SAMUDERA

By Hyderviolet

1.4K 228 1

Setelah seratus tahun berlalu, 'Misteri Lautan Darah' di negeri Cahaya masih belum dapat dirungkaikan. Penemu... More

Prolog
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Epilog

BAB 10

48 9 0
By Hyderviolet


Bab 10

Puisi dilagukan berulang kali oleh seorang gadis. Dia mengosok-gosok matanya yang mengantuk. Dia memerhati sekeliling. Dia berada di sebuah bilik yang bukan miliknya. Telinganya menangkap suara wanita yang sedang asyik melagukan sebuah puisi itu. Matanya mencari-cari kelibat empunya suara itu. Dia bangkit dari katil yang empuk melangkah keluar dari pintu bilik itu. Haruman bunga menyucuk masuk ke rongga hidungnya. Fikirannya ligat memikirkan bagaimana dia boleh berada disini. Rumah itu mempunyai tangga untuk ke aras bawah. Dia memberanikan diri melangkah mencari pemilik suara yang agak tidak asing baginya.

"Kas?" panggilnya.

Sesampai sahaja dia pada anak tangga yang paling bawah, matanya menikam sesusuk tubuh seorang wanita yang hanya dibaluti kemas dengan sehelai kain batik sedang melenggok perlahan menari mengikut muzik yang samar-samar didengarinya. Dia menghampiri wanita itu selangkah demi selangkah. Akhirnya jelas terlihat wajah Kas sedang menari lemah lembut dihadapanya dengan melagukan puisi yang dibaca berulang kali.

"Wahai sang putera kemari menari bersamaku" ajak Kas.

Megat teragak-agak menghampirinya. Gadis itu tampak serupa dengan Kas tetapi dia kelihatan lebih cantik dan ayu dengan gaya itu. Rambut Kas yang sebelum ini hanya dibiarkan lepas tanpa didandan kini tersanggul kemas.

Kas menarik perlahan tangan Megat mengajak dia menari bersama-sama. Entah mengapa Megat hanya mengiakan sahaja apa yang dialakukan oleh Kas. Tubuhnya dan tubuh Kas kini seiring menari bersama lemah lembut. Megat leka dengan keasyikan tarian mereka lalu dia menghampirkan tubuhnya dengan Kas. Hidungnya mendekati leher gadis itu. Sungguh harum aromanya. Dia mencium lembut pada leher gadis itu. Ianya seperti memanggil nafsu kejantanannya. Mereka leka bersama seperti dua pasangan yang sedang ghairah dengan cinta.

"Dengar sini sang putera, aku dan juga keturunanku mungkin tidak akan pernah memaafkanmu" kata gadis itu tiba-tiba memandang tepat dengan mata yang tajam ke arah bola mata milik Megat.

"Apa yang harus aku lakukakan untuk kau maafkanku?" soal Megat sambil tubuhnya masih melenggok lentuk bersama gadis itu.

Melihat tubuh yang separuh terdedah milik Kas itu Megat mulai tidak dapat mengawal dirinya daripada nafsu yang semakin bermaharaja lela. Dalam kegelapan malam tanpa cahaya lampu dirumah itu Megat menolak lembut tubuh itu ke sofa berdekatan. Megat mulai menaggalkan perlahan pakaian yang tersarung pada tubuhnya.

Allahuakbar! Allahhhhuakbar!

Azan subuh mulai bergema di pelusuk kawasan perumahan itu.

"Megat!!! apa?? Apa kau buat n?!" soal Kas apabila sedar dirinya mungkin akan menjadi mangsa nafsu Megat. Kas melihat tubuhnya yang hanya dibaluti dengan hanya sehelai kain batik. Dia begitu terkejut dengan situasi itu. Dia menolak kasar tubuh lelaki itu lalu berlari menaiki tangga memasuki biliknya.

Megat yang tadinya ditolak kasar oleh Kas seperti baru tersedar dengan apa yang sedang berlaku. Dia melihat tubuhnya yang sudah tidak berbaju. Dia memegang erat rambutnya cuba memikirkan apa yang sebenarnya baru sahaja berlaku tadi. Dia memandang ke arah tangga yang dinaiki Kas tadi. Baru dia sedar bahawa dia di dalam rumah Kas.

