Syurga Terindah ~jjk

By seonminaa

20.5K 2.2K 1.7K

[COMPLETE] Beautiful cover by @mochii_66 Inspektor JEON JUNGKOOK, seorang pegawai polis yang berasal dari neg... More

SYURGA TERINDAH
ST 1
ST 2
ST 3
ST 4
ST 5
ST 6
ST 7
ST 8
ST 9
ST 10
ST 12
ST 13
HELP MEH!
ST 14
ST 15
ST 16
ST 17
ST 18
ST 19
ST 20
ST 21
ST 22
ST 23
ST 24
ST 25
ST 26
ST 27
ST 28
ST 29
ST 30
ST 31
ST 32
ST 33
FINALE + EPILOG
TRAILER: SYURGA TERINDAH

ST 11

524 75 42
By seonminaa

●●●

"Ada musuh kat belakang! Tembak dia Luth!"

"Jap, Luth dah takda peluru!"

"Nah, ambik abang punya. Cepat tembak dia! Kita dah nak menang dah ni!"

"Bang! Ada orang datang!"

"Tu bukan team kita. Luth pergi belah kiri, abang pergi belah kanan. Cepat, cepat!"

Kecoh benar ruang tamu itu dengan jeritan Jungkook dan Luthfi yang sedang bermain video game. Mummy sudah menggeleng-gelengkan kepalanya. Seronoklah tu Luthfi sebab dah ada kawan nak main game sama. Kalau tak selama ni mummy dan daddy aje yang kena. Umur macam mereka manalah tahu main benda-benda macam tu.

"Mummy?" panggil Jannah sambil menuruni anak tangga.

"Dah siap?" soal mummy.

Jannah menggangguk kecil lalu bagasinya diletakkan ke tepi. Mummy pandang anak gadisnya dari atas hingga bawah. Senyuman manis terukir di bibir pucatnya. Sejuk sahaja hatinya melihat Jannah dengan penampilan barunya.

"Mana Adam?"

"Menang!" jerit Jungkook dan Luthfi serentak lalu mereka berpelukan.

Daddy yang baru sahaja menuju ke ruang tamu bersama Jasmin hampir sahaja terkena serangan jantung. Turun naik dadanya mengambil nafas. Kepala digelengkan bekali-kali.

"Boleh sakit jantung daddy dibuatnya. Haih budak-budak ni."

Luthfi tersengeh. Jungkook menggosok lehernya, malu. Baru dia sedar yang ini rumah orang.

"Abang memang terbaiklah. Tak sangka abang pro main game. Abang ipar Luth memang win!"

Bersungguh Luthfi berbicara. Jungkook senyum kekok. Kembang-kempis hidung dibuatnya. Malu pula apabila dipuji walaupun itu memang kenyataan.

"Adam."

Telinganya menangkap suara dari belakang. Jungkook bangun dari duduk lalu memusingkan badannya. Dia terpanar seketika. Melihat Jannah dengan penampilan barunya membuatkan lidahnya kelu. Hatinya menjadi tenang serta-merta.

Jannah yang berpakaian menutup aurat dengan selendang di kepala. Lagi-lagi selendang itu ialah pemberian yang pertama darinya. Benar-benar telah membuatkan dia hanyut dengan kecantikan wanita itu.

"Kalau nak lama lagi dalam bilik ya," sergah Jasmin bersama senyuman senget.

Lengan Jasmin dipukul mummy. Matanya tajam memandang wajah anak gadisnya memberi amaran. Walaupun di dalam hati menyokong kata-kata anaknya.

"Selamat berbulan madu angah, Adam," bicara daddy dengan senyuman manis.

"Bila dah balik sini pastikan angah dah berisi tau," selit mummy. Lebar sahaja senyumannya. Jannah dan Jungkook ketawa, kedengaran kekok.

"Eleh, mummy pun sama," ujar Jasmin perlahan. Dia mencebik.

