GAVRIEL

By Lollysnow

2.4M 192K 14.7K

(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelat... More

GAVRIEL
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34 🔞
BAB 35 🔞
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62(❄️)
EPILOG
ANGEL EYES 1
ANGEL EYES 2
ANGEL EYES 3
ANGEL EYES 4
ANGEL EYES 5
ANGEL EYES 6
ANGEL EYES 7
ANGEL EYES 8
ANGEL EYES 9
ANGEL EYES 10
ANGEL EYES 11
ANGEL EYES 12 (END)
💔
EBRA

BAB 52

26.3K 2.6K 200
By Lollysnow

Kunci dimasukkan sebelum tombol pintu dipulas menghasil bunyi keriukan. Malam itu, suasana agak bising dari biasa, penduduk bekejaran memberi tentera makanan dah mengubati mereka tanpa kira dari mana mereka berasal.

"Masuklah." Maria hulur senyum tawar buat tiga jejaka itu. Sepanjang perjalanan kerumahnya, tiada sepatah kata keluar dari mulut mereka bertiga. Semua masih terkejut dengan berita terbaru itu.

Rowen pertama yang melangkah diikuti Jett dibelakang. Noah memandang Maria sekilas sebelum turut menolak tubuh isterinya kedalam. Maria menutup daun pintu sebelum menanggalkan cardigan dipakainya lalu disangkut pada dinding. Kunci rumah juga diletak disitu.

Lengan disisin sebelum dia berpaling memandang Rowen dan Jett tidak berkutik melihat ke arah sofa. Ada apa disana? Maria menjenguk sebelum sebelah keningnya terjungkit melihat Syira terlelap kepenatan disofa itu.

"Oh! Maaf, saya lupa nak cakap yang rumah ni kami berkongsi tiga." Maria melangkah masuk ke dalam sebuah bilik sebelum keluar bersama sehelai comforter di tangan. Tubuh Syira yang berpakaian putih diselimuti. Baju Syira ada tercalit darah mungkin belum sempat gadis itu bersihkan.

"Maria..." Serak suara Syira memanggil apabila dapat menangkap wajah seseorang dekat dengannya.

"Syira, kau penat. Rehatlah." Ujar Maria.

Syira melepas keluhan berat sebelum tangannya naik melihat jam tangan, seketika matanya membulat.

"Aku dah lambat!!" Syira bangun menyentak buat semua disitu terpinga-pinga memandangnya.

"Aku terlebih tidur." Rasa mahu mengutuk diri sendiri. Syira mengikat rambutnya sebelum bingkas bangun, sempat matanya menangkap tiga orang lelaki disitu.

"Kau nak kemana?" Soal Maria hairan.

"Aku sepatutnya masuk bertugas malam ni. Ada ramai lagi tentera yang perlukan rawatan." Syira mengeluh, dia antara doktor terbaik di Timur Feyre sudah pasti khidmatnya diperlukan.

"Oh, okay."

"Aku mandi dulu." Syira menunduk kepala menyapa tiga lelaki itu.

Belum beberapa langkah dia ke biliknya, Syira kembali berpaling memandang Maria. Kerutan terbentuk di dahinya.

"Maria.. Kau nampak bertenaga...?" Mendatar suara Syira menegur. Maria gigit bibir mengalih anak mata.

Terdengar keluhan dari bibir Syira.

"Nak buat macam mana, kita dalam keadaan, tiada pilihan. Tapi Maria, vitamin tu tak boleh terlalu kerap digunakan. Hanya 3 kali untuk trimester pertama. Lebih dari itu, anak kau mungkin tak dapat diselamatkan." Sempat Syira meninggal pesan sebelum kembali melangkah kebiliknya.

"Ya aku tahu, terima kasih." Suara Maria mendatar.

"Vitamin apa yang dia katakan?" Soalan dingin Noah buat Maria tersentak.

"Nanti saya akan beritahu awak, sebelum tu.. Saya akan tunjukkan bilik Jett dan Rowen." Maria mengalih topik, dia tahu keadaan Noah masih tegang. Dia tak mahu menambah beban di kepala lelaki itu.

Rowen dan Jett berpandangan sesama sendiri, buat masa ini, Timur Feyre itulah penempatan sementara mereka sehingga James tiba esok memberi arahan baharu.

"Rumah ni, dihuni saya, Lyra dan Syira sebelum ni. Ini bilik Lyra." Maria bergerak menolak daun pintu. Bilik kecil yang kemas dan hanya berkatil single.

