GAVRIEL

By Lollysnow

2.4M 192K 14.7K

(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelat... More

GAVRIEL
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34 πŸ”ž
BAB 35 πŸ”ž
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62(❄️)
EPILOG
ANGEL EYES 1
ANGEL EYES 2
ANGEL EYES 3
ANGEL EYES 4
ANGEL EYES 5
ANGEL EYES 6
ANGEL EYES 7
ANGEL EYES 8
ANGEL EYES 9
ANGEL EYES 10
ANGEL EYES 11
ANGEL EYES 12 (END)
πŸ’”
EBRA

BAB 43

28K 2.3K 362
By Lollysnow

Wajah lena itu sedikit berkerut apabila pergerakannya rasa terbatas. Perutnya rasa berat dihempap sesuatu. Dalam kantuk, perlahan-lahan kelompak mata dibuka sebelum tanganya meraba lengan yang melingkar kemas dipinggangnya. Maria cuba melepaskan lingkaran itu tapi keras. Makin dia menarik makin kuat pinggangnya dipeluk dari belakang.

Maria hela nafas berat sebelum perlahan-lahan bergerak mengiring menghadap suaminya. Wajah lena Noah ditatap lama. Noah kelihatan nyenyak sehingga dengkuran halus terbit. Maria senyum tipis. Perlahan-lahan tangannya naik ingin menyelak helaian rambut di dahi lelaki itu. Baru sahaja tangannya mendarat disitu, tangan Noah spontan bergerak menghalang tangannya.

Maria kerut dahi. Dengkuran halus tadi hilang diganti kelompak mata Noah yang perlahan terbuka memandangnya.

Melihat Maria di depannya, Noah melepaskan genggaman di pergelangan tangan isterinya sebelum dia mengemaskan pelukan.

"Awak sangat peka Noah." Puji Maria perlahan sambil kembali menyambung menyelak helaian rambut lelaki itu.

Noah diam lantas kembali memejamkan mata dari lena yang terganggu.

"Saya bangga dengan awak."

Cup!

Hangat terasa di dahi Noah. Maria senyum melihat Noah tidak beriak dikucupnya. Lama dia menatap wajah itu, Maria bangkit dari baringan dan serta merta Noah membuka kelompak matanya. Tubuh Maria ditahan dengan tangan.

"Saya nak ke toilet Noah.." Ujar Maria mendatar. Noah sejak dua menjak ini boleh dikatakan agar clingy, sukar untuk melepaskan dia kemana-mana. Kemana Maria pergi, dan kesitu lah lelaki itu akan terpacak.

Noah hela nafas berat lantas perlahan-lahan melepaskan rangkulan di pinggang isterinya. Sebaik Maria menghilang ke tandas, matanya beralih ke luar jendela, masih pekat gelap di dini hari. Mungkin sekarang baru pukul 3 atau 4 pagi.

Sejak peristiwa hari itu, Maria sudah tidak menyebut lagi tentang Timur Feyre. Ia bukan satu kelegaan buat Noah. Entah kenapa perasaanya rasa tidak enak dengan tingkah isterinya. Disebabkan itu buat masa ini dia harus berjaga-jaga. Dia tak mungkin kehilangan Maria lagi.

"Noah.." Maria menyapa Noah sebaik keluar dari bilik air. Noah kelihatan terkebil-kebil memandang ke luar jendela. Apa lelaki itu sedang menunggunya?

"Ya?" Serak basah suara Noah kedengaran sebaik berpaling menatap isterinya mengambil di sisinya.

"Awak tak sepatutnya risaukan saya." Maria membaringkan badan disebelah Noah yang tegak berbaring mendongak memandang syiling.

Noah diam tidak membalas selain memejam matanya. Dapat dia rasa tangan Maria bergerak melingkar di tubuhnya. Dia cuma mahukan saat-saat itu kekal buat selamanya.

•••

"Argh aku bosan!!" Remy mengeluh lantas meregang badannya. Bila ada misi penting dikatanya penat, bila tak ada dikatanya bosan. Dasar Remy si lelaki tak reti bersyukur.