"Kami pergi dulu." Jannah cuba mengelak. Tak boleh lama-lama. Nanti makin menjadi-jadi pula.

Tangan mummy dan daddy dikucup lembut. Badan kakaknya pula dipeluk erat. Sampai sahaja giliran Luthfi, namun Luthfi berpaling. Tidak mahu menyalam kakaknya. Ingin sahaja Jannah menendang budak tu masuk longkang.

"Luth, salam."

"Tak nak." Luthfi jelir lidah. Jannah tarik muka. Dia tunduk sedikit memandang Luthfi memandangkan adiknya rendah sedikit daripadanya.

"Eleh, Luth sebenarnya sedih kan sebab angah dah tak boleh kacau Luth," bicara Jannah, sengaja ingin mengusik. Luthfi menggelengkan kepala berkali-kali, cuba menafikan. Padahal riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia sedih Jannah tidak lagi duduk sebumbung dengannya.

"Dah dah. Tak payah mengada. Cepat salam. Angah dengan abang Adam dah lambat ni," bicara Jannah lagi. Namun Luthfi tetap berdegil. Matanya dilarikan dari memandang mata milik gadis itu.

"Luthfi," panggil daddy tegas.

Memandang wajah daddy yang dingin, nak tak nak terpaksa juga dia mencium tangan kakaknya walaupun hati ini berat untuk berpisah.

Jannah senyum nipis.

"Bye bye, tembam," sempat pipi Luthfi dicubit lalu dengan pantas Jannah melarikan diri menuju ke kereta.

"Angah!" Geram Luthfi dibuatnya.

Jungkook ketawa kecil dengan gelagat dua beradik itu. Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Haih, seronoknya ada adik. Bisik hati kecilnya. Maklumlah, dia anak tunggal. Siapa lagi dia boleh bergurau kalau bukan dengan ibu dan ayahnya.

"Assalamualaikum." Jungkook memberi salam sebelum kakinya melangkah keluar dari banglo itu. Namun panggilan bapa mertuanya membuatkan langkahnya terhenti.

"Adam, tolong jagakan Jannah untuk daddy, ya?" Mata daddy dipandang. Matanya jelas menunjukkan yang dia berharap. Jungkook senyum nipis.

"Insha Allah."

●●●

"Eomma tipu!" jerit Luna seperti mahu pecah satu rumah. Dia jalan ke hulur-hilir seperti orang hilang arah.

"Betul, Luna. Jungkook dah kahwin. Maafkan eomma..." bicara Puan Jeon serba salah. Mata sayunya memandang ke arah Luna yang seperti cacing kepanasan. Rambut gadis itu pun sudah tidak terurus.

"Eomma dah janji kan nak kahwinkan Jungkook dengan Luna! Tapi kenapa Jungkook kahwin dengan orang lain pula? Eomma penipu! Dasar penipu!" Luna teriak melepaskan amarah pada wanita separuh abad itu. Semakin rasa bersalah Puan Jeon dibuatnya. Dia pun tak sangka yang benda ni akan terjadi.

"Ini semua salah ibu dan ayah! Kalau ibu dan ayah tak ajak Luna ikut kau orang pergi overseas, benda ni takkan jadi! Jungkook takkan sempat kahwin dengan orang lain! Jungkook akan kahwin dengan Luna! Hanya Luna!" Makin meninggi suara gadis itu. Terbutang mata mereka dibuatnya. Tak pasal-pasal mereka pula yang disalahkan.

"Apa salah kami pula? Luna yang nak ikut. Kami tak paksa pun," ujar si ayah, cuba menyedarkan anaknya. Dah serupa orang gila pula.

"Terimalah kenyataan, Luna. Jungkook bukan jodoh kamu. Cinta tak boleh dipaksa..." bicara ibunya lembut. Namun Luna seperti orang hilang waras. Dia menjerit histeria lalu pantas kakinya manaiki anak tangga menuju ke biliknya. Kedengaran pintu dihempas kuat membuatkan mereka semua yang berada di ruang tamu itu terkejut.