"Apa kau buat ni Megat?" soalnya sendiri.

Dia mencapai bajunya lalu menyarung semula ke tubuhnya. Dia melangkah pantas menaiki tangga. Langkahnya terhenti dihadapan pintu bilik yang ditutup rapat.

"Kas, i don't know..." belum sempat dia menghabiskan kata-katanya Kas sudah pun membidas.

"Get out!" tengking Kas.

"Kas please. Aku pun tak tahu apa jadi tadi".

"Diam!!" marah Kas lagi.

"Kas bagi aku explain"

Senyap tanpa jawapan. Dibalik pintu yang berkunci itu terdengar esakan tangisan halus Kas.

Sungguh dia tidak sangka lelaki yang selama ini dia sangat percayakan hampir sahaja merosakkan dirinya. Dia menekupkan mukanya agar tangisannya tidak didengari. Sakit hatinya menahan sebak. Megat cuba memikirkan apa yang perlu dilakukannya. Hatinya penuh rasa serba salah terhadap Kas. Bukan niatnya hendak melakukan gadis itu seperti itu.

"Kas, i will be right back in ten o' clock" kata Megat dan berlalu pergi meninggalkan Kas.

Tapak kaki Megat kedengaran menuruni tangga. Kas bingkas terus melangkah ke bilik mandi untuk melegakan persaannya. Dia membiarkan air pancuran itu membawa air matanya pergi. Fikirannya mulai berputar semula apa yang telah berlaku. Terakhir yang terlekat difikirannya hanyalah dia sendiri yang memandu pulang kereta milik Megat ke rumahnya setelah Nur terselamat dalam pembedahan yang mengejut dilakukan oleh Dr Fahmi. Kemudian fikirannya kabur tidak mengingati apa-apa yang berlaku.

Setelah membersihkan diri dia mengambil tempat di atas sejadah menunaikan yang wajib. Usai menunaikan solat dia hanya duduk termenung memandang ke arah tingkap.

***

"Apa yang aku fikirkan?"

sesampai sahaja di rumah dia merehatkan diri di birai katil. Dia memalingkan wajahnya ke kiri. Matanya menangkap seutas gelang hitam milik Nur. Ditenung lama gelang tangan itu. Gelang itu tampak biasa tapi ada sesuatu yang aneh padannya.

Megat teringat akan kata-kata Shakir yang menyuruhnya untuk simpan dengan baik gelang itu. Dia bergerak ke arah almarinya lalu mengeluarkan sebuah kotak kecil dan menyimpan gelang itu. Dia mengambil tempat di sofa sambil menungu waktu menginjak pukul 10. Dia akan memohon maaf atas kesilapannya tadi kepada Kas. Megat terasa sesuatu pada tangan kanannya. Dia membelek perlahan terdapat sehelai rambut yang begitu panjang pada jarinya. Dia mengambil lalu membuangnya ke luar tingkap. Mungkin milik Kas fikirnya. Dia memejamkan mata menenangkan hatinya. Fikirannya mula teringat pada Nur. Ada satu perkara lagi yang dia runsingkan sekarang ni.

"Her body is already dead but dia masih ada nyawa. Itu yang buatkan saya rasa begitu pelik. Mungkin saya fikir ia sesuatu yang ajaib. I try many times check up her blood pressure and the result was same. Darah dia seperti darah manusia yang dah lama mati. I'm not sure about what happen now" kata Dr Fahmi.

Kata-kata itu masih terngiang di telinganya. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu menghubungi seseorang yang mungkin tahu disebalik apa yang berlaku sekarang ini. Talian tidak dijawab. Dia mengambil kunci kereta untuk menuju ke destinasi. Sekali lagi skrin telefonnya disentuh untuk membuat paggilan. Tangannya pantas mengunci pintu rumahnya. Dia berdiri sambil memandang ke dalam rumahnya. Dahinya sedikit berkerut. Sesusuk tubuh sedang berdiri tegak di ruang tamunya. Tubuh itu berdiri membelakanginya. Dia memandang tubuh itu tanpa berkelip. Panggilannya tiba-tiba dijawab.