"Rowen kau buat apa?" Soal Jett yang sedang bersandar tubuh pada dinding dengan secawan teh di tangan. Dari tadi matanya tidak lepas memandang Rowen yang tekun dengan wajah berkerut-kerut memerhati gambar di skrin komputer. Manakala Remy dibuli mereka menyiapkan segala laporan bulan lalu.

"Buang masa." Ringkas balasan Rowen buat Remy disebelah merengus lantas menaip kasar papan kekunci sehingga bunyi terhasil kedengaran kuat.

"Tuan Remy, yang ini ke?" Maria muncul dengan beberapa dokumen dibawa kepada Remy. Remy berpaling lantas mengangguk kepalanya. Bukan dia tak boleh membuli Maria untuk siapkan laporan itu tetapi. Pasti dia akan mati dikerjakan Noah. Dasar Kapten tak ada hati perut.

"Ini bukan kah kawasan perkampungan kaum Kanibal?" Jett merapati Rowen yang tekun menekan-nekan tetikus untuk zoom kawasan peta. Tetapi tiada hasil yang kelihatan.

Kawasan perkampungan kanibal terletak di sebalik pergunungan Feyre yang jauh berbatu-batu dari penempatan mereka. Tiada siapa yang pernah jejak ke situ, malah helikopter mahupun apa-apa penerbangan tidak melalui kawasan itu setelah dikhabarkan ada manusia yang mati dan tidak dapat kembali setelah ke perkampungan itu. Kawasan kanibal itu terkenal sejak berdekad-dekad dahulu sebelum Timur Feyre diserang lagi.

"Ya, tapi aku hairan, kenapa petanya dikaburkan?" Soal Rowen.

"Namapun orang tak pernah jejak kesitu. Siapa je boleh buat peta kawasan itu." Balas Remy mudah. Jett mengangguk kepala bersetuju.

Rowen jungkit bahu sebelum menekan butang pangkah. Dan sebaik itu juga mata Maria tertangkap sejarah carian Rowen. Ada yang tertulis, pangkalan Duvan. Kawasan tananan Duvan. Segala berkaitan dengan Duvan. Apa lelaki itu sedang cari sebenarnya?

"Kau cari tahu pasal Duvan lagi?" Tenang Jett menebak sebelum kembali bersandar pada dinding menikmati tehnya.

Rowen tidak membalas selain mengangguk sahaja kepalanya. Dia tahu apa yang dia buat adalah sia-sia. Maklumat Duvan tidak akan mudah mereka dapat begitu sahaja.

"Jadi buat apa kau pergi zoom dekat maps Kampung Kanibal tu?" Soal Remy hairan.

"Hanya kawasan itu yang dikabur kerajaan. Selain pangkalan tentera mereka. Mana tahu disana turut ada pangkalan rahsia mereka." Tenang Rowen menebak. Jett menggeleng kepalanya.

"Tak mungkin, perkampungan kanibal itu wujud berdekad sebelum pemerintahan kerajaan sekaran." Jett menyambung buat Rowen mengangguk sahaja kepala bersetuju.

"Sekejap.." Remy merapatkan jarak ke skrin komputer Rowen buat Maria berundur beberapa tapak kebelakang memberi ruang pada lelaki itu.

"Ini kedai makan?" Soal Remy. Apabila hasil carian yang ditemui Rowen mengenai Duvan hanya kedai-kedai makan.

"Aku tahu kau lapar Remy." Rowen menjenggil mata.

"Bukan macam tu lah!" Giliran Remy menjenggil mata memandang Rowen.

"Ini  senarai kedai makan dekat dengan pangkalan tentera Duvan. Dalam erti kata lain kedai makan ini selalunya akan jadi tempat tentera mereka melepak atau makan. Kau faham apa aku cuba sampaikan bukan?" Remy jungkit kening. Memang otak Remy lebih jauh kedepan dari sahabatnya yang lain.

