SAMUDERA

By Hyderviolet

1.5K 228 1

Setelah seratus tahun berlalu, 'Misteri Lautan Darah' di negeri Cahaya masih belum dapat dirungkaikan. Penemu... More

Prolog
BAB 1
BAB 2
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Epilog

BAB 3

75 9 0
By Hyderviolet


Bab 3

Embun melembapkan suasana pagi yang tenang itu. Kelopak matanya terbuka perlahan. Sinaran cahaya pagi menyuluh masuk ke kornea mata kelabu jernih itu. Nafas yang disedut terasa segar dan nyaman. Otaknya terus memproses dengan baik. Dia bingkas bangun kerana secara tiba-tiba perasaan aneh menyelubungi hatinya. Sedarlah dia sekarang berada di suatu tempat yang tidak pernah dia ketahui. Hatinya mulai gelisah. Fikirannya mula berputar-putar mengingati apa yang telah berlaku kepadanya.

"Puteri Kasturi" panggil seorang pemuda sambil tersenyum manis.

Lelaki itu bergerak ke tingkap menyelak tirai yang menutupi pemandangan indah di luar. Matanya dikecilkan sedikit dek pancaran matahari menikam masuk.

"Putera Adi? Kenapa? Kenapa aku di sini?" soalnya.

"Bawa bertenang Kasturi aku tiada niat jahat terhadapmu"

"Jadi bawa aku pulang segera ke istana Samudera"

"Kita jauh dari tempat itu sekarang. Aku bukan tidak mahu menolongmu tetapi istanamu sekarang mengalami satu kejadian yang aneh."

Minda wanita itu mula memutar kembali kejadian yang dilihatnya di istana Samudera. Keadaan amat mengerikan. Perkara terakhir yang terlintas dalam ingatanya ialah apabila dia mendengar suara jeritan dari tentera Samudera. Hatinya berdebar kencang kerana terkejut akan jeritan itu, lalu dia terus berlari ke kamar bondanya. Pintu kamar dibuka, terlihat sekujur tubuh yang telah dibanjiri darah. Jantungnya berhenti berdegup. Nafasnya putus. Terkejutnya bukan kepalang. Dengan sekuat hati dia berlari keluar. Bibir nipisnya mula pucat kerana ketakutan. Gelap. Pandangannya gelap tiba-tiba. Memorinya tidak jelas. Dia tidak dapat mengingati apa yang berlaku terhadapnya. Namun, dia masih dapat mendengar suara seseorang yang amat dikenalinya.

"Putera Adi Dahlan" sebutnya perlahan.

"Ya Kasturi?" jawab Putera Adi.

Pandangan matanya tajam menikam anak mata Putera Adi. Api kemarahan dan dendam mula memuncak dari matanya. Putera Adi yang perasan akan perubahan Puteri Kasturi itu terus bangkit untuk beredar dari situ.

"Tidak akan aku maafkan apa yang telah terjadi!" ungkapnya penuh kemarahan.

Air mata darah mengalir dari birai mata. Matanya betukar hitam seluruhnya. Mulut wanita itu terbuka luas dan mengeluarkan beribu-ribu serangga yang aneh.

"Khai...Khai! Bangun!"

"Bangun Khai kau mimpi ni," kata Syakir.

Terpisat-pisat matanya membuntang. Nafasnya turun naik. Peluhnya memenuhi permukaan bantal. "Apakah itu? Apa yang sedang berlaku padanya?" gumam Khairul.

"Khai, kau tidur senja-senja ni. Tak elok lah macam ni. Tengok dah mimpi mengarut-ngarut. Terjerit-jerit"

Melihat Khai yang masih tidak berganjak, Shakir menarik rakannya bangun sambil melafazkan istigfar berkali-kali.

"Dah, pergi mandi bersihkan diri. Kita pergi masjid sama-sama nanti. Cepat sikit maghrib dah nak masuk ni" tambahnya lagi.

