kerana ego lelaki yang dipertahan juga, persahabatan mereka terputus dan masjid yang dibina musnah dalam sekelip mata. Adakah persahabatan tetap terjalin sehingga ke akhirnya atau terputus angkara fitnah orang ketiga dan keegoan mereka? Adakah sinar bahagia untuk dirinya setelah harga dirinya dipijak sesuka hati? Mampukah dia pertahankan persahabatan mereka setelah maruah dirinya dirampas sesuka hati? Mampukah dia bertahan melawan ego lelaki yang setinggi gunung itu? Mampukah cinta dan kasih sayang meruntuhkan ego mereka? Siapakah yang berjaya memiliki hatinya? Adakah persahabatan yang suci tetap dipertahankan atau dibiar mati begitu saja?