"Assalamualaikum pa"

***

Skrin telefon bimbitnya disentuh. Suara Que terdengar dari ganggang telefon.

"Em boleh jer, tapi datang sendiri lah aku malas nak keluar rumah hari ni" jawab Khai lalu mematikan telefonnya.

Matanya menikmati suasana kampung yang menghijau melalui jendela dari biliknya. Hatinya serba sedikit menjadi tenang melihat keindahan alam yang dicipta rapi oleh Maha Pencipta. Terasa segar tubuhnya menghirup udara nyaman di kampung halaman. Fikirannya mula menerawang ke tempat lain memikirkan kisah-kisah lampau.

Hari itu aku merasa sangat teruja kerana ibubapaku mahu membawaku keluar berjalan-jalan. Senyumanku begitu manis pada hari itu. Pakaianku lengkap dan kemas. Keluar sahaja dari bilikku bonda mencium lembut dipipiku lalu tersenyum padaku. Hari itu bonda memakai pakaian bewarna cerah. Cantik dan lembut sahaja wajahnya tersenyum padaku. Bonda memimpinku sehinnga ke dalam kereta. Kereta mula dipandu oleh pak Zadi.

"Bonda, kita nak pergi ke mana?" soalku riang.

"Jumpa rakan karib kamu" jawab bonda lembut.

Aku berpaling ke arah ayahanda lalu tersenyum gembira.

Kereta yang dipandu Pak Zadi berhenti di hadapan sebuah rumah kayu bewarna merah hati. Aku melangkah keluar dari kereta lalu berlari memeluk rakanku yang sedang bermain di halaman rumahnya.

"Abang Kayul" sapanya dengan pelat yang masih lekat padanya.

"Puteri main apa?" soalku

"Puti main anak patung yang abang kayul bagi" jawabnya.

Aku tersenyum memandang Puteri lalu memimpin tangannya pergi ke buaian yang berada di halaman rumahnya. Aku menyuruhnya duduk diatas buaian itu lalu aku membuaikannya. Puteri tersenyum gembira. Aku hanya ada Puteri sebagai teman pada umur aku masih muda ini kerana bonda tidak selalu membawaku keluar rumah.

"Puti yindu abang kayul" katanya ketika tanganku masih mebuaikannya.

"Jangan risau Khai akan selalu datang jumpa Puteri nanti" jawabku

"Abang Kayul duduklah sini dengan Puti" katannya lagi.

Aku hanya diam kerana tidak tahu untuk membalas kata-katanya. Aku menoleh ke arah bonda untuk menanyakan mungkin boleh atau tidak aku menemani Puteri di sini selalu. Aku lihat raut wajah ayahanda tidak segembira tadi. Bonda pula menangis ketika sedang bercakap dengan Mak Mah. Aku lihat Mak Mah cuba menenangkan bonda dengan memeluk erat tubuh bonda. Apakah yang dirisaukan oleh bonda. Aku berjalan meninggalkan Puteri sebentar di atas buaian lalu pergi ke arah bonda.

"Bonda, kenapa bonda nangis?" soalku.

Bonda tidak mengendahkan soalanku. Ayahanda pula memandang kosong kepadaku lalu membelai lembut kepalaku. Aku hairan dan aku bertanya sekali lagi soalan yang sama. Hati aku yang tadi sangat teruja untuk berjumpa Puteri sudah bertukar risau melihat bonda.

"Khairul, bonda dan ayahanda nak keluar ke bandar. Kamu duduk disini temankan Puteri sekejap disini ya" kata Dayang Hanum.

Aku berteriak riang kerana dapat menemani Puteri disini. Aku berlari terus ke arah Puteri lalu memberitahunya segera tenteng keizinan bonda untuk memberinya menemani Puteri disitu. Bonda dan ayahanda datang kepadaku lalu memeluk dan cium pipiku sambil berlinangan air mata. Pelukan ayahanda dan bonda ketika itu kurasakan sangat erat. Aku memandang pelik kepada mereka. Setelah itu mereka pergi ke arah Puteri yang sedang duduk di atas buaian itu lalau memberi kucupan kepada Puteri.