Wajah Rowen berubah menjadi kendur lantas memandang skrin komputernya. Tak dinafikan apa yang ada di kepala Remy sekarang sudah selamat berpindah masuk ke dalam kepalanya.

"Jom makan?" Noah entah dari mana muncul tanpa bersalah mengajak temannya makan.

Remy menegak lantas bercekak pinggang memandang lelaki itu. Wajahnya bertukar bengis seperti menunggu masa menerkam si kapten kumpulan yang tak berhati perut.

"Kau hilang entah kemana Noah. Selepas itu ajak makan?!!" Soal Remy bengang. Apa tak nya dia yang dibuli buat segala laporan itu.

Noah tenang memeluk tubuh.
"Jadi?" Sebelah kening terjungkit memandang Remy. Rowen, Jett dan Maria memandang dua lelaki itu silih berganti. Ada riak gusar dalam wajah Maria, jika Remy dimarahi Noah atau Noah dimarahi Remy. Dan mereka bergaduh?

"Bagus idea kau. Aku lapar! Ayuh!!" Wajah bengis Remy dalam sesaat bertukar seperti kanak-kanak girang yang baru ditawarkan gula-gula. Dengan selamba Remy melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan kerja-kerjanya. Perut ditepuk beberapa kali menghiraukan pandangan jengkel memandangnya.

"Tch!" Rowen juling mata lantas bangun mengikut jejak Remy.

"Bagi aku kemas laporan kat sini dulu. Maria pergilah makan dahulu dengan Noah." Ujar Jett sebelum mengemas sisa kerja Remy di atas meja.

"Terima kasih Tuan Jett." Maria senyum tipis sebelum melangkah menghulur senyum manis buat suaminya.

"Jom." Noah memandang Jett sekilas lantas menarik tangan Maria berlalu dari situ.

Mata Jett bergerak memandang skrin komputer diguna Rowen. Satu senyuman tipis terukir dibibir. Rowen bukan orang yang bersungguh-sungguh jika tiada yang menolaknya untuk lakukan sesuatu perkara. Tapi kali ini, firasat lelaki itu bergerak sendiri.

Rowen mungkin risaukan Lyra..

"Puan!"

"Jangan buang masa saya. Dia dekat mana?" Wanita bertubuh langsing itu menanggalkan kaca mata hitam wajah. Menampakkan kecantikkan diri walau sudah agak berusia.

"Dia di dalam.." balas pengawal tentera itu.

Wanita itu sekadar memasang riak kosong sebelum melangkah masuk sebaik pintu sebuah bilik dibuka buatnya. Melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang di atas lantai, dia tersenyum sumbing.

"Hai gadis Timur Feyre..?" Rambut gadis lemah terkulai di atas lantai itu diusap lembut.

Perlahan-lahan gadis itu mengangkat kepalanya. Matanya sudah tidak mampu terbuka luas. Bengkak dan sembap.

"Si..a..pa k..au?" Tenggelam timbul suara itu buat wanita cantik itu tersenyum lagi.

"Sofea."

Continue Reading

You'll Also Like

100K 18.3K 31
Saat kau merasakan dirimu adalah sebuah beban, ada lagi yang merasakan dirinya adalah beban untuk segala-galanya. Darjat dan angka adalah segala-gala...
1.1K 91 22
Darya menjengket kaki sebelum mengusap rambut Aryan, "Dapatkan dia. Pergi lah. Arya tahu Aryan nakkan dia" "Macam kalau dia tak rasa apa yang Aryan r...
1.5M 91.9K 75
"π‘―π’π’˜ 𝑳𝒐𝒗𝒆 π‘ͺ𝒂𝒏 𝑩𝒆 𝑺𝒐 π‘ͺ𝒓𝒖𝒆𝒍 𝒀𝒆𝒕 π‘Ίπ’˜π’†π’†π’• 𝑨𝒕 𝑻𝒉𝒆 π‘Ίπ’‚π’Žπ’† π‘»π’Šπ’Žπ’†?" Tengku Adyan Hayder vs Qaireen Zenia TENGKU ADYAN HA...