Si ayah menggelengkan kepala berkali-kali. Kesal dengan sikap anak gadisnya hanya sebab seorang lelaki.

"Aku minta maaf ya Junha dengan sikap anak kami tu. Aku pon tak tahu kenapa dia tergila-gilakan sangat dengan anak lelaki kau. Tak sangka pula dia boleh mengamuk sampai macam tu sekali. Haih." Si ibu mengeluh berat. Kepala dipicit-picit perlahan. Pening kepala dibuatnya.

"Takpa. Salah aku juga. Aku yang bagi harapan dekat dia. Aku harap dia tak apa-apa," jawab Puan Jeon tenang. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia rasa bersalah.

"Nanti dia okeylah tu," ucap si ayah pula. Cuba menyedapkan hati wanita separuh abad itu, merangkap kakak iparnya.

Puan Jeon hanya mengangguk kecil.

●●●

Suasana di Nook Cafe yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah menjadi tenang apabila tidak begitu ramai pelanggan melawat di situ. Memandangkan hari ini adalah hari pekerjaaan, jadi tidak hairanlah suasana di cafe itu agak sunyi.

Mata Jannah tertumpu pada Jungkook yang sedang memesan dessert di kaunter yang tidak jauh darinya. Bibirnya bergaris senyuman. Melihat gerak-geri lelaki itu sahaja sudah membuatkan dirinya tersenyum-senyum sendiri. Lelaki yang sudah pun jadi suaminya. Sah! Dia memang sudah tergila-gilakan lelaki itu.

"Jannah?"

Sedang matanya fokus memandang Jungkook, tiba-tiba seseorang menegurnya membuatkan dia tersedar dari lamunan. Terkebil-kebil dia memandang seseorang yang sedang berdiri disebelahnya. Matanya terus terbutang luas saat melihat wajah gerangan itu.

"Kim Seokjin worldwide handsome!" ucap Jannah hampir menjerit. Teruja benar nampaknya. Lelaki yang berwajah tampan itu, Kim Seokjin menghamburkan tawa.

Jungkook terus memalingkan wajahnya memandang Jannah apabila terdengar suara isterinya. Dahinya berkerut melihat Jannah yang sedang berbual dengan seseorang. Berbual dengan seorang lelaki yang dia tak kenal. Tambahan pula riak Jannah yang kelihatan gembira membuatkan satu perasaan aneh muncul di dalam dirinya. Iaitu perasaan cemburu.

"Eh duduklah," ajak Jannah lalu Seokjin duduk dihadapan gadis itu bersama senyuman menawannya. Senyuman yang pasti dapat mencairkan hati mana-mana wanita.

"Kau masih panggil aku dengan panggilan tu?" soal Seokjin bersama ketawa kecil.

"Mestilah! Kim Seokjin worldwide handsome. Gelaran tu melekat dekat diri kau dari zaman universiti lagi. Sampai dah jadi pelakon terkenal dah pun. Tapi aku tak sangkalah kau dah jadi pelakon. Tak bagitahu aku langsung pun kan?" bicara Jannah bersemangat serupa makcik bawang. Wajahnya dicebikkan.

Terhambur gelak Seokjin dibuatnya.

"Apa reaksi kau bila kau nampak aku dekat TV?"

"Terkejut beruk aku weh! Tak sangka budak sombong masa zaman universiti dulu dah jadi pelakon terkenal. Gila tak terkejut aku. Kak Jasmin lagilah. Dia sampai tengok TV dekat-dekat semata-mata nak pastikan yang laki tu kau atau tak."

Teringat pula zaman universiti mereka. Kali pertama Jannah dan Jasmin bertemu dengan Seokjin ketika mereka belajar di Korea dahulu. Sombong yang amat! Nak pandang muka pun tak nak. Tapi bila dah rapat, berat pula ingin berjauhan.

"Sebab budak sombong ni lah kau orang jadi famous, okay."

