Seharum Bunga Jasmine

By ayushahnira

5.1K 157 18

Pertemuan tidak disangka antara Zahin Hazrin dan Jasmine Farisha di majlis pengkebumian menimbulkan bibit cin... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 63
Bab 64

Bab 62

95 6 4
By ayushahnira

Sumayyah merenung wajah Jasmine yang sedang sedang termenung itu. Dia tidak tahu kenapa dia berasa sedih setiap kali dia melihat Jasmine dalam keadaan begitu.

"Min!"

Jasmine toleh.

"Kau kenapa ni? Rindu anak-anak kau ke?" Soal Sumayyah.

Jasmine angguk perlahan.

"Aku rindu anak-anak aku, aku rindu suami aku. Aku rindu semua."

"Tapi, suami kau kan ada dekat sini?"

Jasmine tersenyum nipis.

"Tak sama, Su. Dia memang ada tapi, aku tak dapat tengok senyuman dia, aku tak dapat dengar suara dia dan aku tak dapat tengok mata dia. Aku rindu semua tu, Su. Hampir tiga tahun aku tunggu semua tu."

Sumayyah duduk di sisi Jasmine sambil menggosok bahu Jasmine perlahan.

"Inshaa Allah, Hazrin akan sedar. Kita doa je yang baik-baik."

"Kalau dia tak bangun macam mana, Su?" Soal Jasmine.

"Min, soalan apa kau tanya ni? Kau jangan la macam ni. Kata-kata ni satu doa tahu? Jangan la cakap macam tu."

"Aku takut, Su. Aku takut dia takkan bangun lagi. Aku takut dia tinggalkan aku. Aku belum sedia, Su."

Sumayyah terdiam seketika.

"Min, aku faham apa yang kau rasa. Tapi macam ni la, apa kata kau letak diri kau dalam diri Hazrin masa kau koma dulu. Min, aku ada dengan dia sepanjang lima tahun kau koma dan aku tahu dia sangat la kuat dan positif orangnya. Kau tahu apa dia buat?"

Jasmine geleng.

"Hari-hari dia duduk sebelah katil kau, dia baca Al Quran, dia baca yassin, dia solat sebelah katil kau. Bila dia kena pergi kerja, dia pesan kat aku suruh jaga kau sebab dia kata dia tak nak kau ditinggal seorang-seorang. Aku ikut pesan dia, Min. Aku tak tinggalkan wad kau dan aku bergilir-gilir jaga kau dengan adik. Hazrin pun ada pesan kat adik suruh jaga kau dengan aku." Sumayyah gelak.

Jasmine kerut dahi.

"Aku pun tak tahu kenapa dia suruh adik jaga aku sekali. Mungkin masa tu dia dah restu hubungan aku dengan Hazriq." Sumayyah tersenyum.

Jasmine ikut tersenyum.

"Kau tahu la kan, adik kan nakal? Dia ikut je apa yang abang dia suruh. Dia jaga aku, weh. Macam dia pulak yang lebih tua. Berbalik pada Hazrin, dia tak pernah mengalah untuk tunggu kau. Dia cakap kat aku, kalau kita sentiasa fikir positif, maka yang datang tu, inshaa Allah positif jugak. Dan kalau kita asyik fikir negatif, tak mustahil dia akan jadi negatif kan?"

Jasmine angguk.

"Kata-kata tu aku selalu ingat dalam kepala aku, Min. Kata-kata tu datang dari Hazrin, suami kau. Jadi, aku rasa kau kena fikir positif. Min, masa kau koma, dia tahu kau tengah berjuang untuk lawan sakit kau. Sekarang ni, kau fikir la benda yang sama. Hazrin tengah berjuang untuk lawan sakit dia. Kau dan kita semua kena bagi dia sikit masa lagi. Dia nak balik pada kita semua, Min. Itu je yang kau kena fikir. Jangan fikir la yang tak patut kau fikir. Ea?"