"Bonda dan ayahanda pergi dulu ya?" kata Dayang Hanum dan memberikan kucupan terakhir dan terus berlalu pergi menaiki kereta.

Aku tinggal di rumah Puteri sehingga hari esoknya. Aku bermain dengan begitu gembira bersama Puteri. Hari ketiga aku tinggal di rumah Puteri aku mulai merindui bonda dan ayahanda. Aku bertanya kepada Mak Mah ibu kepada Puteri, bilakah ayahanda dan bonda akan pulang membawaku ke rumah. Jawapannya hanya sama setiap kali aku bertanya iaitu, mungkin esok atau lusa. Setelah seminggu berlalu aku mula merasa sunyi. Hari itu aku tidak bermain bersama Puteri kerana aku terlalu rindukan bonda dan ayahanda. Aku tidak mahu makan. Aku tidak dapat tidur. Aku juga sudah kurang bercakap. Aku mula befikir, mungkin aku sudah ditinggalkan bonda. Sehingga sebulan berlalu aku masih kurang makan dan semakin kurus. Aku sering jatuh sakit kebelakangan ini. Mak Mah mula risau tentang aku.

Puteri selalu menangis mengajakku bermain dengan anak patung pemberianku. Aku mula rimas dengan tangisannya. Dia menarik tanganku bersungguh memujukku untuk keluar bermain bersamanya. Bulu matanya yang lebat tidak cukup menakung air mata kesedihannya. Muka Puteri sudah dibasahi dengan air matanya. Aku sedih dan rimas ketika itu. Aku menepis kasar tangannya. Buat pertama kalinya aku berlaku kasar padanya. Dia meraung sekuat hati lalu berlari masuk ke dalam biliknya.

Aku mula rasa bersalah namun setelah itu aku hanya membiarkannya sahaja. Aku duduk di hadapan rumah Puteri menunggu kepulangan bonda dan ayahanda. Setiap hari aku akan melakukan perkara yang sama berulang kali. Tiba-tiba ketika itu sebuah kereta di pandu Pak Zadi masuk di halaman rumah. Aku berlari ke arah kereta itu. Hati ku bernyanyi riang gembira. Namun perasaan itu tidak bertahan lama apabila aku melihat hanya Pak Zadi sahaja yang keluar dari kereta. Mataku sudah menakung air mata yang cubaku tahan dari tadi. Aku menoleh ke wajah Pak Zadi.

"Jom kita pulang Khairul" katanya.

Aku dengan pantas mengambil pakaianku lalu berlari ke arah kereta. Aku menoleh ke rumah Puteri. Oh, baruku teringat untuk bersalaman dengan Puteri. Aku masuk ke dalam rumah lalu aku bersalam dengan Mak Mah dan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah menjagaku dengan elok. Aku berjalan masuk ke dalam bilik untuk berjumpa dengan Puteri.

Aku lihat Puteri masih tersedu-sedu menekupkan wajahnya dibantal. Aku datang memegang bahunya untuk meminta maaf. Dia bangkit memandangku dengan tangisan yang masih bersisa.

"Khai nak balik ke rumah" kataku.

Raungannya semakin galak pula kali ini. Comel sungguh wajahnya ketika itu. Hingus dan air liurnya berjujuran jatuh. Aku peluk dia erat-erat.

"Khai minta maaf sebab buat Puteri nangis" pujukku

Dia mengeleng-geleng mengesat hingus dan air matanya di bajuku. Matanya ku tenung. Matanya persis bonda. Mungkin aku terlalu rindukan bonda sehingga semua aku mahu samakan dengan bonda.

"Abang Kayul jahat. Puti tanak kawan dengan abang Kayul lagi" katanya.

"Khai pergi dulu" kataku lalu melangkah keluar membiarkan Puteri terpinga-pinga.

