2. DERN

By swnhenners

1.4K 257 16

As known as MY BEAUTIFUL CHEF DERN (adj.) Secret, hidden, dark HUD ASYRAFF dan DAIYAN ZINNIRAH, dua insan... More

D u a
T i g a
E m p a t
L i m a
E n a m
T u j u h
L a p a n
S e m b i l a n
S e p u l u h
S e b e l a s
D u a b e l a s
T i g a b e l a s
E m p a t b e l a s
L i m a b e l a s
E n a m b e l a s
T u j u h b e l a s
L a p a n b e l a s
S e m b i l a n b e l a s
D u a p u l u h
D u a p u l u h s a t u
D u a p u l u h d u a
D u a p u l u h t i g a
D u a p u l u h e m p a t
D u a p u l u h l i m a
D u a p u l u h e n a m
D u a p u l u h t u j u h
D u a p u l u h l a p a n
D u a p u l u h s e m b i l a n
T i g a p u l u h
T i g a p u l u h s a t u
E p i l o g

S a t u

292 18 6
By swnhenners

"Dee, bangunlah! Kerja!" Daniel Ziyyad memekak di hadapan pintu bilik Daiyan Zinnirah. Bertalu-talu pintu bilik adiknya di ketuk.

Sementara Daiyan Zinnirah di dalam menekup telinga dengan bantal. Menghalang bising dari menyentuh gegendang telinganya.

"Dee! Bangunlah!" Kali ini pintu itu ditendang oleh Daniel Ziyyad iaitu angahnya. Merasakan perkara itu terlalu bising, Daiyan bangun dari tidurnya.

"Alah, aku masuk lewat sikit pagi ni please. Semalam aku balik lewat!"

"Buat apa balik lewat?"

"Siapkan tempahan Datin Marina. Dia nak hari ini juga," Daniel mengangguk faham. Dia memberi balasan 'okay' dan terus turun ke bawah untuk sarapan.

Kesian adiknya penat bekerja. Semalam dia terpaksa balik awal kerana ada client datang ke rumah.

Katanya hendak membuat tempahan untuk hujung minggu ini. Habis dikejar sampai ke rumah kerana hendak membuat tempahan saja.

Sampai di meja makan, Daniel mengambil tempat di sebelah bapanya.

"Adik mana?" Soalan pertama yang muncul di mulut orang tua kesayangannya.

"Tidur lagi. Semalam dia kata balik lewat," Damien Zayyad a.k.a ayah kepada Danish Zayyan, Daniel Ziyyad dan Daiyan Zinnirah.

"Tak apalah kalau macam tu. Makan dulu," mereka semua makan dengan tenang. Danish Zayyan, abang sulung mereka pula sibuk menyuap anaknya makan.

Selesai makan, semua mengangkat pinggan masing-masing ke sinki dan berlalu pergi kerja. Sebelum berangkat tidak lupa mereka untuk bersalaman dan mencium pipi syurga mereka. Tinggallah Puan Dian Zihhirah. Dia saja yang tidak kerja.

Maklumlah, anak-anak semuanya bekerja. Suaminya pula seorang workaholic jadi, mereka tegah dia dari membuat kerja.

Mereka menyuruhnya menggoyangkan kaki saja dirumah. Apa ada hal?

Sini nak cerita.

Suaminya seorang usahawan berjaya. Damien Zayyad telah menceburi dalam business beberapa tahun lalu dan berjaya membuka beberapa buah cawangan yang mengeluarkan makanan mentah.

Anak sulungnya pula, Danish Ziyyad. Sudah berkahwin dan juga mengikut jejak langkah ayahnya. Dialah yang menjadi penguat semangat apabila company yang didirikan tidak dipandang.

Sanggup anaknya itu satu ketika dahulu, naik turun mahkamah dan juga pergi balik luar negara semata-mata hanya mahu membangunkan company mereka yang jatuh akibat orang ketiga.

Tetapi alhamdulillah berkat kesabaran mereka sekeluarga, company itu sudah mampu teguh berdiri seiring dengan syarikat lain.

Anak keduanya, Daniel Ziyyad. Juga turut mengikut jejak langkah ayah dan abangnya. Tetapi, mereka berbeza haluan. Daniel mula membuka sebuat cafe dengan titik peluhnya sendiri. Dari meniaga kecil-kecilan sehinggalah menjadi cafe yang terkemuka.

Dan yang terakhir, Daiyan Zinnirah. Anak bongsunya yang manja dan happy go lucky girl. Anaknya yang ini berbeza haluan dari mereka semua.

