2. DERN

By swnhenners

1.4K 257 16

As known as MY BEAUTIFUL CHEF DERN (adj.) Secret, hidden, dark HUD ASYRAFF dan DAIYAN ZINNIRAH, dua insan... More

S a t u
T i g a
E m p a t
L i m a
E n a m
T u j u h
L a p a n
S e m b i l a n
S e p u l u h
S e b e l a s
D u a b e l a s
T i g a b e l a s
E m p a t b e l a s
L i m a b e l a s
E n a m b e l a s
T u j u h b e l a s
L a p a n b e l a s
S e m b i l a n b e l a s
D u a p u l u h
D u a p u l u h s a t u
D u a p u l u h d u a
D u a p u l u h t i g a
D u a p u l u h e m p a t
D u a p u l u h l i m a
D u a p u l u h e n a m
D u a p u l u h t u j u h
D u a p u l u h l a p a n
D u a p u l u h s e m b i l a n
T i g a p u l u h
T i g a p u l u h s a t u
E p i l o g

D u a

103 17 2
By swnhenners

Dee meletakkan fail kulit keras di atas meja Daniel. Ada dua fail yang dia sudah siapkan. Hanya tinggal disemak dan dicop saja.

"Nah, kau check lah!"

"Okay," mendengar balasan dari angahnya, Dee terus berpaling menuju ke meja.

Belum sempat dia duduk, lelaki itu memanggilnya semula.

"Oh, aku dengar the musketeers cake kau popular," Dee mengangguk. Betullah tu. Setiap hari, habis saja kek itu.

Banyak juga feedback yang menarik. Dengan feedback itulah mereka jadikan sebuah album dan letak di hadapan kedai. Biar pelanggan mereka membuka dan membaca.

Dee mengambil apron yang tersangkut di belakang pintu dan dilekatkan di tubuhnya.

Pintu bilik itu ditarik dan kaki melangkah keluar ke kaunter. Spray sabun dan kain bersih di ambil untuk mengelap meja.

Ting!

Bell berbunyi tanda pintu dibuka. Dee masih meneruskan kerjanya.

Tiba-tiba bahunya dicuit dari belakang membuatkan dia mengalihkan badan ke tepi.

Sangkanya mungkin pelanggan itu mahu duduk di situ.

"Bagi aku one slice the musketeers cake and latte," Dee berkerut melihat lelaki di hadapannya.

Buta ke apa? Dah tulis besar-besar sila order di kaunter!

Dee pandang lelaki itu. Muka handsome dah dengan spek mata hitam yang terletak elok dihidung lelaki itu.

Tetapi sayang, buta!

"Encik, dekat situ dah tertulis besar-besar. Sila order di kaunter," lelaki di hadapnnya tersenyum sinis. Melihat senyuman itu membuatkan dia rasa familiar dengan muka lelaki itu.

Tetapi di mana ya? Dee ingin mengabaikan lelaki tenuk itu. Belum sempat melangkah lelaki itu bersuara semula.

"Customers always right Cik Daiyan!"

Daiyan merengus geram dan berlalu mengambil pesanan lelaki tadi. Hud senyum sinis.

Makanan yang dipesan Hud di letak kasar dihadapan lelaki itu. Setelah dia lihat lelaki itu membuka spek mata hitamnya, barulah dia tahu.

Itulah Hud Asyraff. Lelaki yang cuba samannya seminggu yang lalu. Dan hari ini lelaki itu muncul kembali.

Daiyan berlalu dan mengelap meja lain. Belum sempat dia ke meja yang kedua, suara Hud kedengaran lagi.

Semua pelanggan memandang ke arahnya dan Hud. Dee menghentakkan kaki. Apalagi yang mamat ni nak?

"Tak sedaplah the musketeers cake ni. Aku nak salted egg chicken!" Dee terpinga-pinga. The hell. Dia kata tak sedap sedangkan kesemua feedback mengatakan sedap?

"Encik, jangan menyusahkan saya di sini boleh?"

"Cik Daiyan, for your information. Kalau pelanggan you nak apa dia minta, you kena tunaikan. Kalau tak, baik tak payah buka cafe," herdik Hud. Bukan kek itu tidak sedap. Tapi dia saja mahu mengusik gadis itu.

Kebetulan pula Daniel lalu ke kaunter dan melihat adiknya bersama Hud.

"Kenapa pula ni?"

"Kek ni tak sedap," Daniel terkejut. Okay ini pelanggan pertama yang cakap kek tu tak sedap.

"Tak apa, aku tukar dengan yang lain. Kau nak apa?"

"Salted egg chicken!" Daniel berlalu mengambil salted egg chicken untuk Hud. Tetapi malangnya dah habis.

Dia pergi ke meja Hud semula. "Sorry Hud, dah habis!"

"Oh kalau dah habis, suruh adik kau buat lain!" Daniel menghela nafas. Apahal perangai Hud ni lain macam pula?