Aku berjalan memasuki kereta. Tangan, ku lambai tanda perpisahan. Aku lihat Puteri berlari keluar bersama anak patungnya memandang ke arahku yang berlalu pergi. Aku lihat dia mula meraung memeluk Mak Mah setelah itu. Hatiku sebak melihatnya tetapi aku terlalu rindu untuk pulang ke rumah halaman. 

Sesampai dihalaman rumah, yang menyambutku adalah Mak Kiyah dan juga Bulat iatu kucing yang ku bela. Aku mula hairan. Aku masuk ke dalam rumah berlari ke bilik bonda dan ayahanda. Aku lihat mereka tiada di rumah. Aku buka almari baju bonda, semua pakaian bonda dan ayahanda juga sudah tiada. Barang-barang kemas milik bonda juga tiada di atas meja soleknya. Aku berlari kearah Pak Zadi dan Mak Kiyah, mereka hanya memberi pandangan simpati kepadaku.

Tidak susah untuk meneka. Bonda dan ayahanda mungkin telah meninggalkanku. Aku terduduk lemah lalu menekup muka kerana segan untuk menunjukakan rasa sedihku pada Mak Kiyah dan Pak Zadi. Melihatku seperti itu Mak Kiyah dengan pantas mendapatkanku lalu memelukku erat dan memujukku untuk sabar. Pelukan Mak Kiyah itu serba sedikit dapat menenangkanku.

Setelah bertahun berlalu, umurku sudah menjangakau belasan tahun, aku minta Pak Zadi untuk bawaku ke rumah Puteri. Sudah lama aku tidak menjenguknya. Sesampai sahaja dirumah kayu merah hati itu, Pak zadi memberi salam beberapa kali. Aku lihat seorang lelaki pertengahan umur keluar dari rumah itu tersenyum nipis kepada kami. Dia berkata sesuatu kepada Pak Zadi dan setelah itu Pak Zadi menghampiriku.

"Mak Mah sudah berkahwin dengan seseorang. Mereka dah berpindah. Rumah ni dah dijual oleh Mak Mah. Jadi orang lain yang duduk. Pakcik tu pun tak tahu mereka semua pindah ke mana" kata Pak Zadi kepadaku.

Aku hanya diam dan menaiki kereta semula. Aku mengajak Pak Zadi untuk pulang. Kereta bergerak meninggalkan halaman rumah. Aku sempat menoleh ke belakang semula. Terlihat seorang budak lelaki mungkin umurnya lebih kurang sebaya dengan ku dan mempunyai ketinggian yang lebih tinggi dari ku bersama dengan lelaki pertengahan umur itu yang kini tinggal di rumah puteri. Aku tidak sangka hari yang aku melukakan hati Puteri itu adalah hari terakhir aku berjumpa dengannya.

"Hey Khairul menungkan apa tu?" soal Mak Kiyah

"Tak da apalah Ma. Teringatkan kawan lama je" kataku.

Wajah tua Mak Kiyah tersenyum nipis sambil mempelawaku minum air yang dibancuh olehnya. Aku tak mahu Mama tahu aku masih ingat pada peristiwa itu walaupun ianya berlaku ketika aku masih muda. Mustahil untuk kanak-kanak seperti itu mengingati sesuatu peristiwa dengan begitu jelas tetapi tidak aku.

Continue Reading

You'll Also Like

95K 8.2K 28
"Before you make a decision, ask yourself this question: will you regret the results or rejoice in them?" -Rob Liano *** Bayangkan kalau tiga remaja...
14.8K 505 24
Misteri makhluk berbulu di bawah katil nenek. Amaran telah diberi berulang kali. Namun sifat ingin tahu membuak-buak dalam diri.
44.2K 3.2K 30
Sekumpulan namja iaitu member Bts ingin memiliki sekumpulan yeoja iaitu member blackpink..... Mulanya memang mereka sangt bencikan BTS tetapi takdir...
1.6K 95 31
a mafia girl in the Hwang family who has a lot of hidden secrets start: August 29, 2021 end: October 29, 2021 #mafia #nct #wayV #jeffepex ©®: yyangten