Daiyan Zinnirah menceburi bidang masakan. Di tanya kenapa? Dijawapnya begini. Because, food make everyone fall in love. Jadi, sebab itulah anaknya yang bongsu ini lain macam.

Bekerja di bawah angahnya. Malas nak cari kerja katanya. Bukan saja menjadi chef terkenal, malahan dia juga menjadi pembantu abangnya.

Jadi, disebabkan itu juga Puan Dian Zihhirah dipaksa duduk dirumah. Hanya menggoyangkan kaki dan membela badan. Bersyukur dia dikurniakan anak dan suami yang penyayang.

Jam di dinding dikerling. Jarum pendek sudah mencecah angka sepuluh manakala jarum panjang mencecah angkat dua belas.

Maksudnya, sudah pukul sepuluh. Puan Dian mengatur langkah menuju ke bilik anak gadisnya.

Pintu diketuk perlahan. "Dee, dah bangun ke?"

"Dah, mi. Dee tengah bersiap ni!" Puan Dian tersenyum dan turun ke bawah semula.

Kekacang yang berada di dalam almari di ambil. Kaki di ayun menuju ke ruang tamu. Televisyen di buka. Channel KBS world ditekan.

Pukul sepuluh ini, cerita kegemarannya sedang berlangsung. Kusyuk saja dia menonton drama love in the moonlight.

Berjangkit dengan menantunya. Sama-sama obses. Dulu, dia tidaklah berapa suka. Tetapi disebabkan penyakit itu sudah berjangkit kepadanya, dia pula yang terlebih melayan.

"Mi, Dee pergi dulu. Anything call Dee!" Kedua belah pipi Uminya di cium. Selepas itu, dahi Puan Dian juga menjadi mangsa ciuman anaknya itu.

Dia memerhati saja anaknya yang keluar dari pintu rumah. Hilang saja bayang itu, dia menumpu semula di kaca televisyen.

"SELAMAT pagi Cik Daiyan!" Penjaga counter menegurnya. Dee hanya menganggukkan kepalanya dan berlalu ke dapur.

Toque di ambil bersama chef jacket. Rambut diikat gaya messy bun. Bahan-bahan yang ada di dalam peti di ambil.

Bahan-bahan tersebut diletakkan bersama dan Dee mula mengadun. Telur dicampurkan dengan omelet. Mixer dibuka dan diputarkan bersama.

Satu jam bertarung di dapur, akhirnya, siap juga menu barunya. The musketeers cake! Mempunyai tiga lapisan yang berlainan warna dan diratakan dengan icing perisa vanila coklat.

Gambar ditangkap dan diletakkan di dalam official instagram yang dibuat khas untuk menu-menu baru cafe tersebut.

Belum sempat dia melepaskan lelah, bunyi bising diluar membuatkan dirinya terpanggil untuk melihat, memandangkan angahnya keluar bertemu dengan client mereka.

"Panggil boss kau sekarang!" Syakira terketar-ketar kerana dimarahi lelaki yang berada dihadapnnya.

Melihat saja bayang Daiyan membuatkan kolam mata Syakira bergenang. Matilah, dia kena buang kerja nanti.

"Ya ada apa Encik?" Daiyan cuba senyum melihat lelaki itu. Jelas mukanya kemerahan menahan marah.

"Mana boss kau?"

"Sayalah boss!" Tipu Dee. Padahal dia hanyalah pembantu abangnya. Tak apa kot sekali-sekala mengaku diri bos.

"Oh, kau boss. Apasal comot macam budak-budak darjah satu je aku tengok?" Pelanggan yang lain tercengang. Wow, seriously? Chef terkenal tu, dia panggil comot?

"Ya saya. Kenapa Encik. Pekerja saya ada buat salah apa ya?" Dee cuba berlembut. Ey, kalau tak ingatkan cafe si Daniel, memang lingkup lelaki itu dia kerjakan.

"Pekerja kau ni dah tumpahkan spaghetti oglio olio atas baju aku ni ha! Kau tahu tak baju aku ni mahal?" Dee mencebik dalam diam. Eh, belagak punya bapak ayam!

"Oh, saya minta maaf ya. Saya ganti baju Encik!" Lelaki itu menjeling. Baju aku punya mahal, senang dia nak ganti.

"Tak perlu. Aku rasa kalau kau ganti baju aku. Boleh bankrupt kau punya cafe," Syakira merasa bersalah. Dia lah puncanya kerana tersadung kaki meja.