Tetapi Daniel mengikut saja. Dia memujuk adiknya supaya membuat salted egg chicken khas untuk Hud.

"Nanti pelanggan yang lain kata apa pula?"

"Tak apa, nanti aku panggil dia masuk dapur. Dekat dalam tu kan ada island kitchen," Dee mendengus geram dan berjalan ke dapur.

Bahan-bahan diambil dari dalam peti. Dee mula panaskan api. Telur masin direbus terlebih dahulu.

Ayam pula digaulkan dengan maggi cukup rasa. Selepas itu ayam diperap sekejap bagi meresap perasa.

Hud yang baru masuk melabuhkan punggung di atas kerusi island kitchen. Dia memerhati lenggok Daiyan.

Dari pinggang ramping sehingga pinggung gadis itu. Apabila tersedar terus saja dia menggeleng.

Astaghfirullah, apa yang dia lihat sebentar tadi.

Setengah jam menunggu, akhirnya menu yang dipesan telah pun siap.

Hud mencubit sedikit dan menyuap ke dalam mulut. Terus mukanya berubah.
"Eh, kenapa masin sangat ni?!" Hud menjerkah. Ish! Tak ikhlas tak payah buat.

Daniel yang terdengar jeritan dari dapur bergegas menghampiri mereka.

"Apasal?"

"Masin doh! Kata chef professional. Tapi salted egg chicken pun tak boleh buat. Selama kau belajar ni, kau buat apa ja? Nasiblah cafe abang sendiri. Kalau cafe orang lain mahu lingkup," Hud senyum sinis. Kau tengok muka budak comot tu dah merah-merah. Marah la tu!

Daniel pula tercengang! Wuish, aku abang dia pun tak pernah marah dia.

"Eh, kepada Encik tak tahu malu! Dah lah tak tahu malu masuk dapur orang. Ceroboh sana sini. Then tengking-tengking orang pula. Kalau rasa dekat sini tak sedap, boleh cari cafe lain. Setakat hilang orang macam Encik ni, tak jadi apalah pada cafe ni!" Toque di atas kepala sudah dibaling ke atas oven. Panas hatinya sepanas haba di dapur.

Apron dibaling kemuka Hud. Kaki terus melangkah keluar. Kunci motor yang berada di dalam poket di capai. Enjin motor dihidupkan dan terus dipulas dengan laju.

Hud pula tidak sempat menahan. Tangan Daniel ditarik menuju ke arah keretanya dan mereka memecut laju mecapai maksima motor berkuasa tinggi milik Dee.

"ADUH tolol, kau pahal langgar aku?" Dee menjeling tajam. Tak sangka pula yang si Arif ni langgar dia.

"Alah, sorrylah Dee. Aku tak sempat brek tadi!"

"Tangan aku patah, siap kau!"

Daniel dan Hud yang baru sampai terus memarkirkan kereta di sebelah jalan. Berlari mereka mendapatkan Dee.

"Ya Allah Dee! Kenapa boleh jadi macam ni?" Daniel kelihatan risau. Apa yang dia nak bagitahu kepada umi dan ayah balik nanti?

"Si tolol ni tak pandai nak brek. Baik kau cabut je brek kau tu!" Daniel melihat gerangan yang melanggar adiknya

Puih, mamat tolol ni!

"Haih nasib kau je tau! Kalau orang lain, mahu makan buku lima aku!" Arif tersenyum. Manalah tahu dia akan belanggar dengan Dee, kawan merangkap pelanggan tetapi dia.

"Hehe sorry, sorry. Meh sini aku bawa kau pergi hospital. Takut tangan kau patah ke terseliuh ke. Motor tu, kau letak tepi Daniel. Kejap lagi aku suruh budak-budak aku ambil," Dee bangun sambil dipapah Arif. Daniel pula menolak motor Dee ke bahu jalan. Hud ditinggal terkebil-kebil di situ.

Daniel menyentuh bahu Hud menyuruh lelaki itu mengikuti kereta Arif.

Sementara di dalam kereta Arif pula, Dee sudah bersuara lantang menyuruh Arif menekan pedal minyak menambah kelajuan kereta yang mereka naiki.

Arif ikut saja memandangkan dia seorang pelumba fomular one. Jalan yang sunyi itu membuatkan kereta Arif lancar melata di atas jalan.

Hud pula cuba mencapai kelajuan yang sama dengan Arif. Tetapi gagal. Daniel tersenyum sungging.

Mungkin Hud boleh serba-serbi. Tetapi Hud tidak boleh melepasi adiknya dan Arif.

Kedua-dua manusia itu adalah pelumba kereta yang berjaya. Itulah Hud sudah silap orang.

Sesampainya di hospital, Arif tolong Dee mengambil nombor dan mendaftar. Sepuluh minit berlalu barulah dia nampak kelibat abangnya dan Hud Asyraff.