Jasmine memegang tangan Sumayyah.

"Thanks, Su. Thanks sebab kau selalu ada untuk aku. Aku bersyukur sangat dapat kawan macam kau, macam Fa, macam Rose. Korang semua baik sangat. Aku terharu la dapat kawan macam korang. Thanks!"

"Small matter la. Eh, haah. Cakap pasal Rose, semalam dia ada call aku tahu?"

"Kenapa?"

"Dia kata dia nak datang sini dengan Nik, Naufal dan Fa sekali. Hujung minggu ni."

Jasmine angguk.

"Achik dah tahu ke?"

"Tahu dah. Aku bagitahu dia semalam lagi masa dia tengah berbual dengan Azzam. Azzam izinkan je."

Jasmine angguk lagi. Tiba-tiba dia memegang perut Sumayyah. Sumayyah sedikit terkejut.

"Eh, kau kenapa?"

"Ni dah ada isi ke ni?"

"Eh, mana ada la."

Jasmine mengecilkan matanya ke arah Sumayyah. Sumayyah pelik.

"Tipu!"

"Mana ada aku tipu kau, Min."

"Su, aku kenal kau dah lama tahu? Tak mungkin la perut kau buncit kan? Cakap dengan aku, berapa bulan dah?"

Sumayyah tersengih-sengih.

"Macam mana kau tahu ek? Aku baru ingat nak buat surprise."

"Banyak la kau punya surprise. Aku pernah pregnant, Su. Aku tahu la. Berapa bulan?"

"Tiga!"

"Tiga? Sampai hati kau tak bagitahu aku. Dah lama la kau tahu ni?"

"Ya, sebelum datang sini lagi. Sorry, aku tak nak ganggu emosi kau je. Yelah, masa tu emosi kau tengah tak stabil. So, aku rasa macam tak patut je aku bagitahu kau. Maaf ya?"

Jasmine tersenyum.

"Congrats!"

"Thanks. Tapi, aku macam tertinggal train la pulak kan?"

"Kenapa pulak?"

"Yelah, anak-anak korang semua dah besar. Aku je yang masih menunggu."

"Ala... Tak apa la. Perlahan-lahan. Tapi, aku rasa bersalah pada anak-anak aku."

"Kenapa?"

"Su, lima tahun diorang membesar tanpa aku. Then, suddenly papa diorang pulak hilang. Aku rasa dalam masa tujuh tahun diorang membesar ni, diorang cuma dengan along dan Kak Dayah je. Aku rasa aku dengan Hazrin dah gagal jadi ibu bapa yang baik."

Sumayyah pula yang memegang tangan Jasmine.

"Aip, tak nak la cakap macam tu. Aku cakap apa tadi dengan kau? Positif kan? Semua yang jadi ni bukan korang yang minta. Kau dengan Hazrin tak pernah minta pun untuk jauh dengan Adam dan Hawa kan?" Ujar Sumayyah.

Jasmine angguk.

"So, kau tak boleh cakap macam tu. Kau dengan Hazrin tak pernah gagal untuk jadi ibu bapa yang baik. Selama kau koma, Hazrin besarkan dan didik anak-anak korang dengan baik. Then, sepanjang dua tahun Hazrin hilang, ada kau abaikan anak-anak kau? Tak kan? So, dekat mana yang gagalnya? Tak ada, Min. Korang dah jalankan tanggungjawab korang dengan sempurna sekali dan aku yakin Adam dan Hawa mesti bangga dapat mama dengan papa macam korang."

"Eh, aku tak tahu la kenapa lately ni aku macam emosional sikit."

"It's okay, aku faham. Kau jangan risau okey? Aku sentiasa ada dekat sini dengan kau. Kalau kau perlu aku, kau cari je aku." Ucap Sumayyah.

Jasmine angguk lagi dan lagi. Banyak nasihat yang diperolehinya dari Sumayyah.