"Ya memang agak kecil, tapi saya harap Jett dan Rowen selesa." Maria senyum nipis memandang lelaki-lelaki itu.

"Ini bilik Lyra?" Rowen melangkah masuk terlebih dahulu sebeluk mencapai bingkai gambar di atas meja. Ada wajah Lyra, Maria, Aria yang masih remaja dan beberapa orang teman mereka. Senyuman gadis itu sangat lebar tanpa mereka sedar saat ini segalanya sudah berakhir.

"Ya, ini bilik Lyra.." Suara Maria kedengaran berbeza.

"Kat sini ada tilam yang boleh kamu berdua gunakan untuk tidur di lantai." Maria tunjuk almari baju Lyra. Rowen dan Jett serentak mengangguk.

"Oh ya.." Belum sempat Maria melangkah keluar dari bilik itu, dia kembali berpaling memandang Rowen dan Jett.

"Lyra tak suka bilik bersepah, jangan sepahkan bilik dia." Pesanan terakhir Maria buat Rowen dan Jett termanggu seketika. Rowen terlebih dahulu melepas keluhan berat sebelum kembali meletak bingkai gambar di atas meja.

Jika itu yang Lyra tidak sukakan, dia akan lakukannya kalau itu yang dapat mengembalikan gadis itu semula. Tapi nampaknya ia tidak mungkin berlaku.

"Awak rehat lah dulu, ini bilik saya." Maria menunjuk biliknya pada Noah. Lelaki itu sekadar mengangguk tanpa bicara.

"Katil ni kecil, awak boleh gunakan katil saya.."

"Awak?" Noah memotong buat Maria terkelu.

"Awak nak tidur dengan saya?" Soal Maria kembali. Dia cuma tidak mahu mengganggu rehat lelaki itu, lagipun Noah pasti penat, dan katil biliknya juga single.

Noah diam hanya menatap wajah isterinya.

"Katil kecil, jadi saya akan gunakan bilik Syira."

"Saya nak tidur dengan awak malam ni." Ringkas Noah membalas buat Maria laju mengangguk kepalanya.

"Baik!"

"MAK CIK dengar ada tentera Gavriel menginap disini?" Soal seorang wanita tua dimuka pintu, Syira yang sudah bersiap ingin bertugas mengangguk kepalanya.

"Ya, dia suami Maria dan dua orang teman mereka." Balas Syira sopan.

"Baguslah begitu, Mak Cik ada bawakan makanan untuk mereka. Silalah makan." Wanita itu menghulur bungkusan makanan. Syira tersenyum seraya menyambut hormat.

"Kamu sudah mahu bertugas Syira?"

"Ya saya.." Sekali lagi Syira mengangguk.

"Jangan lupa makan. Terima kasih." Sebaik senyuman terukir di bibir, wanita itu berlalu kembali ke rumahnya.

"Terima kasih.." mengendur suara Syira. Sungguh dia terharu.

"Kenapa tu?" Tersentak Syira dimuka pintu disapa tanpa salam. Dia berpaling memandang seseorang dari teman Maria mendekatinya.

Tapi dia tidak kenal nama lelaki itu.

"Ada penduduk kirimkan makanan untuk kamu semua, makanlah." Syira menghulur bungkusan makanan itu kepada Jett. Jett mengangguk menyambutnya. Mata memandang Syira dari atas kebawah sebelum matanya menangkap logo Lorcan di pergelangan baju dipakai gadis itu.

"Kau juga Lorcan?" Soal Jett tiba-tiba.

Seperti menangkap apa dilihat Jett, Syira menoleh memandang lengan bajunya.

"Ya, aku tentera dan aku juga doktor di dalam misi." Terjawab persoalan di benak Jett.

"Aku diajar untuk menjadi tentera dan dibawa ke dalam misi dan medan perang jika perlu. Aku boleh berperang dan beri rawatan kepada tentera." Sambung Syira mendatar.

"Oh, aku bangga dengan kau." Jett hulur senyum tipis.

"Aku pergi dulu," Syira membalas senyuman sebelum berlalu keluar dari rumah kecil itu.

"Saya harap kamu semua selesa tinggal kat rumah ni." Jett berpaling melihat Maria yang baru keluar dari biliknya sambil menyanggul rambut dikepala.