"Lah, baru sampai ke bro?"

"Diam tolol!" Arif ketawa perlahan. Lelaki di sebelah Daniel dia kerling sekilas sebelum berjabat tangan.

"Arif," Hud menyambut salam Arif.

"Hud!" Arif pula mengangguk dan duduk disebelah Dee. Tangan gadis itu dibelek sekilas.

"Patah ni!" Dee buat don't know saja dengan ucapan Arif.

"Memang dah patahkan?" Sambung Daniel pula. Beberapa kali adiknya ini jatuh moto. Mungkin sudah lali dan tidak berasa sakit lagi.

Puas ditegah oleh umi. Tetapi benda yang dilarang itu jugalah dibuat. Umi melarang dia membonceng motosikal. Perkara itu lah yang selalu dibuat.

Umi melarang Dee berlumba, itu jugalah yang dia nak buat. Tak pernah serik!

"Motor aku macam mana?"

"Tak ada apa. Cuma clutch dan sayap kanan kau patah. Esok lusa siaplah tu!"

Dee mengangguk sambil menunggu giliran. Hud pula rasa terabai di sebelah Daniel yang sedang bermain phone.

Dia lihat keakraban Arif dan Dee. Tidak seperti dia dengan Dee. Beberapa minit berlalu, nama Dee dipanggil.

Sejam juga mereka menunggu sehinggalah Dee keluar dari bilik doktor diikuti doktor cantik di belakang.

Daniel sudah tersenyum memandang Orkid. "Kau tak payah senyum macam kambing sangatlah Angah!" Dee menegur membuatkan Arif ketawa.

"Sibuk kau ni!"

"Okay Dee. Kejap lagi ambil ubat dekat depan. And lepas ni, please be more careful. Akak dah tak larat nak layan tangan Dee tu."

"And for you Encik Daniel Ziyyad please make sure that your sisters take her medicine," Daniel mengangguk mendengar nasihat doktor cintanya.

"Akak tak payah nak pesan dekat badak ni sangat. Bukan dia ingat Dee sakit. Tapi 24 jam ingat akak!" Muka Orkid kemerahan apabila ditegur begitu. Arif pula sudah bersiul nakal!

Hud saja yang diam sedari tadi. Dia tidak kenal semua. Yang dia kenal hanyalah Daniel dan Daiyan sahaja.

Orkid yang terperasan kemunculan Hud terus mengalihkan pandangan ke arah Hud

"Eh, who is the handsome man here?" Semua mata melihat ke arah Hud termasuk Dee. Muka jengkel ditayangkan.

"I handsome lagi kot!" Daniel mencelah!

"Perasan, siapa kata you handsome?" Orkid membalas dengan jelingan manja.

"Er, hye. Nama I Hud!" Orkid tersenyum dan melambai. Arif terlebih dahulu meminta diri sebentar tadi. Yang tinggal hanyalah mereka berempat.

"Nah ambil ni!" Orkid menghulurkan kunci keretanya kepada Daniel.

Daniel mengerutkan dahi.

"I on call hari ni. So, you pinjamlah dulu kereta I. Esok pagi you ambil I," Daniel tersenyum dan menyambut kunci kereta.

"Thanks sayang!" Dee membuat muka loya mengundang tawa Hud. Comel doh!

"Geli siot. Dah ah balik. Nak tidur. Chau luh kak," selepas bersalam dengan Orkid, Dee menegur Hud pula.

"Gua balik dulu bro," Daniel menyekeh kepala Dee. Apadia woi, perempuan cakap lu, gua ni.

Dee mengusap kepalanya yang sakit. Hud tersenyum melihat telatah Dee. Baru kau tahu bawah seketul Daiyan Zinnirah ini dikategorikan bersama perempuan comel di dunia dan miss world!

Mereka membawa haluan masing-masing untuk pulang ke rumah. Hud mengambil haluan kiri manakala Daniel dan Daiyan menuju tempat parkir kereta yang menepatkan kereta milik Orkid a.k.a girlfriend seketul Daniel Ziyyad

Continue Reading

You'll Also Like

24.2K 970 37
Disclaimer: This story is purely fictional and the plot is not to be associated with actual records just pure of my wild imagination lang This is my...
1.2M 65.6K 59
π’πœπžπ§π­ 𝐨𝐟 π‹π¨π―πžγ€’ππ² π₯𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐑𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 γ€ˆπ›π¨π¨π€ 1〉 π‘Άπ’‘π’‘π’π’”π’Šπ’•π’†π’” 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...
307K 5.2K 57
❝ you're stuck in my head and i can't get you out of it, if i could do it all again, i know i'd go back to you ❞ ( complete )
92.1K 5.2K 94
Compilation of Author's Imagination WE CAN FEEL THAT WE HAVE A COMPLETE AND A HAPPY FAMILY. WHERE PROBLEMS CAN FIXED EASILY.