Jannah tarik muka. "Perasan."

Tawa tercetus antara mereka sebelum Jannah menyambung bicaranya.

"Kau buat apa dekat Sabah ni?"

"Shooting untuk drama baru aku."

"Oh! Drama baru kau yang tajuk 'False Perfection' tu, kan?"

Sedang mereka rancak berbual, tiba-tiba Jungkook datang bersama sepotong kek di tangan. Dia mengambil tempat disebelah Jannah. Masam sahaja wajahnya ketika itu.

"Abang tak tahu Jannah suka perisa apa jadi abang beli je kek perisa banana milk," ucap Jungkook lalu memberikan sepotong kek pada isterinya. Jungkook melirik sedikit ke arah Seokjin dengan pandangan tajam. Tidak senang dengan kehadiran lelaki itu.

"Thank you. Abang tak makan apa-apa ke?"

Lelaki itu menggelengkan kepalanya.

"Kenyang," jawab Jungkook sepatah. Sebenarnya dia sudah memesan aiskrim mint chocolate. Disebabkan dia sudah tidak tahan melihat Jannah dan Seokjin yang sedang berbual mesra, jadi dia terpaksa membatalkan pesanannya lalu bergegas mendekati mereka dengan sepotong kek di tangan.

"Banana milk? Kau bukan ke tak suka perisa tu?" soal Seokjin pada Jannah. Soalan itu membuatkan Jungkook rasa bersalah. Kalau dia tahu Jannah tak suka perisa itu, pasti dia tak akan beli perisa banana milk untuk isterinya.

"Tak apa. Disebabkan my beloved husband yang beli, jadi perisa banana milk dah jadi favorite aku." Bibir Jannah bergaris senyuman manis lalu menyuapkan kek ke dalam mulutnya.

"Husband? Kau dah kahwin?" Seokjin nyata terkejut.

Jannah mengangguk yakin.

"Yup! Kenalkan, this is my beloved husband. Jeon Jungkook atau nama islamnya Adam Darwisy Jeon. Dan abang, kenalkan ini Kim Seokjin. Kawan Jannah zaman universiti dulu."

"Hai, aku Seokjin." Tangan dihulurkan. Lambat-lambat Jungkook menyambut hulurannya.

"Jungkook."

Seokjin pandang sekilas wajah lelaki itu. Dia tahu, lelaki itu sedang cemburu dengannya.

"Patutlah kau bertudung bagai. Dah kahwin rupanya. Tough betul laki kau."

Jannah senyum malu. Namun Jungkook hanya memekakkan telinga. Matanya sibuk menghadap skrin telefon. Cuba mengawal perasaan cemburunya.

"I should go now. Aku ada shooting lepas ni." Seokjin sudah bangun dari duduk.

"Kau tak order apa-apa ke?" soal Jannah.

Seokjin geleng.

"Aku dah lambat. Bro," panggil Seokjin sambil menghulurkan tangannya pada Jungkook. Dengan terpaksa Jungkook menyambut huluran lelaki itu. Seokjin senyum nipis.

"Aku dengan dia kawan je, bro. Aku pergi dulu," sempat Seokjin berpesan pada Jungkook sebelum dia beredar dari situ.

Namun Jungkook buat tak endah. Dia hanya mendiamkan diri membuatkan suasana di cafe itu menjadi sunyi.

●●●

Mata Jungkook fokus menonton rancangan televisyen di hadapannya sambil bersandar di katil. Namun fikirannya melayang ke tempat lain.

Wajah lelaki yang dia jumpa petang tadi, Kim Seokjin masih segar di ingatan. Jungkook sendiri mengaku yang lelaki itu memang kacak. Tambahan pula lelaki itu kaya, jauh berbeza darinya yang hidup bersederhana sahaja.

Jadi tak mustahil kalau Seokjin dan Jannah ada hubungan istimewa. Kalau nak dipadankan, memang Jannah lebih sesuai dengan lelaki itu daripada dirinya. Sama padan dan sama taraf.