"Nampaknya orang Timur Feyre sudah mula percayakan Gavriel.." Maria tersenyum melangkah mendekati Jett yang masih tegak memegang bungkusan makanan.

Sejak Remy tiada, mereka agak janggal sesama sendiri, tidak banyak berbicara ataupun berbual seperti selalu Remy yang banyak meriuhkan suasana. Tapi sekarang keadaannya tidak lagi seperti dahulu.

"Saya panaskan makanan dulu." Maria capai bungkusan makanan dari Jett lalu dibawa kedapur. Kaki Jett spontan mengikut langkah wanita itu.

"Maria.." Jett bersandar pada dinding memandang Maria kelihatan cergas menyediakan meletak makanan ke dalam bekas lalu dipanaskan.

"Ya?" Maria hulur senyum.

"Macam mana kau atasi rasa sedih kehilangan rakan pasukan kau dulu?"soal Jett mendatar, wajah Maria berubah. Dia mahu menangis, dia juga turut terkesan dengan kehilangan Remy.

Tapi bagaimana dia mahu menangis jika lelaki-lelaki yang selalu menjadi kekuatannya selama ini turut sedang berduka.

"Tuan Jett kan dah lama dalam ketenteraan, awak tak patut tanya soalan macam tu Jett." Suara Maria tidak bernada.

"Aku tak pernah kehilangan sesiapa sepanjang misi.."

"Awak ingat misi pertama saya dengan awak dan Tuan Remy juga yang lain?" Soal Maria buat Jett mengerut dahi lantas berpaling memandang gadis itu.

Maria senyum tipis.

"Di Pasar gelap?" Jett kembali mengaju soalan.

Maria menggeleng kepala.

"Dia Food Festival Khabi. Misi bawa Puan Adela."

"Oh aku hampir lupa." Jett tersenyum.

"Masa itu, Remy hampir korbankan diri dia untuk selamatkan seorang budak. Tapi mujurlah badannya masih memakai vest kalis peluru, jadi dia terselamat. Tapi bagaimana kalau Remy tak memakainya?"

Wajah Jett sedikit berubah cuba mengingat sesuatu.

"Mamaa... huarghh! Tsk tsk! Mama!!" Mata Remy membulat memandang seorang kanak-kanak ditengah-tengah jalan menangis mencari mamanya.

"Budak tu!" Mata Remy membulat melihat hujung senapang keluar dari tingkap bangunan.

"Jangan! Dia sengaja mengalih perhatian kita." Jett menahan bahu Remy.

"Tapi budak tu dalam bahaya."

"Remy dia hanya sasarkan Puan Adela. Jangan risau. Budak tu akan selamat." Terdengar suara Rowen di sebalik earphone mereka.

"Hubungi bantuan. Jett!" Suara Noah pula kedengaran.

"Baik."

Mata Remy tak lepas melihat hujung senjata api itu bergerak-gerak umpama mencari sasaran. Seketika matanya membulat sebaik gerakan itu berhenti dan menyasarkan pada satu arah.

Tak semena-mena tubuhnya bergerak sendiri menarik tubuh anak kecil itu dan..

Bang!

"Remy!" Telefon digenggaman jatuh ke tanah. Mata Jett tak lepas melihat tubuh Remy terkulai didepan mata.

"Remy.." Mata Noah membesar tidak percaya teman perjuangan seorang sudah jatuh. Maria ternganga, pandangannya terasa kelam.

"Ingat kita dalam misi! Jangan ikutkan perasaan! Musuh sengaja mengalih perhatian kita!" Suara Rowen kuat dalam getaran di sebalik earphone membawa Noah dan Jett ke alam nyata. Noah ketap gigi menahan diri.

"Walau sesiapapun menghalang dia korbankan diri semata-mata mahu selamatkan nyawa orang lain, Remy tetap bergerak sebab itu pilihan dia." Kata-kata Maria buat Jett tertunduk memandang lantai.

"Jadi janganlah pasang wajah begitu. Awak akan buat Remy kecewa dan menganggap pilihan lelaki itu salah. Awak patut berbangga Jett."

Tingg!!

Bunyi microwave kedengaran menandakan mereka sudah siap memanas makanan.

"Remy lambang seorang tentera yang berani, yang sanggup korbankan dirinya untuk puluhan tentera." Maria keluarkan makanan lalu diletak ke dalam dulang.

"Maria.." Maria berpaling memandang ke arah Jett.

"Terima kasih." Akhirnya dia dapat senyuman ikhlas di wajah lelaki itu. Maria angguk.