*****

Jasmine masuk ke dalam bilik Hazrin tanpa membuat bising. Walaupun Hazrin masih tidak sedar, dia tidak mahu menganggu tidur panjang Hazrin. Perlahan-lahan dia duduk di sisi katil tempat suaminya berbaring.

Tangan yang diletakkan di atas katil ditongkat ke dagu sambil merenung wajah yang amat dirinduinya itu. Dia teringat cerita Sumayyah mengenai Hazrin tadi. Terus dia mengambil yassin yang berada di atas meja di sisi katil.

Dia masuk ke dalam bilik itu sebaik saja solat isyak berjemaah bersama yang lain sebentar tadi. Kini mereka semua sedang makan malam. Dia saja yang tidak mahu.

Yassin itu dibuka lalu dimulainya dengan Al Fatihah sebelum dia mula membaca jantung Al Quran iaitu surah yassin. Perlahan dan sayu suaranya mengalunkan ayat-ayat dari surah itu. Dalam hati, dia berdoa supaya Hazrin cepat sedar dari lena panjangnya.

Entah bila masanya dia terlena, Jasmine hanya terjaga bila Sumayyah mengejutnya untuk solat subuh.

"Su, aku nak solat dekat sini la." Ujar Jasmine.

"Hm, yelah. Aku keluar dulu ya? Kau jangan lupa turun breakfast tahu? Dah la semalam kau skip dinner. Kali ni aku tak benarkan kau skip breakfast. Kau tak turun, aku naik tahu?"

"Iya, lepas solat nanti aku turun la. Aku tolong kau masak."

"Okey!"

Sumayyah berlalu. Jasmine masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk. Dia membentang sejadah selepas siap memakai telekung.

Dia melipat telekung dan sejadah sebelum menyarung tudung di kepala. Sebelum keluar dari bilik, Jasmine duduk di sisi katil.

"Hazrin, saya cuma nak awak tahu yang saya ada dekat sini tahu? Awak dah boleh bangun dah rasanya. Itu pun kalau awak tunggu saya la. Saya sayang awak sangat tahu?"

Jasmine tersenyum dan mengucup dahi suaminya sejenak.

"I missed you so damn much. I wish I could see your precious smile again. I don't want anything. I just want you. I know you hear me. Fight for me okay? I know you're such a strong person. Saya turun dulu, nanti saya datang balik ya?" Ujar Jasmine yang memegang tangan Hazrin itu.

Dia bangun tapi, tangannya terasa seperti ditarik. Cepat dia menoleh.

"Hazrin?"


p/s; sorry ya gais? Lately ni busy kit.. tu yg lmbat update.. so here we go.. hope korang enjoy la ya? Idea lari weh😅.. tk dpt nk kejar.. jauh dia lari..😂 tolong la vote sikit.. sis nk tau gak korang suka ke tak dgn story sis ni.. eheh meminta pulak an..

Continue Reading

You'll Also Like

998K 46.1K 52
"𝙈𝙤𝙜𝙖 𝙖𝙠𝙪 𝙬𝙖𝙣𝙞𝙩𝙖 𝙘𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙩𝙚𝙧𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙣𝙮𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Eian Wazif | Ledy Hara
7.5K 998 14
[SHORT STORY] "Dari kecil, nasib baik jarang menyebelahi aku," -Ratu Alana "Dari kecil juga, aku tak pernah faham apa itu kasih sayang,"-Elaine Dua...
138K 4.4K 29
Sebuah perkahwinan yang melibatkan kontrak, Dian, seorang gadis yang telah membuat keputusan untuk hidup sendiri tetapi tidak mempunyai wang yang men...
138K 4.4K 30
Demi cinta, dia mengorbankan segala kebahagiaan diri dek trauma terhadap kisah pada masa silamnya. Tanpa ragu, tanpa gentar, tanpa diluah apa yang te...