Jungkook mengeluh berat. Kenapa dia perlu berfikiran negatif? Adakah kerana dia sudah benar-benar sayangkan gadis itu?

Terlihat Jannah baru sahaja keluar dari tandas lalu menuju ke katil. Tak semena-mena jantungnya berdegup laju. Jungkook duduk tegak, cuba berlagak tenang.

Jannah bersandar di bahu Jungkook dengan mulut tertutup. Telefon pintar menjadi tumpuannya. Jungkook pandang sekilas isterinya. Dia menarik nafas dalam sebelum dia berbicara.

"Jannah."

Jannah angkat muka lalu memandang wajah Jungkook.

"Hm?"

"A... abang nak tanya sikit, boleh?" soal Jungkook gagap. Gementar benar nampaknya.

"Boleh. Tanyalah."

"Siapa lelaki yang kita jumpa dekat cafe petang tadi?"

Jannah fikir sejenak.

"Oh! Seokjin. Kan Jannah dah cakap yang Seokjin tu kawan Jannah zaman universiti dulu."

"Kawan? Awak pasti dia cuma kawan? Bukan ex boyfriend?"

Dahi Jannah berkerut. Dia duduk tegak lalu memandang tepat ke arah mata Jungkook. Mata Jungkook jelas menunjukkan yang dia risau dan cemburu.

"Apa ex boyfriend pula. Dia memang kawan je. Tak percaya tanya along. Kita orang bertiga kawan rapat dulu."

Lama Jungkook berdiam. Entah kenapa, hatinya tak tenang. Jannah senyum senget.

"Are you jealous, Mr. Adam?" Jannah sekadar meneka. Pantas Jungkook menggeleng.

"Tanya aje. Nak pastikan," nafi Jungkook. Namun dalam diam cuba mengawal perasaannya. Jannah mencebik. Lalu bahu Jungkook menjadi tempatnya untuk bersandar.

"Tapi kalau boleh abang tak nak awak jumpa dia lagi," sambungnya. Jannah terus angkat muka memandang wajah Jungkook yang sedang fokus menonton televisyen.

"Why?"

"Sebab Jannah tu dah ada suami. Jadi kalau orang lain nampak tak manis."

Sekali lagi Jannah mencebik. Bukan dia tak tahu yang suaminya itu sebenarnya cemburu.

"Alasan! Abang sebenarnya jealous, kan?" soal Jannah, sengaja ingin mengusik. Wajah Jungkook yang berkulit putih itu perlahan-lahan bertukar menjadi kemerah-merahan akibat malu.

"Mana ada."

Bibir Jannah bergaris senyuman. Melihat wajah suaminya lama, tiba-tiba jadi comel pula. Ingin sahaja pipi tembamnya dicubit-cubit. Geram!

"Yelah, Jannah dah tak jumpa dia. Puas?"

Jungkook cuba menyorok senyumannya. Sekarang hati dia tenang. Tak perlu lagi dia risau jika Jannah akan berubah hati. Kerana dia tahu, gadis itu akan setia dengannya.

"Abang, Jannah nak kerja, boleh tak?"

Terus Jungkook pandang tepat ke arah mata hezel milik isterinya. Dia agak terkejut dengan soalan itu.

"Kerja apa?"

"Fashion designer. Nanti daddy boleh tolong belikan butik. Tinggal nak dapat kebenaran dari abang je. Boleh kan?"

Tiada apa-apa respon daripada Jungkook membuatkan Jannah hairan. Kalau nak diikutkan, memang Jungkook tak kasi. Dia takut. Takut jika musuh Dato' Jafar akan mencari Jannah apabila dia tiada bersamanya. Tempat yang lebih selamat adalah duduk di rumah. Lagipun dia sudah berjanji. Dia tidak mahu mengecewakan bapa mertuanya yang betul-betul berharap padanya.