Khairul mencapai tualanya yang tersidai di birai katil dan terus membersihkan diri. Otaknya tidak dapat melupakan mimpinya tadi. Gambaran suasana yang sangat menakutkan. Wanita itu sering menjengah masuk ke dalam mimpinya. Siapakah wanita yang bermata kelabu itu? Bulu matanya lebat, kulitnya mulus putih kemerahan. Raut wajahnya redup tetapi mimpinya yang tadi telah menampakkan satu sisi lain wanita itu.

Shakir membuka fail-fail kerjanya yang berselerak di atas meja. Dia memeriksa jika masih ada lagi kes-kes yang tidak diselesaikan lagi. Seketika itu matanya tertancap pada fail putih di suatu sudut. Terkandung di dalamnya beberapa maklumat peribadi seseorang. Dia mengambil sebatang pen dan menuliskan sesuatu di satu sudut kertas.

"Dayang Hanum- Ukalaz"

Usai solat isyak mereka pulang berjalan kaki ke rumah. Angin lembut menyapa kulit. Roma Khairul tiba-tiba menegak kerana teringatkan semula mimpinya. Dia tunduk ke bawah dan masih meneruskan langkahnya. Pandangannya kosong. Bahu yang lebam terasa sakit semula. Dia mengusap perlahan bahunya.

"Tell me" Shakir mula bersuara.

"Mimpi je," ringkas jawapan Khairul.

"Tak, bukan yang itu aku nak tau. Sejak kebelakangan ni kau nampak pelik"

Khairul menoleh ke arah Shakir. Kakinya berhenti bergerak. Mereka saling berbalas pandangan yang mempunyai maksud tersendiri.

"Aku pun tak tau" jawabnya.

"Kau tak pernah rahsiakan sesuatu dari aku sebelum ni" kata Shakir.

Khairul begerak laju meneruskan langkah kakinya. Dia menghembus nafas panjang. "Kat istana tu. Ada sesuatu yang perhatikan aku and badan aku mula rasa tak berapa sihat kebelakangan ni. Aku nak rest... That's all. Nothing important".

"Apa maksud kau bila ada orang perhatikan kau dan itu tak penting. Aku tahu kau ada simpan sesuatu selama ni. Aku dah lama tau. Tapi sampai bila aku nak tunggu kau untuk jelaskan. Dah lama kita berkawan tapi kau still tak percayakan aku?"

"Nothing" jawab Khai ringkas.

"Khai aku tahu ada benda yang tak kena. Jangan berselindung lagi dari aku" Shakir melangkah masuk ke rumah.

Entah bila mereka sampai di hadapan rumah. Kata-kata Shakir buatkan dia tidak senang. Dia perlu buat sesuatu tentang hal ini. Lagu Numb oleh Linkin Park terdengar apabila dia memasuki ke dalam rumah. Shakir menyentuh skrin telefon bimbit.

"Haidi. Hello...i can't here you. Haidi, kau okey tak?"

Suara pemanggil tidak didengari dengan jelas oleh Khairul. Dia hanya membiarkan rakannya itu di ruang tamu dan melangkah ke biliknya. Badannya berat dan letih. Dia tidak pasti berapa banyak rehat lagi yang diperlukan untuk hilangkan lesu.

"Aku gerak sekarang. Aku tak ambil masa yang lama. Calm down okey"

Panggilan segera di matikan oleh Shakir. Dia berlari masuk ke bilik untuk menggantikan kain pelikatnya dengan seluar jeans. Kunci kereta disambar pantas begerak menuju ke pintu.

"Aku balik lambat malam ni. Kalau ada apa-apa call" pesan Shakir sebelum menghilang.