"Bagi aku bawa, kau mengandung. Bukanke badan kau lemah?" Soal Jett mendatar. Sekali lagi Maria gigit bibir. Adakah dia terlalu lemah selama ini sehingga perubahannya ketara malam itu?

"Ya, tapi kami ada cara untuk bertenaga. Tapi itu pilihan jika terdesak." Balas Maria malas. Jett tersenyum sinis seraya melangkah membawa makanan ke meja makan. Kelihatan Rowen di sofa sedang menilik sesuatu.

"Noah.." Jett akhirnya menyapa Noah yang baru keluar dari bilik. Satu senyuman tipis dihulur buat lelaki itu.

"Aku lapar." Ujar Noah tenang.

"Saya dah panaskan makanan. Awak dan Jett makanlah." Maria menggamir Noah untuk melabuhkan duduk di atas kerusi.

Noah mengangguk seraya berpaling memandang ke arah Rowen masih tekun di sofa.

"Itu buku lukisan Lyra. Lyra memang suka melukis jika dia pulang ke Timur Feyre. Dia memang berbakat dalam melukis." Maria menyapa Rowen yang kelihatan berkerut-kerut membelek kertas lukisan Lyra yang dia temui di bilik gadis itu.

"Tapi..." Rowen hela nafas berat. Buku lukisan Lyra dipaling.

"Ini muka aku." Muka tak berperasaan Rowen menunjuk lukisan wajah di dalam buku itu. Bodohlah jika dia tak kenal muka sendiri.

Mata Maria membulat, terkebil-kebil dia memandang lukisan itu.

"Semua wajah dalam lukisan ini. Wajah aku." Rowen membelek yang lain. Benar kata lelaki itu, lukisan di dalamnya wajah Rowen!

"Kenapa manusia selalu terlambat luahkan perasaan." Jett hela nafas berat sebelum mencapai makanan.

"Nampaknya macam tu lah." Noah menyambung dan turut bersama Jett menjamu selera. Mereka perlukan tenaga dan rehat secukupnya untuk agenda  seterusnya.

"Rowen.. saya tak tahu." Serba salah Maria pandang wajah kecewa Rowen. Lama Rowen mendiamkan diri menatap lukisan itu sebelum lelaki itu merengus dan bersandar kepala di sofa. Mata Rowen terpejam lama. Mungkin itu cara lelaki itu menenangkan diri.

.............................. . .

Hai! Ramai yang tak dapat terima kematian Remy. Maafkan sis ya! Kematian Remy memang sis sudah rancang di awal chapter. Hint pun sis dah bagi.

Di Bab 7 sis dah gambarkan Remy yang sanggup letak nyawa sendiri di hujung tanduk semata-mata mahu selamatkan seorang anak kecil.

Di bab 47, Remy ada rasakan sesuatu setelah mereka mula merentas sempadan ke Timur Feyre. Tangannya berpeluh dan Jett menyoal
"Sejak bila kau takut Remy?"

Dan di Bab 48 sis ada bagi hint yang Remy katakan.
"Aku lebih bangga mati di Timur Feyre, kerana aku terkenal kat sini." - Remy

Sehinggalah bab 51. Dari selamatkan budak kecil, Remy korbankan diri dia untuk selamatkan berpuluh-puluh tentera. Jadi Maafkan sis.🥺

Bagi sis, watak Remy adalah watak yang tak takut mati untuk selamatkan orang lain.

Perhaps Remy adalah watak paling bijak, nakal dan ceria dalam skuad Noah. Mungkin sebab tu kehilangan watak dia bagi impak sedikit. Tapi maafkan sis, kematian itu wujud dimana-mana. Kerana ia perkara yang pasti.

Pst.. Sis pon bersedih🥲

Continue Reading

You'll Also Like

1M 114K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...
432 67 13
(New version) Edward Tristan X Alana Adriana Kejadian itu telah dirancang. Dan semuanya berjalan dengan lancar. Namun. Mereka tidak berhenti di situ...
22.8K 1.3K 62
ENDYNA DAISHA atau lebih dikenali sebagai Dyna, merupakan gadis berumur 24 tahun, bekerja sebagai secret agent untuk Secret Police Agency JR (SPAJR)...
403K 23.4K 37
Darvel International High School atau singkatannya Darvel Int.High ialah sebuah sekolah elite yang menjadi idaman para pelajar. Pertembungan antara...