"Kalau macam tu, apa Encik nak buat?"

"Aku akan saman kau dan pekerja kau!" Jari ditunding ke arah Daiyan dan Syakira. Dee sudah menjeling.

"Macam ni lah Encik. Saya rasa, benda ni kecil je. Kenapa nak saman-saman bagai?"

"Kecil kau kata? Kau tahu tak, aku nak pergi kerja lepas ni. Dengan bala yang pekerja kau buat lagi. Baju mahal aku bau spaghetti lagi. Kau kata benda kecil?!"

Dee menahan telinga. Bagilah Dee kesabaran yang tinggi, ya Allah.

Tidak sempat Dee membalas kata-kata lelaki itu, angahnya sudah masuk berlari-lari ke arah mereka.

"Ya allah kenapa bising-bising ni?" Pelanggan yang lain dihiraukan. Yang penting lelaki di hadapannya dan adiknya.

"Kau?" Tanya lelaki yang berada di hadapan mereka sekarang.

"Lah, kau ke Hud. Aku ingatkan siapa. Kenapa ni?"

Dee merengus kuat dan berlalu masuk ke dalam office dia dan abangnya. Haih malang betul nasibnya harini.

Sementara diluar, Daniel sudah pun memanggil Syakira dan lelaki yang bernama Hud masuk ke officenya.

"Ha ceritalah Hud. Apa yang jadi?" Hud menceritakan apa yang terjadi sambil menjeling Dee yang menulis laporan atau lebih tepat lagi, menulis menu yang baru dicipta sebentar tadi.

Selesai mencerita, Daniel memanggil adiknya duduk bersama mereka bertiga. Syakira pula terkebil-kebil memandang. Takut sebenarnya dibuang kerja.

"Syakira, awak boleh keluar dulu. Nanti saya panggil balik," Syakira mengangguk dan berlalu keluar meninggalkan mereka.

Dee pula membuat muka sebal. Wajah Daniel dipandang sambil mencebik. Daniel pula tersenyum. Tak suka lah tu!

"Tapi tadi aku dengar dekat luar kau nak saman cafe aku?"

"Betullah tu. Aku ingatkan cafe si comot ni. Tu yang aku nak saman. Eh balik-balik cafe kau!" Hud menjeling Dee. Kau tipu aku budak!

"Memang cafe dia pun," Hud mula pening.

"Dia bukan ke pembantu kau ke?"

"Taklah, dia adik aku doh," Hud terbeliak. Weh, dia marah adik Daniel ke tadi?

"Eh, korang tak ada nak cakap apa-apa dekat aku, aku nak blah dulu," Dee mengangkat pununggung dari kerusi dan ke bilik persalinan.

Chef jacket dan toque digantikan dengan jeans fit berwarna hitam dan baju long sleeve berwarna putih. Rambut yang diikat messy bun dilepaskan.

Bag pack diambil dan menuju ke pintu. "Nak pergi mana?"

"Jumpa ayah," Daniel mengangguk manakala Hud terkebil-kebil. Woih, cantik!

Dee menutup pintu office dan berlalu ke motornya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Pantas dia berlari masuk semula menuju ke arah angahnya.

"Oh, aku terlupa tadi nak bagitahu. Datin Marina jemput kau dengan aku pergi majlis dia malam nanti."

"Tapi aku ada date dengan Orkid malam ni."

"Kau bawalah Orkid sekali. Bukannya Datin Marina tak kenal Orkid kau tu!" Daniel mengangguk dan menghalau adiknya keluar.

"Chau lu brotha!"

Dee berjalan semula menuju ke motorsikal berkuasa tingginya. Clutch ditekan sebelum motor itu laju membelah jalan.

Ini trailer dia. Okay itu saja untuk hari ini.

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 65.9K 59
π’πœπžπ§π­ 𝐨𝐟 π‹π¨π―πžγ€’ππ² π₯𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐑𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 γ€ˆπ›π¨π¨π€ 1〉 π‘Άπ’‘π’‘π’π’”π’Šπ’•π’†π’” 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...
1.4M 34.4K 46
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...
21.3K 746 12
Hiroto Uzumaki is the twin brother of Naruto Uzumaki, but unlike his brother, Hiroto possesses red hair and is more hot-tempered than Naruto. Upon hi...
92.1K 5.2K 94
Compilation of Author's Imagination WE CAN FEEL THAT WE HAVE A COMPLETE AND A HAPPY FAMILY. WHERE PROBLEMS CAN FIXED EASILY.