***

Berkali-kali dia cuba menghubungi Megat. Namun masih tiada jawapan darinya. Dia mengerahkan otaknya cuba berfikir sebetulnya. Apa yang lelaki itu sedang marahkan. Walaupun cuaca malam itu dingin menghembus di luar tingkap, peluhnya mula terbit sebutir demi sebutir. Malam itu terasa sunyi tanpa rakan serumahnya yang keluar meninggalkannya kerana terpaksa menjaga ibubapanya di kampung. Baru seminggu yang lepas Rina berpindah keluar namun rindunya sudah membuak-buak kepada rakan serumahnya yang telah banyak membantu ketika dia dalam kesusahan.

Malam itu satu kelainan baginya kerana suasana sunyi terasa semakin menebal apabila perasaan serbasalah terhadap Megat mulai merebak di lubuk hatinya. Dia ke dapur membuat air untuk menenangkan dirinya sendiri. Secawan kopi dibawa di hadapan televisyen untuk dinikmati sambil menonton siaran yang menarik. Punat pada alat kawalan jauh ditekan. Dia melabuhkan punggung pada sofa yang empuk berwarna biru gelap. Matanya tertumpu di televisyen seperti orang yang sedang leka menonton drama aksi. Namun, fikirannya terawang-awangan mengimbau waktu kali pertama dia dan Megat berjumpa.

"Aku nak pergi beli rokok kejap, ada apa-apa nak kirim?" soal Qhuzairi.

"Tak" jawab Shakir pantas.

"Aku ikut kau. Alang-alang aku nak beli air sekali" kata Megat sambil menyusur langkah Qhuzairi.

Setelah mereka keluar dari kedai serbaneka itu masing-masing melangkah terus menuju ke kereta Chevrolet hitam milik Shakir.

"Lepaskan aku gilaaa!!!!" jerit satu suara halus di lorong belakang bangunan tiga tingkat.

Lorong itu gelap tanpa lampu jalan, ada juga bauan yang kurang menyenangkan. Kedua lelaki persis model itu menoleh terus ke arah lorong gelap itu. Qhuzairi menyalakan sebatang rokok yang baru dibelinya tadi. Bibirnya tersenyum sinis dan menghembuskan asap rokok dari mulutnya sambil memandang ke arah Megat.

"Oh shit. Not now Que" kata Megat melihat reaksi rakannya itu.

Tahulah dia pada air muka Qhuzairi apa yang akan dilakukan oleh lelaki itu nanti. Qhuzairi ternampak kelibat seorang wanita sedang direntap kuat oleh sekumpulan lelaki. Kaki Qhuzairi berjalan pantas ke arah suara itu dan berlari terus membuat lompatan yang tinggi sambil mengepalkan penumbuk yang padu untuk dihadiahkan kepada lelaki yang mengganggu wanita itu.

Dari belakang, menyusur Megat yang berkemeja hitam melepaskan tendangan ke arah salah seorang dari sekumpulan lelaki itu. Terlihat seorang wanita yang berambut pendek mencecah bahu. Bibirnya terdapat lebam dan luka. Bajunya sudah tidak terurus, koyak disana-sini dan terpalit warna hitam kotoran dari jalan yang berlumut itu.

"Que, too much. Bukan sekarang kau nak jadi hero. Aku nak pegi dinner lebih kurang lima belas minit dari sekarang" Kaki Khairul pantas melibas ke arah lelaki yang cuba menyerang dirinya.

"Dinner je kan. Hari lain ada" balas Qhuzairi yang masih lagi gigih menumbangkan lelaki-lelaki samseng itu.

"They are my client. We have to go now Que!" pekik Megat.

Beberapa orang daripada kumpulan samseng itu dapat ditumpaskan namun disebabkan kesuntukan masa Que akur bahawa mereka harus pergi segera. Kalau diikutkan boleh sahaja dia menumpaskan semua lelaki tidak berguna ini dengan tangannya sendiri. Sementara Megat pergi membawa wanita tadi keluar dari lorong itu, Qhuzairi menghabiskan saki baki lelaki yang masih menyerangnya.

"Come" ucap Megat pendek lalu menarik tangan wanita itu.