"Tak payahlah. Gaji abang cukup aje nak sara keluarga kita." Jungkook beri kata putus. Jannah hanya mengangguk setuju. Jungkook pandang Jannah sekilas. Rasa bersalah pula.

"Jannah tak rasa kena kongkong ke?" soal Jungkook berhati-hati. Laju Jannah menggeleng. Dia tersenyum manis pada suaminya.

"Mummy kata kena dengar cakap suami. Sebab, suami Jannah tahu apa yang terbaik untuk Jannah."

Jungkook tersenyum. Terharu dengan kata-kata isterinya. Terasa diri ini tidak layak pula bergelar suami untuk si dia. Jannah terlalu sempurna untuk dirinya. Jika dia tahu kebenaran, adakah aku akan ditinggalkan? Soal Jungkook sendiri.

"Terima kasih, Jannah."

Tiba-tiba Jannah tarik muka.

"Ish, abang ni tak sweet lah."

Dahi Jungkook berkerut. "Apa?"

"Ashik panggil Jannah aje."

"Habistu nak panggil apa?" soal Jungkook masih bingung.

"Cuba panggil Jannah dengan panggilan manja sikit. Macam... baby? Sayang? Kan sweet tu."

Jungkook ketawa, kedengaran kekok.

"Tak payahlah. Panggil Jannah pun dah okey. Lagipun tak biasalah nak bersayang bagai," bicara Jungkook. Masih lagi cuba mengelak. Bukan apa. Dia cuma tak mahu terlalu sayangkan gadis itu. Kerana dia tahu, suatu hari nanti dia yang akan sakit.

"Atau..." bicara Jannah seakan berbisik. Tiba-tiba dia semakin mendekati suaminya hingga Jungkook bersandar ke belakang. Jungkook jadi panik. Wajah Jannah yang terlalu dekat dengannya membuatkan jantungnya berdebar tak tentu arah. Wajahnya semakin kemerahan seperti tomato.

Jungkook cuba melepaskan diri namun Jannah telah menguncinya membuatkan dia tidak boleh bergerak. Matanya dengan mata Jannah bertemu. Hanya Tuhan yang tahu betapa lajunya debaran ini.

"... do you want me to teach you, sayang?" bisikan Jannah kian halus menerpa ke gegendang telinganya. Jungkook seakan terbuai seketika. Namun cepat-cepat dia cuba menyedarkan dirinya. Matanya tertutup rapat.

Jannah ingin mendaratkan bibirnya pada bibir Jungkook namun pantas Jungkook mengelak. Jannah jadi hairan. Perlahan-lahan dia menolak bahu Jannah agar menjauhinya. Kemudian terus Jungkook menyembunyikan dirinya di bawah selimut lalu baring mengiring membelakangi isterinya tanpa sebarang suara.

Lidah Jannah kelu. Dia kecewa dengan tindakan Jungkook sebentar tadi. Seakan tiada perasaan sayang langsung terhadap dirinya. Namun, dia tidak akan mengalah. Dia tetap akan membuatkan lelaki itu jatuh cinta padanya sepertimana dia cintakan lelaki itu.

Kerana... hanya kau yang aku cinta, Adam Darwisy Jeon. Luah isi hatinya.

-TBC-

VOTEMENT
TRIMAS

______________________________________

Luna tu dah gila ke?

Siapa nak Luthfi buat face reveal?

Nanti aye buat face reveal okey. Hope you guys enjoy ♡

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 93.8K 53
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
298K 13.6K 15
"Saya Mira Adriana, awak?" "awak!" Budak nerd itu berpaling, kerana malu mendapati dia sedang berangan. "aahhh..yyy..aa" jawab budak nerd itu dengan...
119K 4.4K 33
'Cinta yang dikejar tidak semestinya dimiliki.Namun cinta tidak pasti itu tidak terkecuali dari hidup kita sebagai manusia' Sya dan Izzkhairin yang b...
4.1K 602 48
❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa ekspresi, tatapannya dingin dan rahsia Ha...