Melihat kecederaan pada kaki wanita itu dia terus mengangkat wanita membawanya jauh dari tempat itu. Sepantas kilat Chevrolet hitam berhenti di hadapan mereka. Megat terus membuka pintu sambil memanggil Qhuzairi dengan lantang.

Qhuzairi berlari melompat masuk pintu kereta yang telah dibuka Shakir. Enjin kereta meraung kuat sebelum meluncur laju di atas jalan tar.

"I have 5 minits more and now what?" soal Megat sambil mengelap peluh yang membasahi dahinya. Dia mengibas-ngibas rambutnya.

"Lima minit is enough" jawab Shakir sambil tersenyum nipis.

Kas hanya memerhati perilaku lelaki disebelahnya itu. Wajah lelaki itu manis dan tenang.

"Nah sarung lah baju ni. Baju awak dah koyak sana sini dah" kata Megat sambil menghulur sehelai baju lengan panjang berwarna maroon miliknya kepada wanita itu. Qhuzairi mula menoleh kebelakang dan dengan pantas ditampar oleh Megat kerana dia sudah masak dengan perangai nakal lelaki itu. Kas mencapainya lalu terus menyarungkan ke tubuh genitnya.

Tepat jam 10 malam Chevrolet hitam itu berhenti dihadapan Hotel Flame. Megat keluar dari kereta bergegas terus menghilangkan diri ke dalam Hotel yang tersergam indah dan mewah.

"Siapa nama dia?" soal Kas.

Qhuzairi berpaling di kerusi tempat duduk belakang lalu tersenyum menyeringai tampak seperti pembunuh licik. Berdiri roma Kas melihatnya.

"Brader yang bising tadi tu nama dia Megat Haidi" jawabnya tanpa menoleh ke arah Kas dengan suara yang garau sesuai dengan perwatakan dan gayanya.

"Aku, kau panggil Que je" tambahnya lagi.

"Brader sebelah ni Shakir" sambil menunding jari ke arah pemamdu kereta itu.

"Terima kasih tolong saya tadi" ucap Kas.

"Thanks je?" Qhuzairi senyum sinis sekali lagi.

"Kitorang hantar kau pergi klinik yang berdekatan and pepandai lah nak pegi mana lepastu. Nah nombor fon Haidi. Kalau ada apa-apa hal boleh mintak tolong dia" kata Qhuzairi sambil menghulur sekeping kertas tertulis beberapa digit nombor. Kas mencapai tanpa berkata apa-apa dengan muka kosong.

"Aku nak bagi nombor fon aku tapi fon aku jatuh kat lorong tadi. Nombor Shakir pulak, aku takut awek dia salah faham"

Shakir yang mendengarnya hanya mendiamkan diri.

Air kopi sudah pun habis ditelannya tanpa disedari. Sungguh dia tidak menyangka kali pertama dia dan Megat berjumpa ialah pada malam itu.

"Dia dah banyak tolong aku sejak dari mula" getus hati Kas.

Continue Reading

You'll Also Like

24.5K 2.3K 73
Ara-Si Gadis Tiga Darah terlibat lagi dalam pertelingkahan tatkala manusia bukan satu-satunya makhluk yang berada pada tingkat tertinggi dalam rantai...
4.4K 1K 8
K A R Y A|| k e t u j u h [ just for fun , don't take serious ] Kisah seorang Putera bintang yang turun ke bumi demi berjumpa dengan gadis yang disu...
66.7K 5.1K 36
Complete ✔️ + Manusia boleh berubah bila-bila masa sahaja started ; 171006 end ; 180409 [Highest rank ; 18 in fanfiction] ©binijihoon
47.3K 646 23
AMARAN : MENUNGGUMU merupakan cerita klise. Baca atas risiko anda sendiri. Blurb/ Sinopsis (Bukan Rasmi) Sedari hari pertama Adam melihat Rhea, dia...